MEREKA BERDUA bertentangan mata sebelum Haraaz mencium hidung Haura.
Pipi Haura automatik menjadi merah.
"Best tak honeymoon kita?"tanya Haraaz dengan serak basah.
Haura menekup pipinya dengan tangannya sebelum mengangguk laju.
Haraaz tersenyum dia mengengam tangan Haura dan menciumnya Haura tersenyum suka..
"Abang," kata Haura sambil mengoyang - goyangkan tangan Haraaz.
"Ada apa Baby Sugar."
"Nak makan donut coklat," kata Haura dengan muka comelnya.
Haraaz mengaru - garu keningnya.
"Nak dapat mana donut sayang."
"Nak yang Abang buat."
"Uhuk... uhuk."
Haura mencebik apabila Haraaz terbatuk nampak tak Haraaz ni memang dah tak sayang dia.
"Aku tak tahu nak buatlah Sayang," balas Haraaz.
"Ish, nak juga kalau Abang tak buat, Haura merajuk."
"Yelah - yelah nanti lah aku buat."
"Tapi nak sekarang."
Haraaz mengusutkan rambutnya.
Air mata Haura mulai bergenang di pelupuk mata.
"Isk... isk...Abang tak sayang Haura kan."
Haraaz mengeluh dia menarik Haura masuk ke dalam pelukannya.
"I am sorry nanti aku buatkan okey, i love you."
Haura mengangguk, Haraaz mengusap air mata Haura.
"Janji," kata Haura sambil menghulurkan jari kelingking dan Haraaz menyatukan jari mereka berdua.
"Janji Sugar."
Haura tersenyum manis, dia memeluk tubuh Haraaz erat.
Sayang Haraaz banyak - banyak.
Haraaz hanya mampu pasrah.
"Nak tidur," kata Haura perlahan.
Haraaz mengangguk dia mencepung tubuh Haura menuju ke bilik, dengan kadar perlahan dia merebahkan tubuh Haura. Dia mengemaskan duvet sebelum mencium pipi Haura perlahan.
"Rest well Baby sugar."
Seusai sahaja mendodoikan Haura Haraaz mengelus pipi Haura lembut sebelum dia melangkah menuju ke dapur.
"Haii... nak tanya siapa ni?"
".... hah Youtube kan ada."
Aplikasi Youtube ditekan. Haraaz mulai mencari resepi donut coklat yang gebu dan sedap.
"Aaah, ini pun," kata Haraaz dia menekan video itu.
✔Bahan - bahan membuat donut coklat yang gebu dan sedap.
⚬Bahan A.
Dua sudu besar yis mauripan.
Satu sudu besar susu pekat.
Satu sudu besar gula.
1/2 cawan air suam.
Campur semua bahan A sehingga mengembang.
⚬Bahan B.
Dua cawan tepung gandum.
Dua sudu teh baking powder
Satu sudu marjerin.
✔Cara - cara membuatnya.
1. Gaul bahan B sehingga menjadi seperti serbuk roti. Campur bahan A, gaul rata dengan menggunakan jari sehingga tidak melekit.
2. Letakkan di dalam bekas dan biarkan mengembang.
3. Selepas 15 minit keluarkan aduan dan tumbuk - tumbuk aduan seperti mana anda menumbuk ex anda.
4. Bentukkan menjadi donat(bentuk donut seperti cincin)
5. Masukkan minyak di dalam periuk dan panaskan ia.
6. Goreng di dalam minyak, gunakan chopstick agar dapat memudahkan proses memusingkan donut tersebut.
7. Cairkan coklat, celupkan donut ke dalam coklat dan angkat, letakkan di dalam bekas dan taburkan coklat rice.
8. Hidangkan dan selesai.
9. Makan...
Setelah beberapa jam akhirnya Haraaz selesai memasak.
"Alhamdulilah masak juga akhirnya."
Haraaz mengemas dan berlalu naik ke bilik. Tidak lupa juga dia membawa donut dengan air milo buatannya.
"Sugar bangun, dnut kau dah siap,"
Haura menenyeh matanya perlahan sebelum dia bangun dari pembaringanya.
"Nah, makanlah."
"Bismillah,"
Haura mengigit donut buatan Haraaz, gebu tapi manis, terlalu manis.
"Sedap tak,"
Haura mengangkat thumbs up.
Walaupun manis tapi dia suka...
Sedapnya...
Haraaz tersenyum lebar, tak sia - sia tengok video buat donut berulang - ulang kali.
"Abang nak tak."
Haraaz pantas menggeleng, dia tak minat nak makan yang berminyak.
Haura mengangguk dia makan tanpa mengiraukan pandangan Haraaz.
__________________________________________________________________________________
Sudut info hari ini.
⚬Dekatilah dan berkawanlah dengan orang yang rajin ibadah, rajin berselawat dan zikir. Sebab hati mereka ada Nur, cahaya. Dengan dekati mereka kita mudah mengingati Allah, mengingati akhirat dan hati kita jadi lebih tenang.
_pidots Arts.
____________________
Selagi aku masih bernafas aku akan tunaikan apa yang sugar aku inginkan.
_Haraaz milik Haura.