Jihoon bekerja seperti biasa. Dia sesekali akan mengeluh dengan perangai pelanggan yang datang. Tidak lama itu Mashiho datang di kedainya.
"Kau kenapa muka lesu macam tu?"
"Harini penat! Pelanggan semua macam tak guna semuanya!" Marah Jihoon dan Mashiho hanya tertawa saja. Dia mendudukan dirinya di sebelah Jihoon.
"Kau dengan kekasih kau macam mana? Dia macam mana?" Tanya Mashiho kepada Jihoon.
"Dia okay. Aku harap dia okay." Kata Jihoon. Mashiho cuba untuk tidak membuka soalan ke arah yang membuatkan Jihoon sedih. Mashiho berdehem kecil.
"Kira-kira dah 3 bulan kau dengan dia."
"Syukurlah aku tidak berpisah dengan dia terlalu cepat." Kata Jihoon dengan perlahan. Mashiho menganggukan kepalanya dengan perlahan.
"Esok kau pergi?"
"Aku pergi."
"Kau bawah Hyunsuk?" Tanya Mashiho.
"Mungkin. Tengok keadaan dia juga."
"Kenalkan dia Jihoon. Dia berhak tahu."
"Akan aku." Kata Jihoon dengan senyuman dia. Mashiho menganggukan kepala. Dia tahu Jihoon akan menceritakan semua itu namun tidak tahu bila.
"Apa perancangan kau lepas ni?" Tanya Mashiho. Jihoon hanya menggelengkan kepala saja.
"Aku cuma nak habiskan masa dekat Hyunsuk saja. Kau sendiri faham maksud aku."
"Aku tak paksa untuk kau mengalah. Aku tahu kau takkan." Kata Mashiho dengan perlahan. Jihoon menganggukan kepala dengan perlahan. Mashiho sangat memahaminya.
Mashiho ingin membantu Jihoon namun dia mempunyai ada banyak kerja. Jadi dia hanya mampu menemani Jihoon saja membuat kerja. Mashiho mula membuat kerjanya dengan tenang.
Begitu juga dengan Jihoon.
[BEFORE I DIE][BEFORE I DIE][BEFORE I DIE]
"Kau nampak bahagia. Dan terlihat hidup."
"Perli aku?" Yoshi hanya tersenyum saja. Hyunsuk menghela nafas dalam. Yoshi datang kerumah untuk melawat Hyunsuk. Hyunsuk sudah tidak bekerja secara aktif.
"Kau macam mana?"
"Badan aku mula melemah. Sakit sana sini. Mata mula kabur dan terasa kematian mendekat."
"Suk..."
"Uhm?" Yoshi memandang Hyunsuk dengan pandangan yang sangat memilukan.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Kenapa kau nak nangis. Kalau nak nangis, nangis masa aku mati nanti Yoshi." Jatuh sudah air mata yang di tahan.
"Boleh tak aku berharap."
"Uhm? Harap apa?"
"Boleh tak aku berharap ini semua mimpi? Boleh tak aku berharap kau akan terus hidup sampai kita mati bersama? Macam janji kita?"
Yoshi meletakkan kepalanya di riba Hyunsuk. Menyembunyikan air matanya di selimut itu. Tidak juga mahu memandang wajah Hyunsuk.
Perlahan tangan Yoshi di genggam. Dia mengelus lembut kepala Yoshi yang sedang menangis. Hyunsuk sendiri menahan tangisan dia.
"Aku sangat-sangat berharap, kalau nanti aku boleh tengok kau kahwin. Bahagia dengan keluarga kecil kau dengan Jihoon. Capai impian kita untuk jadi composer music yang berjaya."
"Aku nak kita berjaya dengan impian kita. Boleh aku berharap macam tu?" Tanya Yoshi. Dia mengangkat wajahnya memandang Hyunsuk. Hyunsuk tersenyum kecil.
"Shi...aku tak pernah fikir untuk hadap semua ni. Tapi harapan kau takkan pernah dapat ditunaikan. Nak atau tidak, kau kena lepaskan aku."
Hyunsuk dan Yoshi saling berpelukkan. Hyunsuk akhirnya menangis di pelukkan Yoshi.
"Aku minta maaf."
[BEFORE I DIE][BEFORE I DIE][BEFORE I DIE]
"Dia Kim Doyoung. Adik angkat yang selalu ada dengan aku."
"Ouh...hai Doyoung." Sapa Hyunsuk. Mereka di depan makam. Mashiho juga ada di sana. Jihoon mengelus perlahan nisan yang ada.
