S2 : XX

18 2 0
                                    

“Bila kamu nak balik? Semua orang dah rindu kat kamu.” Yeonra hanya diam menatap screen telefonnya. Hari ini dia terpaksa cuti. Itu pun Jimin paksa. Kalau boleh dia nak pergi kerja dengan yang lain.

“Saya masih belum maafkan eonni. Harap mama faham.” Yeonra tersenyum tipis memandang wajah ibunya yang sedang membuat riak sedih.

Dia juga tahu kisah sebenar tentang bagaimana Yeonsoo boleh ada dalam bilik Seokjin dan juga berita keguguran Yeonsoo akibat Seokjin.

“Setiap hari Seokjin datang sini, kata dia menyesal suruh Yeonsoo masuk rumah dia. Dia selalu minta maaf. Kadang-kadang dia merengik nak tidur dalam bilik kamu. Katanya dia rindu bau kamu. Sekarang dia sedang demam. Asyik muntah dari pagi. Mama tak bagi dia turun kerja.”

Yeonra mengetap bibirnya. Dia juga rindu Seokjin. Tapi lukanya masih belum sembuh. “Kenapa mama bagi orang asing tidur bilik Yeon? Yeon tak suka. Suruh dia balik!”

“Ommo! Jangan tinggikan suara kat mama ya! Mama cubit pipi kamu! Kebelakangan ni , kamu semakin berisi mama tengok!” Yeonra terus mendiamkan diri. Dia masih tak bagitahu yang dia mengandung. Hanya Jimin dan Chanyeol saja tahu.

“Kamu kat situ ok ke, mama tengok makin sihat je. Ada orang tinggal dengan kamu?” sedikit sebanyak Puan Ahn lega. Dari segi pandangannya Yeonra sudah berubah seperti sedia kala.

“Jangan risau. Kat sini Yeon ada kawan tau! Jimin dengan Chanyeol! Mereka berdua yang tolong Yeon buka cafe. Mama jangan risau. Mereka baik. Mereka juga tolong jaga Yeon selama Yeon kat Itali ni.” Puan Ahn tersenyum. Tanpa sedar air matanya jatuh.

“Ma, kenapa nangis?” Yeonra mula risau. Rasa bersalah juga muncul. Sudah lama dia tidak balik. Dia hanya video call dengan ibunya sahaja. Kadang-kadang ayahnya juga ada. Namun encik Ahn sekarang bekerja di Busan jadi jarang Encik Ahn balik ke Seoul.

“Yeon tak nak balik sekejap ke? Mama dengan papa dah rindu.” Yeonra juga ikut menangis. Dia mahu balik, tapi apa reaksi ibunya bila tahu dia mengandung?

“Nanti Yeon fikir lagi ya? Kat sini Yeon ada banyak kerja.” Puan Ahn hanya mengangguk faham. Dia tahu status cafe Yeonra yang sentiasa sesak dengan pelanggan.

“Mama tunggu tau!” Yeonra menganggukkan kepalanya. Mungkin dia patut balik dan bagitahu tentang kandungannya. Namun hatinya masih belum memaafkan Seokjin.

Setelah berbual sekejap, Yeonra menutup panggilan dan bersiap untuk ke cafenya. Tiba-tiba mengidam masakan Jimin.

**
“Awak patut balik.” Jimin meletakkan pinggan berisi nasi goreng kimchi di hadapan Yeonra. “Saya akan balik sekejap. Awak tak balik ke?” Jimin terdiam. Dia juga mahu balik. Namun semua kenangan bersama keluarganya akan membuat dia sedih semula.

Yeonra terus terdiam melihat wajah Jimin bertukar Keruh. “Jimin, mianhae.” Yeonra terus bangun dan memeluk Jimin. Dapat dia rasa bahu Jimin bergetar tanda lelaki itu sedang menangis.

Dia lupa yang keluarga Jimin meninggal dunia semasa dalam perjalanan menjemput Jimin di lapangan terbang 5 tahun lepas. Jimin sendiri yang bagitahu.

“Mian Jimin-ah.” Yeonre menepuk lembut bahu Jimin. Dia juga tidak peduli bajunya akan basah akibat air mata Jimin.

Jimin terus memeluk erat pinggang Yeonra. “Eh?” Jimin terus mendongak memandang Yeonra.

“Apa?” Yeonra memandang Jimin hairan. “Baby tendang lah!” Yeonra hanya ketawa melihat reaksi terkejut Jimin. Tangannya menyeka air mata Jimin yang masih teruja.

“Weh Yeol! Baby dah boleh tendang lah!” Chanyeol yang sedang sibuk mengelap cawan terus berlari mendekati Jimin dan Yeonra.

“Boleh saya sentuh?” Yeonra menganggukkan kepalanya membenarkan Chanyeol menyentuh perutnya. Sekali lagi baby menendang seolah-olah tahu semua orang sedang teruja dengannya.

“Wah! Yeon tak sakit ke?” Yeonra hanya mengelengkkan kepalanya. Semalam dia dapat merasa bayinya menendang buat kali pertama. Tidak tidur dia semalaman kerana teruja.

“Wah dia tendang lagi!”

“Tepilah! Giliran aku!” tangan Chanyeol ditepis dan kini giliran Jimin menyentuh permukaan perut Yeonra manakala Yeonra hanya pasrah apabila perutnya menjadi sentuhan para lelaki dari keluarga Park ini.













**

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now