BAB 3

33 2 0
                                    

"Thank you babe." Ucapku sambil menyambut huluran cawan berisi air kopi daripada Nadia. Gadis itu melabuhkan duduk di sebelahku sambil mengangguk kecil.

"Kau cuti berapa lama?" Soalku.

Maklumlah, kerja Nadia tak sama macam aku. Kerja dia sibuk, jarang ada dekat rumah. Pramugari la katakan. Terbang sana, terbang sini. Nasib tak bersayap aje minah sebelah aku ni. Tak pasal-pasal nanti jadi Maleficent pula.

"Tak lama, 5 hari aje. Lepas tu aku kena fly pergi Paris." Jawabnya malas. Nampak sangat yang dia dalam kepenatan. Ini baru saja dia pulang dari Thailand, dah nak pergi Paris pula.

"Fuyoo bestnya! Nak ikut!" Aku menjerit teruja. Saja menukar suasana.

"Kau jangan nak mengarut boleh tak? Aku cepuk nanti." Katanya memberi amaran. Bantal petak di tangan digunakan untuk memukulku.

"Alah kau ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh." Cebikku. Nadia hanya menayangkan muka tak ambil peduli dia tu. Malas la tu nak layan aku.

"Ehh babe! Aku ada benda nak cerita dekat kau." Kataku teruja apabila otak teringatkan sesuatu. Sudah dua minggu aku menunggu saat untuk menceritakan perkara ini kepada Nadia.

"What?" Soal Nadia sambil memusingkan badan sepenuhnya menghadapku. Minah ni kalau bab gosip memang pantang ya, laju aje dia nak dengar.

"Kau ingat tak doktor hensem yang aku cakap dekat kau tu?" Soalku teruja. Cawan dah aku letakkan di atas meja kopi. Risau takut tertumpah pula kopi tu nanti. Tak pasal-pasal jadi tambah kerja nak kena mencuci pula lepas ni.

"Yang mana?" Soal Nadia blur. Aku la dia ni, blur betul la.

"Doktor dekat klinik yang kita pergi tu. Waktu tangan aku luka tu. Ingat?"

Nadia diam. Wajahya jelas cuba mencerna segala maklumat yang diberikan oleh aku tadi.

"Owh!!! Yang tu!!! Kenapa? Kenapa?" Nadia menepuk-nepuk lenganku.

"Aku terjumpa dia hari tu dekat tadika." Kataku sebaris.

"Seriously? Oh my god!"

"But..." Sambungku.

"But what?" Nadia menayangkan muka pelik.

"He's married."

"What?" Naik satu oktaf suara Nadia.

Aku menyandarkan tubuhku ke sofa.

"Dia dah kahwin la Nadia. Melepas aku nak try dia." Kataku perlahan, kecewa.

Gila mat tak kecewa. Crush kau tiba-tiba dah kahwin. Memang broken la jadinya.

"Alah babe, lambat lagi la aku nak rasa nasi minyak kau."

"Kan. Lambat lagi la aku nak berlaki." kataku.

Macam la kalau si Harith tu single aku boleh kahwin dengan dia. Huh! Sofea dengan confident berpisah tiada.

"Mana kau tahu dia dah kahwin?" Soal Nadia.

"Sebab anak dia, anak murid aku." Jawabku malas.

"Kau yakin tu anak dia? Entah-entah anak buah ke apa ke." Soal Nadia lagi.

"Memang anak dia. Budak tu berbintikan nama dia. Memang sah-sah la itu anak dia."

"Nampaknya memang tak ada rezeki lah kau nak kahwin dengan dia." Kata Nadia kecewa.

"Kan. Nampaknya aku kena cari lelaki lain la macam ni."

"Tapi babe..."

"Tapi apa?" Aku memandang Nadia pelik.

Your SofeaWhere stories live. Discover now