S2 : XI

23 2 0
                                    

“Ha, nak kemana tu?” fokus Puan Ahn terganggu tatkala melihat Yeonra turun dari tangga dengan keadaan tergesa-gesa. “Nak jumpa Seokjin.” Kunci kereta terus di ambil tanpa menoleh kebelakang.

“Oh, malam ni mama tak dapat buka pintu, tidurlah kat rumah Seokjin ya!” Puan Ahn tersenyum suka.kebelakangan ini Yeonra banyak berubah. Dulu gadis itu banyak mendiamkan diri dan berkurung di bilik sebaik sahaja pulang kerja.

Namun sekarang dia sudah berubah seperti Yeonra yang lama. Semuanya berkat Kim Seokjin dan kebenaran disebalik kehilangan Sehun.

Bukan mereka suka dengan berita buruk itu, Cuma mereka agak lega yang Sehun meninggalkan mereka bukan kerana sebab yang tidah munasabah, tertapi nasib malang.

“Yeonra dah bahagia sekarang, Sehun.”

**
“Tada! Suka tak?” Yeonra membulatkan matanya teruja. Hari ini Seokjin mengajaknya untuk makan malam di rumah lelaki itu. Disebabkan Seokjin belajar tentang resepi baharu, dia ingin Yeonra mencuba masakannya.

Disekeliling meja makan dihiasi bunga ros dan ada 2 batang lilin ditengahnya.

“Candle light dinner?” Seokjin menganggukkan kepalanya. “Cubalah masakan saya.” Seokjin hanya menunggu Yeonra menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“Wah, sedapnya! Betul ke awak yang masak?” Yeonra tersenyum suka. Seokjin memang full package. Pandai masak, baik budi bicara, bahkan sentiasa hormat demgan orang disekeliling.

Pernah satu masa dia melihat Seokjin yang sedang menunggunya di cafe, lelaki itu hanya menundukkan kepala tatkala seorang gadis berpakaian seksi mendekatinya. Yeonra hanya memerhati tindakan Seokjin.

Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya sambil menolak gadis itu dengan sopan.

“Kenapa pandang saya macam tu?” dengan cepat Yeonra mengalihkan pandangannya. Tiba-tiba pipinya terasa panas. Takkanlah secepat itu dia move on dari Sehun?

“Sehun, maafkan aku.” Kata Yeonra dalam nada berbisik.

“Takda apa-apa.” Seokjin hanya menganggukkan kepalanya dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Awak nak minum Wain?”

“Boleh juga.” Seokjin tersenyum dan terus bangun untuk mengambil wain. Entah mengapa senyuman Seokjin membuatkan hati Yeonra berdebar.

“Wah, ini semua gila! Ini semua bisikan syaitan! Ingat Sehun, Sehunnn!” Yeonra menepuk kedua-dua pipinya dengan sedikit kasar. “Eh, kenapa tepuk pipi? Dah mabuk ke? Mana ada orang mabuk sebelum minum?”

Seokjin menahan kedua-dua tangan Yeonra dari menampar pipinya. “Kenapa ni? “ Yeonra hanya terdiam sambil menatap mata Seokjin. Jarak wajah mereka boleh dikatakan sangat dekat.

“Erk, sorry.” Seokjin terus melepaskan tangan Yeonra dan duduk semula di kerusi. Masing-masing cuba untuk mengawal debaran di dada.

“Saya tuangkan.” Yeonra terus mengambil botol wain dan membuka penutupnya. Seokjin hanya menurut.

**
“Awak nak tahu? Saya terberak kat atas selipar oppa saya!” Seokjin hanya ketawa mendengar cerita masa kecil Yeonra. Masing-masing sudah mabuk. Ini kali ke tiga Yeonra membuka botol wain.

“Ah, rindu oppa dan Reojun.” Yeonra tersenyum hambar. Kedua-dua adik beradiknya ke luar negara. Ahn Jaehyun menyambung pelajaran ke preingkat PHD di francis manakala adiknya Ahn Reojun menyambung degree di Itali. Hanya dia dan Yeonsoo sahaja bersama ibu bapa mereka.

“Nanti boleh lah video call dengan mereka. Teringin juga nak jumpa abang ipar dan adik ipar. Hik!” Yeonra memuncungkan bibirnya. “Elehh, awak tu bukan boyfriend saya pun.” Seokjin menongkat dagu sambil menatap wajah Yeonra.

“Tak payah jadi boyfriend. Jadi suami terus.” Yeonra hanya terdiam. Kepalanya terasa ringan cuba untuk di tahan. “Yah Kim Seokjin-ssi. Saya tak mabuk lagi tau. Saya masih sedar lagi siapa di hati saya sekarang.” Ujar Yeonra sambil menepuk dadanya.

“Siapa?”

“Oh Sehun.” Seokjin mencebikkan bibirnya. Usaha dia memikat Yeonra selama ini tidak cukup kah?

“Dan Kim Seokjin.” Yeonra menundukkan kepalanya ketawa hambar. Macam manalah boleh ada dua orang dalam hati dia?

“Yeonra-ah, awak patut move on dari Sehun. Dia pun nak awak bahagia.” Tangan Seokjin naik menyentuh kedua-dua belah pipi Yeonra sampai muncung bibir gadis itu dibuatnya.

Seokjin menelan liur melihat bibir Yeonra. Tanpa Yeonra sedar, Seokjin terus mencium bibir Yeonra buat pertama kalinya. Gadis itu juga tidak menolak, malah memeluk leher Seokjin sambil membalas ciuman lelaki itu.

Masing-masing hanyut dalam permainan panas itu. “Saya akan bantu awak move on.” Seokjin terus mengangkat tubub kecil Yeonra dan membawanya masuk ke bilik.

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now