❁ 5 ❁

552 47 2
                                    

"Yeon!" panggil Jaehyun dari ruang tamu. Nak tak nak, Yeonra kena balas juga jeritan si abang disebabkan faktor jarak mereka yang bergitu jauh contohnya sekarang Jaehyun di ruang tamu dan Yeonra di dapur. Mengikut kamus dewa- ok merapu.

"APA?! "Kalau jiran-jiran dapat dengar, memang dicop sebagai keluarga pekaklah mereka serumah.

"Tolong buka suis kipas! "Yeonra menghela nafas. Dapat abang pemalas ni memang rasa macam nak smackdown je.

"Kaki kau tu untuk apa buduh? "Walaupun rasa malas nak tolong Jaehyun, Yeonra tetap juga ke ruang tamu untuk membuka suis kipas ruang tamu untuk Jaehyun.

"Weh Yeon, meh sini kejap. Aku nak tanya kau soalan. "Tanpa banyak tanya, Yeonra terus melabuhkan punggung di sebelah Jaehyun.

"Kenapa kau tak bagi Sehun balik semalam? Bukan kau tak suka dia ke? "Yeonra mengigit bibirnya. Keliru sama ada bagitahu perkara sebenar kepada Jaehyun atau tak.

Tapi, mana tahu manusia yang main ugut semalam tu salah nombor?

"Sejahat-jahat aku dengan Oh Sehun, aku tetap masih ada sedikit rasa kesian. Lagi pula dia ada rabun malam. Apa jadi kalau kita biarkan dia balik je semalam? "Yeonra menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Wusih, nak fikir pun aku taknak. Tapi kan, kau masih suka dia ke tidak sebenarnya ni? "Jaehyun mula menyilangkan kakinya. Kalau dia dah silang kaki sambil bertanya tu, maksudnua dia dah serius dah.

"Taklah. Aku hanya anggap dia adik je. Tak lebih. "

"Hyung tahu tak, dia belasah sunbae tu, macam ni ha. "Reojun terus membuat gaya tumbukkan yang dilihatnya semasa ada pergaduhan yang berlaku disekolahnya minggu lepas.

Sehun layan je budak tu. "Eh, Sehun. Jom lah kita makan, Yeonra ada masak tadi. "Yeonra dan Jaehyun hanya melihat mama menarik tangan Reojun dan Sehun.

"Kau kena sabar. Bila Sehun ada, kewujudan kita takkan disedari. "Yeonra menepuk bahu Jaehyun yang sudah menunjukkan wajah dramatiknya tatkala ibu hanya mengendahkannya.

******

"Beruk Korea tu siapa Yeonra oi. "Dengan cepat Yeonra berlari mendekati Jaehyun. Telefonnya terus dirampas dari tangan Jaehyun. Speechless Jaehyun dibuatnya.

"Noona, mama dengan papa dah cakap jangan lari. Kenapa noona ni degil sangat? "Reojun bercekak pinggang. Amboi, sayang juga kau dengan noona kau kan?

"Kira telur berbaldi-baldi,ni dah masuk 11 kali dia call. "Amboi, sempat pula dia berpantun. Dah lah pantun tak kena.

Yeonra lupa kalau hari ini sepatutnya dia jumpa Junmyeon. Tak tahu kenapa lelaki itu mengajaknya berjumpa.

Yeonra terus naik ke bilik tidurnya untuk mengambil beg tangannya dan turun semula.

"Nak kemana tu? "Yeonra terus berhenti. Dengan perlahan-lahan Yeonra memusingkan badannya menghadap mama yang sedang duduk di meja batu.

"Erk, nak jumpa kawan. "Yeonra hanya tersengih kekok sambil menggaru kepalanya. "Takkan nak pakai apron? "Yeonra melihat semula ke badanya. Nasib mama tegur, kalau tak viral Yeonra jadinya.

******
"Tadi dah cal 11 kali. Bila dah sampai tak nampak pula batang hidung. "Lattenya dihirup sedikit.

Yeonra membuang pandangan keluar tingkap. Tersenyum dia tatkala melihat Sehun sedang memarahi seorang wanita. Mana tak nya, bubble teanya jatuh di sebabkan wanita tadi.

"Seronok usya ex? "Yeonra terkejut sebelum memusingkan wajahnya. Sekali lagi Yeonra terkejut tatkala bibirnya hampir tercium pipi haram Junmyeon.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Tak de orang lain ke? "Yeonra terus memeluk tubuh setelah Junmyeon melabuhkan punggung dihadapannya.

"Aku nak kau teman aku beli barang. "Yeonra mengerutkan dahinya. Dah kenapa pula minta teman mamat ni?

"Taknak aku. "Yeonra terus bangun namun Junmyeon sempat menahan tangan Yeonra. "Kalau kau taknak teman aku, biarlah aku hantar ke balik rumah. "

"Kenapa? Kau nak cium bau kubur ke? Nanti kalau papa aku tengok, mati muda kau. "

Junmyeon menarik wajah Yeonra. "Lelaki baju hitam tu dari tadi perhatikan kau. "Bisik Junmyeon. Yeonra terus menegakkan badanya semula. Pandangannya dialihkan ke arah meja yang ada disudut kafe. Memang betul lelaki itu memerhatikan mereka.

"Yelah, kau hantar aku. "









↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now