_ BILA AKU LAFAZKAN AKU TERIMA NIKAHNYA, MAKA AKU SUDAH BERSEDIA MENGALAS TANGGUNG JAWAP MENJAGA KAMU DAN MENCINTAI KAMU.✒
HARAAZ MATEEN mengengam tangan Tok kadi tangannya berpeluh.
"Kamu dah sedia nak menggalas tanggungjawap kamu terhadap isteri kamu selepas ini."
"Siap Tok."
"Baiklah kita boleh mulakanya."
Rayyan dan Tahqif hanya tersenyum bahagia dengan keputusan sahabat mereka yang ingin menghalalkan Haura.
Nampaknya soerang kawan mereka akan bergelar suami.
Tch...
Tinggal mereka berdua yang singel mingel....
Sendu... sendu...
"Tengku Haraaz Mateen bin Tengku Hakim Mateen aku nikahkan dikau dengan Haura Inara binti Abdul Rahim dengan mas kahwin kelengkapan solat dibayar tunai."
"Aku terima nikahnya Haura Inara binti Abdul Rahim dengan mas kahwin kelengkapan solat dibayar tunai."
"Sah."
"Sah."
"Sah."
Alhamdulillah.
Setelah selesai membaca doa, Haraaz bergerak menuju ke arah Haura yang sedang elok duduk bersimpul.
"Assalamualaikum, sugar baby."
"Waalaikumsalam, imam."
Haraaz mengerutkan dahinya, laa siap pulak imam ni takkanlah tok kadi kut.
Dia sempat menheling dua sahabatnya yang sedang sibuk mengambil gambar mereka berdua.
Tahqif yang dapat memahami maksud Haraaz hanya menjongketkan bahu.
Manalah dia tahu, Haraaz ni pun satu.
"Ehem, Tengku isteri Tengku dah tunggu nak sarungkan cincin," selor tok kadi apabila Haraaz menjeling Rayyan dan Tahqif
Haraaz tersengih. Dia menyarungkan cincin ke jari Haura.
Haura mencium tangan Haraaz dengan perlahan.
Apabila Haura mengangkat mukanya Haraaz terus sahaja mencium dahinya.
Maka bermula lah agenda menangkap gambar oleh juru gambar tak profesional mereka.
"Hey baby you own me explain, who is imam?" bisik Haraaz perlahan.
Haura tersenyum.
Laa, suaminya ni memang blur ke....
Imam tu dia lah, imam kepada solatnya.
Setelah semuanya selesai Haraaz dan Haura duduk di kerusi luar.
Haraaz yang sedang sibuk memandang Haura yang sedang sibuk melihat jarinya yang kini bercincin dan, Rayyan dan Tahqif yang sedang sibuk menangkap gambar.
"Siapa Imam?" tanya Haraaz.
"Imam?"
"Ya, kau kan cakap Waalaikumsalam Imam tadi."
Haura mengaru tudungnya.
Pulak da, ingatkan Haraaz mampu nak tangkap maksudnya tadi.
"Ohh, Imam tu awak lah, Imam kepada setiap solat saya."
Haraaz tersenyum lebar... sweet pulak isterinya ini.
"Betul," Haraaz bertanya walaupun dia pasti dengan jawapan Haura tadi..
Well tanya je kan?
"Betul," kata Haura meyakinkan Haraaz yang sedang memandangnya dengan muka aku tak percaya.
"Okey, dah jom balik."
Haura terus sahaja mengangguk. Nasib baik percaya kalu tak... aku terus je balik rumah sewa.
Haraaz mengengam tangan Haura menuju ke arah Rayyan dan Tahqif.
"Bro aku cau dulu."
"Humm, kita orang pun dah nak gerak ni."
"Jumpa esok." Kata Rayyan dan Tahqif serentak.
Mereka bersalaman dengan gaya lelaki sebelum Tahqif dan Rayyan melangkah meninggalkan mereka berdua menuju ke arah Lamborgini dan Audi.
Haraaz dan Haura melangkah ke arah Hummer apabila kereta Tahqif dan Rayyan sudah tidak kelihatan lagi.
Seperti biasa Haraaz akan membukakan pintu untuk Haura.
"Terima kasih Imam."
"Sama - sama Sugar Baby."
Setelah memastikan Haura telah duduk dengan selesa. Haraaz mulai mengambil tempat di sebelah Haura.
Kereta mulai dihidupkan dan memandu meninggalkan kawasan masjid menuju ke rumah Haraaz.
"Saya nak balik dekat rumah sewa," kata Haura sambil menggenggam jarinya.
"Rumah sewa, takpe hari ni Sugar Baby aku tinggal kat banglo aku besok nanti kita pick up semua barang kau."
"Tapi."
"Takpe Baby sugar, lagipun kau mesti penat"
Haura hanya mengangguk apabila Haraaz mengatakan itu. Biarlah lagipun Haraaz sudah menjadi suami dia jadi dia wajib Mentaati perintah suaminya kecuali perkara yang melanggar perintah agama islam.
__________________________________________________________________________________
300922💋
Enjoy reading...Walaupun cerita ni agak tak seronok.
______________________________
Sudut info hari ini.
Wanita selalu lupa dengan tiga perkara.
1. Tangan adalah aurat batasnya sehingga pergelangan tangan.
2. Kaki seluruhnya adalah aurat. Means kaki tu aurat kena pakai stokin.
3. Dada adalah aurat jadi waji labuhkan tudung menutupi dada.
Amalkan ini ya kawan - kawan. Semoga sama - sama mendapat pahala.
Love ya all...
You didn't have to make me fell for you , because i already start to fall in love with you.
_you wife Haura.