"Doy, aku datang. Aku datang dengan seseorang yang buat aku bahagia. Kau apa khabar dekat sana? Bahagia?" Jihoon mengelus perlahan nisan itu.
"Shiho pun datang. Doyoung, selamat hari jadi. Kau tengah sambut dengan siapa dekat sana?" Hyunsuk memandang Jihoon yang menahan air matanya.
"Kau dah bahagia ke Doy? Tinggalkan aku dekat sini dengan kekuatan yang kau berikan tak cukup Doy." Kata Jihoon.
"Tapi sekarang, aku jumpa kekuatan aku yang lain. Choi Hyunsuk. Lelaki ni dah berjaya buat aku kuat." Kata Jihoon sambil memandang Hyunsuk.
"Doyoung, kau dah tenang tanpa sakit kan?" Kata Mashiho pula. Dia juga melakukan apa yang dilakukan Jihoon.
"Dia mati sebab apa?" Jihoon memandang Hyunsuk lalu menarik ke dalam pelukkan.
"Cancer." Hyunsuk mengangkat muka. Memandang Jihoon yang tersenyum manis di depannya.
"Dah 4 tahun dia tinggalkan kitorang." Kata Jihoon masih dengan senyuman dia. Dia memandang ke arah Mashiho di belakang.
"Kami tak percaya dia pergi. Kami sangka dia hanya main-main tapi tak."
Hyunsuk mengusap perlahan air mata yang jatuh di pipi Jihoon. Dia mengukir senyuman kecil untuk menguatkan Jihoon. Perlahan membawa Jihoon ke pelukkan.
"Jangan nangis."
Tuhan...bagaimana kalau aku pula yang pergi? Apa nasib lelaki malang ini nanti?
[BEFORE I DIE][BEFORE I DIE][BEFORE I DIE]
Jihoon memandang Hyunsuk yang sedang bergurau dengan Yoshi di depan. Dia sesekali akan menggelengkan kepala melihat itu. Mashiho menghampiri Jihoon.
"Senyuman kau aku suka."
"Kenapa?"
"Kau nampak bahagia." Kata Mashiho dengan senyuman dia. Mashiho memandang Hyunsuk yang ada di sana. Dia tahu Hyunsuk adalah orang yang membuatkan Jihoon bahagia dari dulu. Mashiho tidak dapat nafikan.
"Dia buat kau bahagia dan aku suka." Jihoon menganggukan kepala.
"Kau takkan buat benda bodoh kan lepas kebahagiaan kau hilang?"
"Aku tak tahu Shiho. Aku sudah malas nak fikir." Kata Jihoon. Dia memandang ke arah Hyunsuk dengan pandangan penuh sayang.
"Aku cuma harap itu permainan dunia untuk aku. Mimpi semata." Kata Jihoon. Mashiho hanya menggukkan kepalanya dengan perlahan.
Dari dapur dia melihat tiba-tiba Hyunsuk lemah dan Yoshi nampak panik. Mashiho dan Jihoon berlari mendapatkan mereka di depan.
"Kenapa?"
"Aku tak tahu. Hyunsuk tiba-tiba rebah."
"Suk bangun Suk."
"S-sa-hah hah sakit Ho-Hoon." Kata Hyunsuk dengan nafas yang tersangkut. Dia memegang tangan Jihoon dengan erat. Seolah nafasnya akan ditarik dengan kasar.
"Bernafas Suk. Bernafas dengan perlahan." Laju Hyunsuk menggelengkan kepala mengatakan dia tak boleh. Dia tidak boleh melakukan itu.
Hyunsuk terbatuk dengan kuat. Saat itu darah keluar dari mulutnya. Jihoon semakin panik begitu juga Yoshi dan Mashiho.
"Aku siapkan kereta!" Mashiho lantas berjalan keluar. Yoshi dan Jihoon masih menenangkan Hyunsuk yang nampak semakin sesak pernafasan.
"Suk bertahan. Sikit lagi." Jihoon mengangkat Hyunsuk untuk masuk ke dalam kereta. Yoshi mengikuti mereka dengan kereta yang lain.
Tuhan tolong. Jangan sekarag. Aku merayu. Aku merayu Tuhan. Jangan sekarang.
Berkali-kali Jihoon melafazkan dalam hati. Berdoa kepada Tuhan untuk menaguhkan semua ini.
[BEFORE I DIE][BEFORE I DIE][BEFORE I DIE]
YOU ARE READING
Before I Die -HOONSUK-✔️
De TodoSebelum aku mati ada beberapa perkara yang perlu aku tunaikan...