Part 51

5.3K 132 0
                                    

Seminggu telah berlalu..
Seminggu juga la isterinya itu mogok dengannya. Padanlah muka! Siapa suruh lampiaskan amarah dekat isteri? Sekarang diri sendiri yang merana.

Alhamdulillah, projek lembu tenusu nya sudah kembali beroperasi. Mujurlah Ferdi jumpa orang yang menyebar firnah. Pekerja kembali dipujuk dan mereka terus sambung menyiapkan projek yang hanya tinggal 30% itu. Biasalah dalam dunia perniagaan ni, tentu ada hasad dengki. Rupanya, perbuatan fitnah itu datang dari syarikat lain. Dalam erti kata lain rivalnya. Tak pernah langsung dia cari masalah dengan syarikat tersebut, tetapi tetap juga didengki. Manusia! Manusia!

Sekarang misi memujuk si isteri...Hurmmm...Dah seminggu baru dia nak memujuk si isteri. Tahu memang salahnya...!

Memandangkan esok sabtu, dia berhajat nak bawa isterinya itu bercuti. Tapi untuk memulakannya, dia perlu buat isterinya itu bercakap dengannya dahulu. Seminggu tak dengar suara manja isterinya itu, rasa macam tak lengkap harinya.

Rindu? Usah dicakap la. Tidur pun ada penghadang tahu tak? Isterinya itu meletak bantal golek di antara mereka. Pernah juga dia buang bantal golek tersebut, hasilnya? Isterinya itu pindah ke bilik lain sampailah ke malam ni..Haih!

Sejak isterinya itu mengaut nasi masuk ke dalam pinggan, seluruh fokusnya hanya ke arah Arwa.

"Makan nasi tu, pandang saya tak kenyang pun!"Suara itu menjengah pendengarannya. Apabila panggilan nama ditukar, sudah tetntulah isterinya itu dalam mood tak baik.

Arwa Dariya nak naik atas...
Macam malam-malam sebelum ni, dia akan naik ke atas setelah dia menghidangkan Daniel Tan makan malam. Makanlah suaminya itu seorang diri..Dia kan serabut tengok muka aku!

Tapi belum sempat dia berlalu, tangannya disambar.

"Arwa nak pergi mana?"

"Naik bilik...Awak makanlah, dah siap makan. Awak letak je semua ni dekat atas meja, nanti saya turun kemas!"

Dia nak berlalu namun lengannya masih dipegang Daniel Tan.

"Teman abang makan boleh?" Tanganku diusap lembut dengan jarinya.

"Takpelah, awak makan dulu..
Nantilah saya makan..Takde selera.."

"Abang suap nak?"

"Taknak..Saya kenyang lagi..
Boleh tak jangan nak paksa-paksa?"

Brrrrrrrr!

Bunyi perut yang terhasil mendatangkan senyuman di bibir Daniel Tan.

Kenapa time ni kau nak bunyi wahai perut?

"Tapi anak abang lapar....Sayang duduk eh, abang suapkan makan!"

Dah kantoi lapar kan? Nak taknak kena duduk jugalah makan. Kesian anak dalam kandungan kalau aku mogok lapar sekarang. Selalunya, dia makan dahulu sebelum hidang kepada Daniel Tan.

Entah kenapa malam ni, dia tak sempat nak makan. Ingat lepas Daniel Tan siap makan, baru dia akan jamah nasi.

"Sayang nak lauk apa?" Daniel Tan dah bersedia nak menyuapnya makan.

"Takpe, saya masih ada tangan...
Saya boleh suap sendiri.."
Pinggan kosong diambil. Nasi di dalam mangkuk dikaut.

Daniel Tan senyum nipis. Takpelah, dia beralah. Elok isterinya itu nak makan, nanti lain pula jadinya kalau dia masih berkeras.

"Okey..Makan banyak-banyak sayang..."Makan malam mereka ditemani kesunyian. Tiada celoteh dari bibir Arwa macam selalu. Sungguh dia rindukan isterinya itu. Depan mata pun masih rindu..Parah!

.......
TBC
......

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now