S2 : XXIII

20 1 0
                                    

Seokjin baru sahaja keluar dari tandas awam. Namun dia tidak melihat bayangan Yeonra lagi. “Yeonra!” Seokjin terus berlari mencari keberadaan Yeonra. Handphone nya di ambil dan mencuba menghubungi Yeonra.

Tidak mungkin Yeonra merajuk. Wanita itu sudah melayannya dengan baik pagi tadi. Sudah lima kali Seokjin membuat panggilan. Namun hasilnya tetap sama, tiada yang mengangkat panggilannya.

Eunwoo terus membuang handphone Yeonra di atas jalan raya sambil tersenyum sinis. Yeonra yang masih tidak menyedarkan diri dipandang. “Kali ini tiada sesiapa yang akan ganggu kita sayang.”

Dia sudah obses ingin memiliki wanita itu sejak zaman sekolah. Dia terlebih dahulu mengenali Ahn Yeonra berbanding Sehun. Dia memberi peluang kepada Sehun dan merancang untuk mengambil Yeonra pada masa yang tepat.

**
Yeonra membuka matanya tatkala terasa seperti pinggangnya dipeluk oleh seseorang. “Dah bangun sayang?” badan Yeonra terus mengeras. Suara yang dia paling benci.

“Awak dah bunuh Sehun, sekarang nak hunuh saya?” Eunwoo ketawa kecil mendengar perkataan Yeonra. “Sayang, dah 15 tahun aku tunggu kau, takkan aku nak bunuh kau? Rugilah aku.” Tangan Eunwoo terus mengusap perut Yeonra membuatkan wanita itu geli.

Entah dari mana keberanian dia datang, Yeonra terus melepaskan tangan Eunwoo dengan kasar. Tanpa membuang masa, Yeonra terus bangun dan cuba membuka pintu. Namun pintu itu seolah-olah dikunci dari luar.

“Sayang, you cant run from me.” Tangan Eunwoo terus memeluk pinggan Yeonra dari belakang. “Kesian baby ni. Dia baru nak jumpa papa dia, mama dia dah tinggalkan papa dia. Hmm aku akan jadi papa dia. Apa pendapat kau?” Eunwoo mencium leher Yeonra.

Yeonra cuba memberontak, namun tangan Eunwoo terus mencengkam kuat perut Yeonra membuatkan wanita itu meringgis kesakitan.

“Ikut cakap aku, atau baby ni mati?” tubuh Yeonra bbergetar kuat membuatkan Eunwoo ketawa perlahan. “Aku suka kau mengigil macam ni sayang.” Eunwoo terus mengangkat tubuh Yeonra dan perlahan-lahan dibaringkan di katil.

“Aku nak tidur kejap. Kau jangan buat hal. Kalau tak, aku takkan berlembut lagi.” Air mata di pipi kanan Yeonra dikucup lembut. Yeonra hanya mampu diam. Dia tidak mahu Eunwoo membahayakan anaknya. Orang seperti Eunwoo akan melakukan apa sahaja, walaupun itu membahayakan nyawa orang yang dia sayang.

**
“Inspektor Yoo, dia hilang di lapangan terbang, saya... saya tak tahu dia kemana. Tolong saya cari Yeonra.” Inspektor Yoo memandang wajah Seokjin yang basah lecun dengan air mata.

“Saya akan bantu encik. Saya rasa tak lain tak bukan, Cha Eunwoo.” Seokjin terus memandang Inspektor Yoo. Dia rasa bersalah sangat sebab membiarkan Yeonra menghantar Jimin sendirian. Kalau ada apa-apa berlaku kepada anaknya dan Yeonra, Kim Seokjin tak akan tinggal diam.

**

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now