Part 44

5.5K 158 1
                                    

"Assalamualaikum sayang.."
Suara disebelah sana memulakan bicara setelah aku menerima panggilan darinya.

"Waalaikumusalam...Lambat awak balik kerja harini.." Ye la, selalunya dalam pukul 9. Daniel Tan akan call dia, ni dah pukul 11 malam baru lelaki itu menghubunginya..

"Seminggu abang takda dekat office, kaw-kaw si Rezza tu buli abang....Hari-hari dia suruh abang stay up sampai petang.....
Abang dah lah bos, suka hati dia je buli abang...!"

Aku dengar dia membebel, terlakar senyuman di bibirku mendengarnya membebel begitu.

"Padan la muka awak...Siapa suruh cuti lama sangat?"Aku bukan nak memujuk, lagi tambah sakit hati dia adalah.

"Sayang ni!.....Abang mengadu supaya sayang pujuk abang....Ni sayang tambah lagi sakit hati abang..."

"Awak nak saya pujuk macamana? Dah memang salah awak..."

"Abang cuti lama sebab abang nak spend time dengan isteri abang, salah ke?"

"Hurmm...Yelah...Awak makan apa malam ni?"

"Ermm...Abang puasa malam ni.."Makanan yang last masuk perut dia, tengah hari tadi kut...Lepastu, dia tak sempat nak makan...Balik kerja tadi terus mandi, solat lepastu ambil handphone, call isteri. Dengar suara Arwa pun dah buat dia kenyang...Cehhh!

"Awak tak makan ke? Tak elok la Daniel...Nanti perut awak masuk angin..."

"Abang tak sempat sayang...
Terkejar-kejar harini, sampai rumah tadi pun dah pukul 10...Mandi, solat lepastu call sayang...Takpelah, esok abang sarapan heavy..."

"Awak jangan selalu buat macam tu, tak elok...Kerja-kerja juga...
Kesihatan tu kena jaga..Badan nak pakai lama.."

"Arwa risaukan abang?"Terasa berbunga sahaja hatinya saat ini. Kalau ikutkan hati, nak sahaja dia terbang ke rumah mak mentuanya sekarang. Boleh juga dia peluk dan cium si isteri.

"Awak perlu sihat Daniel....Anak kita ni makin membesar, dia perlukan ayah untuk lindungi dia..."

Agak kecewa dengan jawapan Arwa...Habis, isterinya itu tidak perlukan dirinya kah untuk dilindungi?

"Jangan risau...Abang akan jaga kesihatan abang untuk anak kita...Abang takkan biarkan sesiapa atau apapun sentuh anak kita..Itu janji abang..."

"Baguslah...Okeylah, saya dah mengantuk..Awak tidurlah, esok nak kerja lagi.." Tiba-tiba suasana terasa agak suram. Jadi dia nak cepat tamatkan panggilan.

"Sayang...Abang ada benda nak bagitahu ni.."

"Hurm? Apa?"

"Esok sampai ahad abang kena pergi outstation ke Dubai.."

Dubai? Tiba-tiba dia teringat perkara yang lepas.

"Ouhh..Okey..Hati-hati..." Itu sahaja balasan darinya.

"Arwa taknak halang abang? Kalau Arwa tak bagi abang pergi, abang suruh Rezza ganti.."

"Kenapa pula saya nak halang?...
Kan kerja awak...Awak pergi jelah, saya okey je duduk dekat rumah mama ni."

Abang tahu sayang okey..Tapi, abang yang tak okey...Macamana kalau abang pergi tak balik-balik? Luahan itu hanya mampu diungkap dalam hati sahaja.

"Takpelah kalau macam tu...
Sayang jaga diri baik-baik tau....Maafkan salah-silap abang..Ampunkan dosa-dosa abang...Jaga diri dan anak kita baik-baik..Abang sayang korang berdua..Bye, Assalamualaikum."

Tut!

Talian dimatikan..Daniel Tan tamatkan panggilan tanpa sempat aku menjawab salamnya. Kenapa kata-katanya buat aku rasa tak sedap hati?

......
Haaaaa.....Ayokkkkk....Kenapa ni? Adakah Daniel akan?....

Wait for next chapter...
Btw....Harini sis dah hbis tlis cerita ni....Yeaayyyy.....!
Hilang sakit kepala pikir plot cerita....fuhhhhh....

Ending?
Sad ke happy?

Apa salahnya kita buat benda yg jarang2 kan....🤔🤔🤔🤔

Apa2 pun...kasi tunggu sampai akhir.....

Ok bye...

.....
TBC

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now