2

37 3 0
                                    

Eternal 2

"Eh, nak pergi mana?" Tegur Mikael apabila melihat aku sedang menuruni tangga. Siap sudah bertudung berdress bagai.

Aku jeling dia sekilas. Dia tak jadi menyarung helmet ke kepala. Sakit hati pula tengok race suit yang tersarung di badannya. Habis hatilah tu dapat keluar.

"Nak ikut awak." Balas aku selamba.

"Pergi mana?" Tanya dia lagi. Tangan aku dia capai, menyuruh aku berhenti di hadapan dia. Dahi dia berkerut seribu memandang aku.

"Ikut awak." Aku masih membalas. Jawapan yang sama.

Mika terdiam lama.

"No. Saya naik motor." Tanpa ihsan dia terus menolak.

Giliran aku pula yang mengerutkan dahi. Apa masalahnya?

Tangan Mika laju mengusap perut aku yang membulat. Jelas kelihatan walaupun aku sudah memakai dress bersaiz besar. "You're pregnant remember? Bahayalah naik motor besar macam tu sayang."

"Siapa cakap saya nak naik dengan awak?" Balas aku laju. Sedaya upaya aku tahan gelak melihat wajah Mika yang sudah berubah.

Belum sempat Mika membalas, hon kereta beberapa kali kedengaran dari luar pagar rumah. Ah, dah sampai!

Aku tolak tangan Mika yang masih ada di perut sebelum laju pergi ke suis pintu pagar bersebelahan pintu rumah. Ditekan sekali punat yang ada di situ sebelum pintu pagar elektrik kami automatik terbuka.

"Iman?" Nama itu terpacul dari mulut Mika.

"Kak Dian kakakku! I'm here!" Laung Iman kuat. Kepala dia terjengul dari tingkap kereta.

"Awak, saya naik kereta dengan Iman. Saya pergi dulu." Bilang aku pada Mika tanpa menoleh memandang wajahnya. Tangan dia aku cium sesaat sebelum mahu melangkah keluar rumah.

Mika laju menggenggam kuat tangan aku. Tidak dilepaskan. Mahu tak mahu aku terpaksa mencari wajahnya.

"Nak pergi mana?" Tanya Mika. Tegas.

Aku sudah takut sebenarnya mendengar intonasi dia, tapi aku buat toya sahaja apabila terkenang ayat dia haritu.

Aku kurung dia kat rumah ya?

"Tengok awak race." Jawab aku berani.

Mika pandang aku lama. Melihat rahang dia yang bergerak, aku tahu dia sedang tak puas hati dengan perangai aku sekarang.

Alamak, rasa nak masuk rumah semula pulak.

"Kalau awak tak suka, saya-"

Belum sempat aku menghabiskan ayat, Mika terlebih dahulu melepaskan genggaman tangan kami. Dia jeling aku sesaat sebelum terus berlalu mendapatkan Iman yang masih di dalam kereta.

Aku terkedu.

Mika. Ignore. Aku.

Wait, what!?

Aku segera menoleh ke belakang. Mika sedang bercakap dengan Iman. Muka Mika bengis macam nak pukul orang, sementara Iman tersengih-sengih macam kerang busuk. Sesekali Iman mengangguk-angguk.

Beberapa ketika kemudian Mika menyarung helmet yang memang ada di tangannya, sebelum mendapatkan motosikalnya semula. Tanpa memandang aku, dia terus hidupkan enjin dan berlalu pergi.

Apa benda ni? Over tak kalau rasa macam nak nangis.

"Kak Dian, cepatlah!" Laung Iman. Perhatian aku teralih pada Iman.

Melihat aku yang masih statik, Iman terus keluar dari perut kereta. Sekejap sahaja dia tarik aku duduk di kerusi penumpang hadapan.

"Are you crying?" Tanya Iman apabila dia memandang aku sebelun memulakan perjalanan. Dia terkejut melihat ada air yang tiba-tiba jatuh di pipi aku.

"No." Jawab aku tanpa nada. Laju aku lap pipi.

Aku jeling dia dengan ekor mata. Dia nampak tak senang duduk. "I-iman ada buat salah ke Kak Dian?"

"Apa Mika cakap tadi?" Aku berbalas soalan dengan dia.

"Huh, Mika? Macam biasalah. Drive slow slow, jangan drift. Jaga akak, jaga baby." Balas Iman laju.

Dahi aku kerutkan seketika. Aku fikir dia marah Iman tadi sebab berkomplot dengan aku. Kolam air mata aku kembali penuh.

"Eh, akak. Kenapa ni?" Iman sungguh tak tahu nak buat apa. Sungguh, dia terkinja-kinja seorang diri dalam kereta.

"Iman! Huaa." Semakin menjadi-jadi tangisan aku.

"Akak, janganlah macan ni. Mampus Iman kalau Mika tau."

Aku sudah serupa orang tak betul apabila nama Mika disebut. Air mata banjir aku dah jadi tsunami.

*****

Eternal Where stories live. Discover now