Part 50

5.7K 147 1
                                    


"Macamana ni bos? Apa yang perlu kita buat?" tanya Ferdi. Rezza juga menunggu kata putus darinya.

Projek yang hampir siap 70% itu tiba-tiba terbengkalai disebabkan pekerja mogok! Beberapa bulan yang lepas, dia dan syarikatnya mengambil keputusan untuk melebarkan sayap dalam dunia perladangan lembu susu. Pasaran susu sekarang pun semakin banyak permintaan, jadi dia bersama teamnya membuat keputusan untuk membina sebuah kilang susu. Tanah yang berukuran 240 hektar itu dibeli untuk didirikan kilang dan ladang lembu ternusu.

"Siapa yang sebar fitnah ni? Gaji mereka kita bayar on time kan? So, kenapa boleh timbul isu mogok ni?"Pelipisnya dipegang. Jangan nak buat pasal, berjuta duitnya dilabur disitu. Baka lembu ternusu Mafriwal itu bukan murah harganya. Seekor mencecah beribu.

"Saya dengar dari salah seorang pekerja, mereka ada jumpa saksi...Itu yang mereka percaya bulat-bulat tu!"

"Who?"

Ferdi menggeleng..Dia pun tak tahu siapa yang suka rela jadi saksi membabi buta itu. Sebelum ini, syarikat mereka tidak pernah timbul soal tidak membayar gaji..

"Aku nak kau cari tahu siapa yang buat cerita ni...Dan kau Rezza...Deal balik dengan penjual lembu tu untuk lambatkan tarikh penghantaran...Aku tak rasa masalah ni selesai dengan cepat...!"

"Baik!"Ferdi dan Rezza jawab serentak!

***

Jam menunjukkan pukul 9 malam, barulah dia sampai ke rumah. Ikutkan dia nak bertapa di office, tapi berkeras Rezza suruhnya pulang ke rumah.

Ruang tamu yang kosong itu langsung dia tak hirau, kaki terus melangkah ke kamar tidur. Masuk sahaja ke dalam bilik, pintu bilik air juga terbuka dari dalam. Kelihatan figura isterinya itu.

"Abang dah balik?"Tegur Arwa yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Hurm.."Kepala dia sangat berserabut dengan masalah yang datang tiba-tiba ni!

Arwa nampak wajah murung suaminya. Kenapa pula ni? Dia menghampiri Daniel Tan yang duduk di birai katil itu!

"Abang lapar? Abang nak makan? Arwa panaskan lauk.."Tiada jawapan dari suaminya.

"Abang nak Arwa picitkan badan abang?" Baru sahaja dia nak menyentuh bahu suaminya itu, Daniel Tan segera berdiri.

"Can you just please shut up? Serabut tahu tak?"Jerkahan Daniel Tan menegejutkan Arwa.

Terkejut dirinya dengan jerkahan Daniel Tan. Terus berlinang tubir matanya.

"Abangg..Ar...Arwa minta maaf, Arwa Cuma nak..."

Dush!

Pintu bilik air itu dihempas dengan kuat. Mengalir laju air matanya saat ini! Dia menunduk lalu meramas jari-jemarinya.

........
TBC
.......

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now