Kirito Sasaki POV....
Hari ini ialah hari pertandingan Putera-putera dari pelbagai kerajaan Kerajaan Edona ku juga ikut bertanding dengan menghantar wakil iaitu putra lelaki ku Amato Sasaki.
Aku rasa sedikit resah kerana Amato bukan seperti diriku ia tidak mahir bertarung namun ia mempunyai otak yang sangat cerdas untuk menyusun strategi dan fisiknya juga agak lemah berbanding anak-anak yang lain dia juga sangat berbeda kerana ia mempunyai rambut putih yang cukup mustahil ada di dunia Fantasi ini...banyak Bajingan tamak ingin menculiknya kerana dirinya yang unik.
Dia juga mempunyai sebuah mata yang amat langka iaitu para Wizard memanggilnya God's Eye walaupun ia tidak unggul bermain pedang dan jarak dekat ia mampu menggunakan pelbagai sihir dengan kuasa matanya namun hanya sihir elemen.
Dan...
Hari ini...ialah gilirannya...
Bertarung...
Saat Amato melangkah ke arah arena aku menghantarnya dengan lirikan mata...ia menoleh ke arahku dan tersenyum seakan-akan tidak ingin melihat ku risau aku membalasnya dengan senyuman kelat.
Seorang gadis bertelinga arnab naik ke atas arena, Sungguh riuh suasananya, Ramai puak yang datang tidak kira manusia, Demon, lizard man dan spychle.
Mereka semua sangat teruja untuk menyaksikan pertarungan para putera.
Di selang sorakan kuat itu aku mendengar satu suara.
"Tuan Putera Amato pasti kalah aku bertaruh dengan Semua uang ku hari ini"
"Kenapa?"
"Kerana Tuan Amato sangat lemah dia tidak layak menjadi putera mahkota aku lebih menyokong Tuan Puteri Kira yang unggul dalam pertarungan"
Aku yang mendengar perbicaraan mereka mengeram marah.
"Grrr..." Aura membunuh ku lepaskan membuatkan orang yang berbual tadi memandang ku dengan wajah pucat Kira yang duduk di pangkuan ku terpinga-pinga bingung saat ini dia baru berumur 10 tahun begitu juga abangnya.
Aku merasakan tangan lembut memegangi bahu ku, aku menoleh dan ia ialah Araji yang menyuruhku menenangkan diri.
Bagaimana aku bisa tenang!?
They look down on my son! My son!
Grr...nasib Korang rakyat aku...
"Ma-Maafkan kami My Lord!" Mereka menunduk.
"Baiklah Beta Maafkan namun jika sesiapa berkata buruk mengenai putera beta, Beta tidak tanggung keselamatannya!" Ucap ku tegas mereka mengangguk lalu beredar cih!
Aku kembali memfokuskan diri melihat ke arah arena kini Amato berdiri di hadapan Putera mahkota Isfarghan Rain Ryu anak Kepada Kotaro Ryu isterinya ialah seorang wanita yang baik aku bersyukur Adik ku diberikan seorang wanita yang baik serta bertanggungjawab...
Gadis Arnab itu naik ke atas arena dan mulai ingin menyampaikan ucapan.
"Hmm...cantik jugak.." perkataan itu spontan terkeluar dari mulut ku melihat gadis Arnab yang mempunyai kulit putih salju dengan bibir mungil.
Entah mengapa ada rasa sejuk kat sebelah aku...
"Hiek!!" Araji merenung ku tajam dengan aura membunuh.
"Apa Yang Cantik!? Abang Cakap betul-betul!" Suara tegasnya terkeluar.
Err...mampus!
"Err...maksud abang kerusi ni cantik kat mana agaknya Dorang beli kerusi ni kan?... Ha..ha..." Ucap ku memegang kerusi yang ku duduk.
YOU ARE READING
AMATO SUCCESSOR OF RAZVAN (RAZVAN BOOK 2)
Fantasy"Ayah...Mengapa Amato lemah Hiks..kenapa Amato tak kuat macam ayah...Hiks..Dorang selalu cakap Amato ni dapat bertahan hanya kerana Nama ayah..." Tangisan sang putra membuatkan hati sang ayah resah... "Amato...kamu nak jadi macam ayah?" "Hm...Amato...