53: TOLONG BERTAHAN

197 6 0
                                    

SATU persatu orang ramai mula berdatangan sebaik mengesan kekecohan tersebut. Mujur saja kejadian berlaku di waktu pagi. Meskipun sebahgian penduduk di kawasan taman itu sudah berangkat ke tempat kerja masing-masing, tapi sebahgian besarnya lagi masih di rumah.

Para wanita yang sedang memasak di rumah masing-masing juga turut keluar, berteriak meminta bantuan daripada kejiranan berhampiran.

Dalam masa lebih kurang lima minit para penghuni kawasan tersebut telah mula berdatangan buat menghulur bantuan. Ada yang membawa perkakas tajam, ada yang membawa baldi, ada juga yang membawa gergaji dan gerudi. Apa saja yang mereka nampak langsung dibawa ke tempat kejadian.

Mereka lalu bekerjasama untuk membuka pintu yang tersekat. Menggunakan alatan yang mereka bawa, pintu sedang cuba dirungkaikan.

Untuk seketika mereka menemui kesukaran disebabkan daun pintu yang jenis tebal dan berat. Tetapi mereka tak putus asa untuk membukanya. Lagi-lagi bila terdengar teriakan kanak-kanak yang semakin lirih, mereka semakin mempergiat usaha.

Akhirnya berkat kerjasama penduduk setempat, pintu tersebut berjaya dipecah sampai tercabut dari engselnya. Syukur Alhamdulillah!

Puteri dan Akma segera menggiring murid-murid keluar sebaik sahaja pintu terbuka. Kebanyakan mereka sudah mula terbatuk-batuk disebabkan menghidu asap terlalu banyak. Dibantu oleh jiran tetangga, anak-anak tadika akhirnya berjaya dibawa keluar kesemuanya.

Puteri dan Akma lalu memeriksa semula murid-muridnya. Dikira satu persatu untuk memastikan semuanya ada.

"Puteri. Tak cukup lagi dua," jerit Akma.

Puas dikira berulang kali, akhirnya mereka sedar bahawa kanak-kanak itu tak cukup jumlahnya.

"Haziq. Naurah!" Dengan tangkas Puteri meneka wajah-wajah yang tidak ada.

Benar sahaja. Haziq dan Naurah tidak dikesan dalam kumpulan.

"Puteri. Puteri nak ke mana?"

"Saya kena cari mereka."

"Tapi bahaya. Api dah mula naik."

Sekejap Puteri atur pernafasan. Sebentar kemudian dia mencapai beg tangan miliknya dan mengeluarkan dua buah sapu tangan yang sentiasa dia simpan. Pandangan yang awas mengesan botol air mineral dipegang oleh salah seorang jiran yang datang. Puteri segera menyambar botol tersebut dengan rakus. Tak sempat nak minta izin dan sebagainya.

Asap dilihat semakin menebal. Puteri kesuntukan masa untuk berfikir terlalu lama. Dua buah sapu tangan segera dibasahkan dengan air mineral. Setelah itu dia terus belari masuk semula ke dalam kepulan asap yang mula menghitam.

"Hati-hati Puteri," laung Akma. Turut berharap supaya Puteri dan anak-anak tidak apa-apa.

Tidak lama selepas itu, kereta Zahaedy pun tiba. Puspa turut keluar meski badannya masih lemah. Zahaedy segera berlari ke tempat orang berkumpul buat mencari anaknya.

"Mana anak saya? Naurah..."

"Naurah dan Haziq, masih terperangkap kat dalam, encik. Puteri dah masuk semula cuba mencari mereka," terang Akma.

"Princess..." Maleeq turut tiba. Tak banyak bicara langsung berlari untuk menyusul Puteri ke dalam.

Sementara itu di dalam... Puteri cuba menerobos ke tengah-tengah kepulan asap disertai percikan api yang telah mula menjilat sebahgian besar ruang belajar. Pandangannya terhad akibat asap yang tebal. Untuk seketika dia gagal mengesan bayangan kedua kanak-kanak itu.

"Haziq. Naurah. Kau orang kat mana? Dengar Kak Puteri tak?"

Tak lama kemudian, Puteri terdengar suara tangisan dua orang kanak-kanak dari arah tingkap. Secepatnya Puteri berlari mendapatkan mereka. 

Di antara kepulan asap yang mengaburkan pandangan, Puteri menangkap bayangan dua kanak-kanak itu sedang meringkuk ketakutan sambil menangis. Sesekala kedengara mereka mula terbatuk-batuk akibat terhidu asap.

Dia tidak mempedulikan keadaanya sendiri yang kini juga mula hampir lemas akibat asap yang telah masuk ke dalam paru-paru. Dia hanya mahu kedua kanak-kanak itu dibawa keluar dengan selamat.

"Haziq. Naurah. Kau orang tak apa-apa?"

"Kak Puteri."

Serentak Haziq dan Naurah bangun mendapatkan Puteri. Mereka menangis ketakutan sambil merangkul Puteri.

"Kak Puteri, Naurah takut."

"Haziq pun. Sini banyak asap."

"Okey, jangan takut lagi. Kak Puteri ada. Nah, pakai ni. Tutup mulut dan hidung."

Dengan cermat Puteri mengajar mereka memakai sapu tangan yang sudah dibasahkan dengan air sebagai pelitup muka. Ianya bertujuan untuk menghalang asap memasuki saluran pernafasan.

"Pegang macam ni, jangan lepaskan. Semuanya okey, jangan takut lagi," kata Puteri.

Selanjutnya tubuh mereka langsung diapit dengan kedua tangan, diangkat untuk dibawa keluar.

Sesaat Puteri hampir pegun akibat pandangan yang mula berbalam. Kepalanya sudah terasa pening bila asap telah memasuki saluran pernafasan. Tolonglah bertahan wahai diri! Apapun terjadi, dia harus membawa Naurah dan Haziq keluar dengan segera.

Maleeq berlari untuk menyusul Puteri ke dalam. Zahaedy tak ketinggal turut pergi bersamanya. Tetapi langkah mereka tertahan sejenak di hadapan pintu masuk. Puteri telah keluar degan terhuyung-hayang, kepayahan sambil mendonkong Haziq dan Naurah.

Maleeq segera mendapatkan mereka, anak-anak diambil alih daripada Puteri lalu diserahkan kepada Zahaedy.

Sementara itu, Puteri sudah tidak mampu bertahan lagi. Pandangannya semakin kelam dan kepalanya berpinar-pinar. Tak dapat meneruskan langkah lagi, Puteri pun rebah di tengah-tengah pintu sebelum sempat keluar.

"Princess!" Tak sempat Maleeq mahu menyambut, Puteri sudah keburu tumbang.

Dalam ketidakberdayaan Puteri melihat Maleeq datang padanya. Samar-samar dia rasakan tubuhnya diangkat dan dibawa keluar dari tempat itu.

"Mr. Mike..." Suaranya kian perlahan. Sempat menyebut nama lelaki itu sebelum kegelapan menganbil alih mindanya.

*Author notes*
Boleh bayangkan macam mana Maleeq keluar dari kepulan asap sambil mendokong Puteri yang pengsan dalam mood slowmotion. Aghhh... Nak jugaklah jadi Puteri. Hurmmm

MY ROMANTIC MR. SPY (MISI: MENCARI MAMA)Where stories live. Discover now