Part 48

5.3K 140 3
                                    

"Sayang marah abang ke?"Aku yang duduk di hadapan meja solek itu hanya memandang pantulan dia dari cermin. Soalan apa yang dia tanya ni? Ada nampak mummy happy?

"Abang rasa?" Dia yang duduk sambil bersandar di kepala katil itu aku tatap dengan geram. Ringan-ringan la sangat..Huh!

"Sorryyy..I just...I just cannot control myself!"Dia tersengih sambil menggaru tengkuknya. Itu jelah modal dia kalau rasa bersalah.

Aku memusingkan badan agar bertentangan dengannya..
Bathrobe yang terselak dan menampakkan paha ku itu, aku tutup kembali.

"Arwa memang takboleh percayakan abang lagi lepas ni!"

Daniel Tan sempat nampak paha gebu milik si isteri, tertelan air liur dia. Hush! Bahaya..Bahaya...

"Pandang mana tu?"Arwa menegur si suami apabila melihat mata suami nakal memandang ke pahanya yang dibalut bahtrobe itu.

"Err...Tu...Lantai tu nampak macam berhabuk....Kena mop kut lepas ni...Hehehe.."Sekali lagi tengkuknya digaru...

"Dah la. Pergi mandi!...Dah pukul berapa ni, kita tak solat isyak lagi ni...!"Aku kembali pusing ke arah cermin meja solek. Rambut yang basah itu, aku keringkan dengan tuala..

"Okey..Okey..Abang mandi sekarang...."Segera Daniel Tan terjun dari katil, sebelum dia masuk ke bilik air. Dia berhenti di muka pintu lalu isterinya itu dipandang. Terasa nak mengusik pula!

"Errr..Sayang?"

"What?"Amboi garangnya!....
But....Abang tak takut pun...
Hehehehe......

"Macama mana niat mandi wajib? Abang lupa pula.."

Terus terpusing 180 darjah Arwa memandangnya. Siap pakej jeling lagi...Wow! Nampak seksi!

"You better go to shower now, kalau tak, Arwa patah-patahkan tulang tu!"

"Okey...Okey...Dah ingat..."Baru je dia nak masuk bilii air, dia keluar balik..

"Sayang baca niat tak tadi?"

"Daniel Tan!!!!"Terus tertutup rapat pintu bilik air apabila isterinya itu sudah bangun dari duduk. Terhambur gelaknya di dalam bilik air..Hai! Indahnya rasa..

****

Kini genap 5 bulan usia kandungan ku. Disebabkan aku ni bertubuh kecil molek, kandungan aku ni pun tak beberapa besar sangat..

Aku mengimbas kembali diriku di hadapan cermin. Dress labuh berwarna soft purple itu aku gayakan bersama shawl berwarna senada.

Petang tadi, Daniel Tan call nak ajak dating. Katanya lepas maghrib dia akan pulang dan menjemput ku. Janjinya, kami akan keluar dating pukul 9 malam...

Jarum jam aku tilik. Sudah pukul 8.40 malam. Sabar, mungkin jalan jem kut! Sekejap lagi sampai la tu....

Aku turun ke ruang tamu, layanlah dulu k-drama aku sementara tunggu dia balik. Abe Hyunbin tunggu cek! Hehehe..

Lepas satu ke satu episod aku layan cerita Crash Landing On You itu, jarum jam aku lihat..Sudah pukul 10 malam...Ni dah tak boleh nak sabar ni...!

Ting!

Satu notifikasi masuk! Aku hanya lihat popup message sahaja. Tak ada hati nak buka setelah aku baca popup tersebut.

"Sorry..Abang terpaksa cancel date kita."

Setelah pukul 10 dia baru nak whatsapps aku? Kenapa tak subuh esok je? Eeeeee!! Bantal kecil berbentuk empat segi itu aku pukul dan aku pulas-pulas, mengibaratkan itu adalah Daniel Tan!

Televisyen aku tutup lalu aku melangkah naik ke bilik.Nak tidur! Shawl sahaja aku buang, baju ku biar sahaja. Tidur pakai dress..

Mujur aku dah sempat solat isyak awal-awal tadi....
Memandangkan isyak masuk waktu awal sekarang. Aku terus mengerjakan solat isyak tadi...

......
TBC
......

Okey...bye...see u again....
😘😘😘😘

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now