Kirito Sasaki POV.
Aku menjalankan rutin harian ku sebagai seorang raja, kertas yang saling menumpuk memenuhi ruangan pejabat ku, haih...kantung mata ku sudah hitam bagaikan panda.
Sejak tamatnya perang memang damai dan memang ini yang ingin ku capai dahulu namun setelah dunia aman aku merasa bosan!
Tiada apa yang bisa ku lakukan. Hanya terperap di dalam ruangan dipenuhi kertas yang menimbun seperti ingin membuat mata ku terkeluar tidak tidur seharian!
Saat melamun mengenang nasib aku di kejutkan dengan suara ketukan pintu.
Tok!!
Tok!!
"Masuk!" Segera ku kemaskan Tie ku yang kusut serta baju dan Rambut yang tidak terurus bahkan aku tidak sempat mandi hari ini.
Seorang perajurit lelaki masuk bersama zirahnya.
"Patik Menghadap Tuanku!" Ujarnya Serta dengan pantas berlutut memberi hormat.
"Baiklah, Kamu boleh berdiri. Jadi ada apa yang perlu kamu sampaikan kepada Beta? Apakah ia hal yang penting?" Soal ku melihat tajam anak matanya untuk melihat sama ada dia sedang menipu atau tidak.
"Patik Ingin menghantar surat kepada Tuanku." Balasnya aku menatap matanya tiada satu pun yang menunjukkan ia menipu.
"Baiklah Surat daripada siapa kah itu? Apakah ia surat daripada kerajaan lain atau rakyat Beta?" Soal ku ingin tahu jika surat kerajaan lain sudah beribu kali ku terima ada yang meminta ku untuk menikahi anaknya namun aku menolak semua lamaran itu kerana bagi ku Araji sudah cukup dan aku juga sudah bahagia bersama dua cahaya mata yang di kurniakan.
Manakala surat rakyat selalunya meminta dari segi bantuan kewangan dan makanan aku selalu meluluskan permintaan mereka kerana mereka rakyat ku dan mereka juga keluarga ku.
"Menurut Informasi yang patik terima Surat ini dihantar oleh Tuan Shiki" balasnya. Hm...kenapa pulak dia nak bagi surat ni... haih..
"Baiklah kamu boleh keluar"
"Patik Undur diri dahulu" Sebaik sahaja Perajurit itu keluar dari ruangan pejabat ku yang berantakan. Tangan ku mencapai surat yang tergeletak di atas meja merenung panjang.
"Apa lah agaknya cicak kobeng ni nak kat aku..." Gumam ku dengan perlahan membuka sampul surat itu.
Aku membuka lipatan surat itu.
Kepada Orang Gila
Setelah melakukan Pengembaraan
Selama lima tahun ini
Aku telah melihat banyak hal yang menakjubkan.
Serta aku juga bertemu ramai orang yang cukup kuat.
Aku berencana untuk kembali ke Edona
Sudah lama rasanya aku tidak kembali.
Aku juga sudah rindu dengan anak buah yang tampan seperti aku.
Aku akan kembali untuk seminggu sebelum melanjutkan kembali perjalanan ku.
Aku akan tiba hari ini.
Dari Naga tertampan sedunia
Hoho...kau nak balik? Takpe aku ada hadiah untuk kau cicak.
YOU ARE READING
AMATO SUCCESSOR OF RAZVAN (RAZVAN BOOK 2)
Fantasy"Ayah...Mengapa Amato lemah Hiks..kenapa Amato tak kuat macam ayah...Hiks..Dorang selalu cakap Amato ni dapat bertahan hanya kerana Nama ayah..." Tangisan sang putra membuatkan hati sang ayah resah... "Amato...kamu nak jadi macam ayah?" "Hm...Amato...