S2 : XVII

29 2 0
                                    

Yeonra bangun secara mengejut apabila tekaknya terasa ingin memuntahkan sesuatu. Dengan cepat dia berlari masuk ke tandas lalu muntah kosong.

Setelah selesai, Yeonra menyandarkan tubuhnya didinding sambil mengalirkan air mata. Hanya ibu bapanya sahaja yang tahu dia berada dimana.

Bila ditanya kenapa, dia hanya menjawab ‘cuba untuk hidup di negara orang’. Mujurlah ibu bapanya faham dan tidak bertanya lebih.

Tiba-tiba dia ingin makan kimchi. Namun bagai mana dia nak cari Kimchi di Itali?

Dengan menghela nafas dia bangun dan menukar pakaiannya. Alang-alang cari kimchi tengah malam, elok juga dia berjalan-jalan di kawasan terdekat.

Sebuah kedai 24 jam menarik perhatiannya.
“cosa posso aiutarti?” (apa yang boleh saya bantu?) Yeonra memerhati kawasan kedai itu. Namun tiada Kimchi. Yeonra ketawa hambar, di Itali mana ada kimchi.

Penjaga kedai itu diam memerhatikan gelagat Yeonra.

“Awak orang Korea ke?” Yeonra terus fokus memandang penjaga kedai tersebut. Lelaki itu ketawa kecil melihat reaksi Yeonra. ‘Comel’ katanya di dalam hati.

“Saya pun orang Korea. Saya lihat wajah awak memang wajah orang Korea.” Yeonra menganggukkan kepalanya. Syukurlah ada juga orang Korea di sini.

“Maaf saya nak tanya, ada kedai Korea tak?”

“Ada, tapi kalau jam macam ni, memang dah tutup dah. Saya faham orang Korea memang susah nak sesuaikan diri di tempat orang, saya pun begitu waktu pertama kali pindah sini.” Yeonra menghela nafas berat. Nak kimchi juga!

“Awak nak makan apa?” lelaki itu keluar dari ruang khas untuk juruwang tatkala rakan yang akan mengantikan syifnya sudah sampai.

“Kimchi.” Yeonra mencebikkan bibirnya. Lelaki itu terpaku melihat Yeonra. Namun lelaki itu terus memandang ke arah lain.

“Rumah saya ada kimchi dan ramyeon. Awak nak?” Yeonra membulatkan matanya. Ada rasa gembira, ada juga rasa was-was. Adakah lelaki ini mengajaknya makan ramyeon di rumahnya?

“Eh, awak jangan salah faham! Saya bukan maksudkan ramyeon yang itu!” lelaki itu bersungguh-sungguh menggelengkan kepalanya. “Kita boleh duduk luar sana tu. Awak tunggu saya, nanti saya bawa ramyeon segera dengan kimchi.” Ujarnya sambil menunjuk kerusi yang di sediakan di luar kedai 24 jam itu.

“Oh, maaf.” Yeonra tersenyum kekok lalu mengikuti langkah lelaki itu keluar. “Tunggu kejap tau. Kalau ada apa-apa berlaku, awak lari masuk je ke dalam, nama lelaki tu Vincenzo.” Lelaki itu  menunjuk ke arah lelaki yang cuba menunjukkan gaya macho nya di hadapan Yeonra. Tidak lupa juga ada bunga terselit di telinganya dan mencium haruman bunga ditangannya.

 Tidak lupa juga ada bunga terselit di telinganya dan mencium haruman bunga ditangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah bilalah dia kutip bunga itu.

“Oh, ok.” Lelaki itu hanya ketawa melihat reaksi Yeonra. “Dia memang macam tu, pantang tengok perempuan. Tapi dia baik. Saya dah kenal dia 5 tahun dah.” Yeonra hanya menganggukkan kepalanya.

“Non gli fai paura di te!” (Kau jangan buat dia takutkat kau!) Lelaki Itali itu terus mencampakkan bunga tadi dan  menegakkan badanya. Dia tidak mahu gadis itu takut, salah dia juga sebab acah macho.

“Saya pergi sekejap tau.” Yeonra menganggukkan kepalanya melihat lelaki itu pergi. “Dia bagitahu nama orang lain, tapi nama dia sendiri dia tak bagitahu.”

Seakan teringat sesuatu, Yeonra masuk semula ke dalam kedai tersebut dan mengambil barang tersebut lalu membayarnya.

**

“Wahhh, sedap nyaa!” Yeonra menghirup sup ramyeon yang dibawa oleh lelaki tadi. Pelaki itu hanya tersenyum melihatnya.

“Oh ya, nama awak apa? Dari tadi kita borak, masih tak tahu nama masing-masing.” Cup ramyeon diletak ketepi dan fokus memandang lelaki comel itu.

“Park Jimin.” Jimin memandang ke arah lain apabila Yeonra menatap wajahnya. “Ahn Yeonra.” Yeonra menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Jimin. Jimin cuba untuk mengawal riak wajahnya apabila Yeonra semakin mendekat dengannya.

“Eh, pipi awak merah! Awak ok ke?” Yeonra mengipas wajah Jimin dengan tangannya. Jimin terus menekup pipinya sampai muncung bibirnya.

“M-mana ada, malam ni kan sejuk. Jom balik, dah lewat sangat ni.” Jimin bangun dan mengemas semua sampah dan bekas kimchi nya.

“Rumah saya kat situ je. Rumah awak mana?” Yeonra hanya mengikuti belakang Jimin seperti anak ayam yang mengikuti ibunya. “Oh, rumah saya situ. Bilik no 606.”

“Oh, bilik saya 607! Kita jiran!” Yeonra melompat gembira sambil menepuk tangannya. Yalah, bukan senang nak jumpa orang Korea disini. Nasib baik ada Jimin.

Sekali lagi Jimin terpaku melihat Yeonra. ‘Comel!’ itulah Yeonra pada pandangannya. Jimin tersenyum lalu berjalan meninggalkan Yeonra.

“Eh! Jimin-ssi! Tunggulah saya!” dengan cepat Yeonra berlari mengikuti Jimin. Tepat saat Jimin menoleh kebelakang, Yeonra tersandung batu dan hampir jatuh. Namun Jimin sempat menyambut Yeonra dengan tangan yang masih memegang erat bekas kimchi.

Kang jatuh, naya kena bebel puan Park.

“Terima kasih.” Yeonra menghela nafas lega. Jimin terus berjalan meninggalkan Yeonra supaya Yeonra tidak melihat pipinya yang merah seperti tomato.

“JIMIN-SSI!” Yeonra terus mengikuti Jimin. Namun dia berjalan dengan hati-hati. Kang jatuh, naya.














(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now