MATA dipejam lalu dibuka. Pejam lagi dan buka semula. Posisi terlentang tidak selesa, mengereng pula dicuba. Bantal empuk sudah tidak memberi kenyamanan pada tengkuknya, ditepuk dan diubah, namun tetap tak dapat memberi kesan selesa. Apa yang tak kena dengan diri ini?Telifon bimbit di atas cadar gebu lalu dicapai. Nafas dilepaskan menjadi dengusan melihat skrin telifon yang memapar beberapa laman sosial yang digeledahnya. Semuanya tidak mendatangkan keseronokan. Buku serta majalah sudah lusuh dilacak kemudian dicampak saja ke lantai. Boringnya!
Sudah hampir seminggu dia terperap di rumah. Sesekali turun hanya untuk makan, lalu naik semula ke bilik. Ada juga dia bersiar-siar di sekitar taman yang terdapat di pekarangan rumah, lepak di tepi kolam dan sebagainya. Tetapi itu semua tidak dapat membuatnya rasa seronok. Mengapa?
Selepas kes bertemu Tengku Mukhriz di kelab malam tempoh hari, ia sudah cukup membuatnya serik untuk mengunjungi tempat itu lagi. Bahkan mahu keluar berjalan-jalan pun dia sudah tiada mood. Mesej dari rakan-rakan yang mengajaknya bersantai ria di kelab macam selalu juga tidak lagi dilayannya. Mood sudah kacau bilau, bukan itu yang dicari sekarang ini.
Anak patung Teddy bear dicapai lalu bawa ke pelukan. Hurm! Bulu-bulu gebu patung itu serasa nyaman mengena pada kulit di sekitar lehernya. Orang kata ia satu terapi untuk menghilangkan stress. Bolehlah, berkesan juga.
Tiba-tiba terukir senyuman di bibir. Mata merenung muka Teddy Bear dengan pandangan yang sukar dimengerti. Apakah sebenarnya dia sedang rasa saat ini?
Kata-kata nasihat dari Maleeq sewaktu menghantarnya pulang tempoh hari kembali terlintas di kepala. Ianya berjaya mencipta senyum di antara kecelaruan jiwa.
Malam itu....
10minit perjalanan, di dalam kereta hanya boleh didengari bunyi cengkerik sahaja. Seorang fokus memandu, seorang lagi muncung tak reda.
Sesekali Puteri mengerling pada bahgian pelipis lelaki di sebelahnya itu, elok juga rupa. Walaupun samar-samar oleh suasana temaram di dalam kereta, tetapi masih boleh dilihat akan rupa parasnya yang boleh dikatakan cukup rupawan. Serius elok!
Tetapi kaca mata hitam yang tak pernah lekang dari wajah itu sedikit mengganggu. Tak rasa rabun ke dia pakai spek hitam malam-malam? Macam buang tebiat pun ada.
"Ehem." Sengaja Puteri mencipta batuk buatan.
Hanya anak mata digulir ke samping. Si pemilik rupa tampan kembali fokus pada jalan raya.
"Kenapa Mr. Mike suruh saya tutup?"
Tiba-tiba soalan itu tercetus. Maleeq tersedak air liur sendiri. Gadis di sebelah dilirik lagi. "Kenapa?"
"Kalau tak tutup kenapa?"
"Ehem... Baiklah, saya pula nak menyoal. Kenapa Cik Puteri suka pakai macam tu? Apa tujuan?"
Soalan cepu emas pula Mr. Spy ini lontarkan, Puteri terdiam. Dicuba melacak otaknya buat mencari jawapan yang sesuai untuk soalan itu. "Erm, saja. Selesa," jawapan selamba asal boleh saja.
"Selesa? Heh!" Sinis bibir itu berdecih. "Awak tahu tak? Awak tu berpakaian tapi serupa tak berbaju, tau. Kenapa tak telanjang je terus? Alang-alang nak selesa kan?" Ambik kau. Pedas Maleeq membidas.
"Hoi.. jaga mulut awak tu. Awak ingat saya tak ada maruah ke?" Berbirat urat di dahi Puteri. Boleh tahan kurang ajar mulut mamat ni.
"Oo, maruah? Tahu pulak cakap pasal maruah? Habis aurat tu, bukan maruah?" Dipulangkan semula soalan Puteri. Sekilas dilirik muka yang sedang berkerut tak puas hati padanya itu. Tapi tak boleh pandang lama-lama. Muka marah macam tu pun boleh bikin iman berkecai. Bahaya betullah perempuan ni.
YOU ARE READING
MY ROMANTIC MR. SPY (MISI: MENCARI MAMA)
RomanceCOMPLETE! ✅️✅️✅️ BEWARE!!! Matured content inside!!! Action Romance Story Tiga orang ahli penyiasatan sedang dalam misi pengintipan anak gadis seorang VIP yang kerap berfoya-foya di kelab malam. Diwartakan gadis itu hanya berseronok sahaja tanpa men...