"HELLO. Korang kat mana?" Maleeq menyapa sebaik panggilan diaktifkan. Earphone diperkemas, sedang tangannya telah memegang stereng mengawal pemanduan.
"Kitorang masih kat Bandar Hilir. Kenapa Maleeq?" Zahaedy menjawap.
"Norah terpaksa aku hantar ke rumah kak Tinah dulu malam ni. Aku tiba-tiba ada kes urgent pula."
"Kes apa yang urgent sangat tu? Ke, kes Puteri Zaharah lagi?" Tak jadi tegang, terus mengekek mengusik sepupu. Maleeq yang sudah berbulu dapat didengar dengus nafasnya oleh Zahaedy. Bengang ler tew!
Pantas talian ditamatkan dari pihak Maleeq. Tidak sanggup lagi disakat oleh sepupunya. Iman di dada bukannya kuat sangat nak mendengar nama Puteri Zaharah dikaitkan dengan dirinya. Lama-lama dari tidak boleh jadi iya. Siapa nak jawap?
***
EMPAT orang gadis telah memasuki bangunan yang isi di dalamnya adalah orang-orang yang sedang khayal menikmati muzik. Mereka berempat sememangnya menjadi perhatian oleh setiap yang berkunjung. Namun tidak siapa berani mengganggu. Rata-rata para pengunjung sudah dimaklum akan status gadis-gadis itu ialah dari golongan yang berpengaruh.
Mereka juga telah menempah satu tempat khas untuk golongan VVIP di dalam kelab itu. Tidak semua orang boleh menempah tempat di kelab tersebut. Hanya golongan tertentu sahaja yang dapat menikmati fasiliti high class-nya.
Suara sorakan mula riuh rendah kedengaran. Ianya begitu mengasyikkan bagi mereka.
Alunan muzik yang dimainkan oleh DJ berpengalaman membuat kaki mereka tidak boleh berhenti bergoyang."Hei, Puteri. You pergi mana berapa hari ni? Kenapa tak join lepak?" pekik Yaya di antara dentuman muzik yang membingitkan telinga.
"I ada hal sikit dengan parents. Hari ni baru dapat keluar. Kenapa? You guy's rindu I ke?" Tempat ini memang kurang sesuai untuk bersembang. Mesti menggunakan otot leher lebih supaya suara kedengaran oleh yang lain.
"Mestilab kitorang rindu you." Turut dibalas oleh Emily yang sedang menghirup lemon tea ice melalui straw.
"Girl's..."
Ketiga gadis itu pantas memusing leher melihat pada suara yang menyapa.
Amber telah tiba dan bergabung semula ke dalam kumpulan. Gadis berbangsa cina itu dari tadi meminta diri untuk ke toilet buat seketika.
"Hei, Amber. Lambat you pergi toilet. You buat ape hah?" Emily menampar lengan sahabatnya perlahan.
Amber mengambil semula tempatnya yang dari tadi ditinggalkan sebentar. Di sebelah Puteri dia duduk sedikit menjengket. Wajah teruja seperti baru menjumpai harta karun membuat ketiga rakannya saling berpandangan sesama sendiri.
Dah kenapa minah ni?
Mereka adalah rakan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Terpisah selepas habis belajar dan menuntut di university berlainan. Berjumpa semula enam bulan lepas serta memulakan aktiviti berjimba mereka.
"Guys, you all kena cuba apa yang I rasa tadi. It's something new, for you lah. Not for me. Coz I dah biasa," beritahunya dengan muka excited.
"Apa yang special sangat tu?" Riak ingin tahu terpapar di wajah Puteri. Macam best aja bunyinya.
Emily serta Yaya juga turut memasang tampang yang sama. Penasaran dengan benda baru yang dimaksudkan oleh Amber itu.
"Just wait. Sekejap lagi waitress bawa ke sini. Tunggu ya!" Amber memperkemas posisi duduknya, bersilang kaki serta sempat mem'flip' rambut ala-ala gedik manja. Tak sabar nak memperkenalkan sesuatu yang baru pada kawan-kawannya.
YOU ARE READING
MY ROMANTIC MR. SPY (MISI: MENCARI MAMA)
RomanceCOMPLETE! ✅️✅️✅️ BEWARE!!! Matured content inside!!! Action Romance Story Tiga orang ahli penyiasatan sedang dalam misi pengintipan anak gadis seorang VIP yang kerap berfoya-foya di kelab malam. Diwartakan gadis itu hanya berseronok sahaja tanpa men...