Eternal 1
"Lambat balik?" Tanya Mikael. Tangan kanannya menekan punat kunci kereta.
Tit! Lampu Peugeot dia menyala sesaat.
Aku pandang dia sekilas sebelum menutup pula pintu kereta milik aku. Aku masih pakai Mini Cooper. Kesayangan ni. Giliran aku pula menekan punat kunci kereta.
Aku kalih semula pandangan aku pada Mikael. Dia sedang membuka dua butang baju kemejanya paling atas. Dengan langkah longlai aku menuju ke arahnya. Tangan aku depakan seluasnya.
Mikael diam menyambut pelukan aku. Belakang aku dia gosok lembut.
"Penat?" Tanya Mikael lagi. Aku mengangguk laju. Sejak mengandung aku sudah tidak bekerja lebih masa di Jidar. Cepat penat. Tepat enam petang akulah orang pertama keluar pejabat. Tapi harini ada kerja yang buat aku terpaksa juga stay sampai pukul lapan malam.
"Penat?" Tanya aku pula. Soalan yang serupa. Aku angkat kepala dari bahunya.
Mika hanya tayang wajah kosong. Tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia sememangnya selalu balik kerja lambat.
"Tolong mandikan saya boleh tak?" Tanya aku tiba-tiba. Wajah Mika agak terkejut mendengar soalan aku. Aku tayang wajah ekstra penat. Bukan niat aku mahu bermanja ke apa, aku betul-betul penat sekarang.
"Mandi sendiri." Balas dia tanpa nada. Ish, keras betul.
Aku menggeleng laju. Tak mahu!
"From 1 to 10, what is your energy rate?" Mika tiba-tiba buat soalan quiz. Dia sudah mencapai beg kerja dari tangan aku. Laju tangan aku yang sudah kosong memeluk pinggangnya. Kaki kami beriringan masuk ke dalam rumah.
"Negative one." Jawab aku laju. Mika tergelak mendengar jawapan aku.
"Tet! Not in the option." Balas Mika.
"Erm, sayang." Aku sudah mula merengek. Pelukan di pinggangnya aku ketatkan.
Ya, aku terlebih manja sejak berbadan dua.
"Magic word first." Balas Mika. Tak terpujuk dengan rengekan aku.
"Never, Mikael!" Aku lepaskan pelukan.
"So, mandi sendiri." Mika senyum mengejek sebelum membuka langkah semula.
Ei, tergamak betul buat isteri sendiri macam ni!
"Okay, fine! Saya izinkan awak race weekend ni." Penuh terpaksa aku ucap 'magic words' tu.
Laju Mika menoleh memandang aku semula. Mata dia terus bersinar. Sudah lama dia tidak pergi berlumba kerana aku tidak izinkan. Memang tak lah lepas kemalangan patah tangan sebab race dengan Dan dua bulan lepas.
"Betul ni?"
Geramnya! Sengaja buat-buat tanya.
"Tak betul!" Balas aku laju.
Mika tersengih mendengar jawapan aku. Serta merta kepala aku yang berat tadi terasa ringan melihat senyuman dia. Haih, bestnya kalau dapat tengok dia sengih hari-hari macam ni. Cepat-cepat aku kawal riak wajah. In mood Dian, please! Tengah marah kan tadi?
"Kalau patah kaki pulak nanti, padan muka." Kata aku lagi.
Mika hiraukan bebelan aku. Dia melangkah ke arah aku sebelum terus mendukung aku. Sebelah tangan diletakkan di belakang badan, sebelah lagi menyokong di betis.
"Mikael!" Aku terjerit. Terkejut dengan aksi tiba-tiba dia. Sudah terbiasa juga sebenarnya kena dukung sampai masuk bilik. Jadi aku biar je sambil layan mata yang memang dah mengantuk.
"Deal eh weekend ni saya tak kena kurung?" Tanya dia lagi apabila baru sahaja keluar dari perut lif melangkah ke tingkat tiga.
Mikael ni memang sengaja nak cari gaduh ke? Selama ni dia anggap teman aku hujung minggu kat rumah tu macam terkurung ke? Sampai hati.
Aku terlalu penat untuk membalas. Nak gaduh esok pagi boleh kan? Aku benamkan wajah di leher dia. Sudah separa sedar.
"Kalau kau tak mintak pun, aku memang akan mandikan kau lah. Jaga kau sampai bila-bila." Dahi aku dicium sesaat.
Sayup sahaja aku mendengar apa yang dibilang Mika. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Selamat malam dunia.
YOU ARE READING
Eternal
RomanceAku perasan dalam The Promise, kurang sebenarnya scene Dian dan Mika. Aku top up sinilah eh, hidup diorang selepas epilog The Promise. Ringan2 jer cerita ni. Takde bende sangat pun. Ada Dian dan Mika je ahahaha. Aku bagi tajuk dia ETERNAL. Love betw...