26: Lari Rumah

309 14 6
                                    

"UNTUK kesekian kalinya Puteri bagitahu daddy, I will not marry him. Whatever what you want to say, Puteri tetap dengan pendirian Puteri." Dia menetapkan pandangan pada kaca tv yang sedari tadi ditonton sebelum Tan sri datang dan mengutarakan sebuah hajat besar. Tiada hati lagi mahu memandang ayahnya.

"Puteri..." Dihampiri anaknya semakin dekat. Tan Sri naik pening. Cara apa lagi yang beliau hendak gunakan buat memujuk Puteri agar menerima pinangan tersebut? Bukan tak tahu kepala Puteri memang sudah sedia keras sejak azali lagi. Lagi-lagi hal mendesak seperti ini, lagilah dia melenting.

"Macam ni... Daddy sendiri pun tak ada langsung terfikir nak kahwinkan Puteri dengan Mukhriz. Tapi Maksu Suraya tu, Puteri tahu kan daddy cuma ada dia seorang je ahli keluarga yang tinggal? Daddy tak nak kehilangan dia."

"Jadi daddy nak gadaikan masa depan Puteri demi Maksu Suraya?"

"Tak, bukan macam tu maksud daddy." Tan Sri benar-benar dalam dilema.

"Lalu apa daddy nak cakap sebenarnya?" Puteri mendesak.

Seketika Tan Sri perlu atur pernafasan sebelum berujar. "Daddy tengok sekarang ni Puteri dah tak ada aktiviti tetap. Belajar pun ikut mood, kerja pun tidak. Kalau Puteri ada kerja tetap tak apa juga. Daddy ni sudahlah ada anak sorang aje. Daddy perlukan pewaris yang boleh daddy harap. Siapa lagi daddy nak harap kalau bukan seorang menantu?"

"Habis tu daddy nak suruh Puteri jadi ahli koperat macam daddy? No way! Mukhriz tu pun sama je, daddy ingat dia tu boleh harap sangat ke?"

"Bukan macam tu. Daddy pun tak suruh Puteri jadi ahli koperat kalau Puteri tak mahu. Cuma, sekurang-kurangnya bertunang dulu ke dengan Mukhriz, tak perlu buru-buru menikah kalau Puteri belum bersedia. Macam mana?"

"Tak nak! Stop forcing me up."

Tan Sri Baharudin ubah kedudukan, mahu betul-betul berhadapan dengan anaknya. "Ok, macam ni. Daddy cuma nak Puteri belajar berdikari. Kami ni bukannya boleh ada selama-lamanya untuk jaga Puteri. Daddy nak Puteri pandai urus diri sendiri. Kalau tak kerja pun sekurang-kurangnya Puteri boleh diharap di dapur, macam mommy. Daddy yakin bila Puteri dah kawin nanti, mesti Puteri akan belajar berdikari."

Puteri menoleh dengan kelopak mata kian menyempit. "Jadi, daddy cuma nak tengok Puteri berdikari lah? Fine!" Puteri pun bangkit dari tempat duduk dan berhajat meninggalkan ayahnya.

Barulah Tan Sri sedar bahawa dirinya telah mengulang silap iaitu terlajak kata. Pasti ianya telah menyinggung perasaan Puteri lagi sekali.

"Kalau daddy cuma nak tengok Puteri berdikari, tak ada masalah. I will prove it then, and show you what it's called berdikari." Langkah dibuka meninggalkan ayahnya. Tak lagi didengar panggilan yang memintanya untuk mendengar penjelasan. Hati sudah terlanjur tersinggung, Puteri membawa diri naik ke bilik meninggalkan orang tuanya.

Selang beberapa minit Puteri kembali turun, namun kini bukan dengan tangan kosong. Turut dibawa bersama iaitu beg pakaian miliknya. Tan Sri hampiri anaknya dengan perasaan risau dicekam rasa bersalah.

"Puteri nak ke mana ni sayang? Kenapa bawa beg baju semua ni?"

Didahului senyum herot, Puteri melirik tajam pada Tan Sri. "Puteri akan buktikan pada daddy, bahwa Puteri pun boleh berdikari tanpa perlu berkahwin dengan Mukhriz."

"Ta, tapi, bukan begini yang daddy maksudkan. Puteri..."

Puteri telah mula melangkah, tak diendah panggilan ayahnya. Hati kerasnya memaksa untuk tidak berundur lagi walau hari di luar telah pun gelap. Dia mahu buktikan kepada orang tuanya, bahwa dia juga mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Puan Sri Zakiah masih bertelekung telah menyusul keluar bila terdengar kekecohan kecil tersebut. Didapati hanya bayangan Puteri yang kian menghilang meninggalkan rumah, dia pun turut tercegat di sisi suaminya yang terbata hilang idea.

MY ROMANTIC MR. SPY (MISI: MENCARI MAMA)Where stories live. Discover now