5

24 2 0
                                    

Eternal 5

"Sayang, cantik tak?" Tanya aku pada Mika yang sedang fokus dengan telefon di atas katil.

"Sekejap." Jawab Mika tanpa memandang ke arah aku. Aku syak dia tengah main game sebab kedudukan telefon dia yang melintang.

Beberapa saat kemudian, Mika mencampak telefonnya ke tepi. Fokusnya mula tertumpu pada aku.

"Cantik tak?" Sekali lagi aku bertanya. Aku pusingkan tubuh yang tersarung sebuah dress. Highlight malam ni.

"Bila beli baju ni?" Tanya Mika pula sambil betulkan kedudukan badan yang sedang bersandar di kepala katil.

Senyuman aku perlahan-lahan mati. "Haritu. Lepas balik office ternampak pastu terbeli."

Mika mengangguk sekali dua sebagai balasan sebelum bertanya. "Nak pergi mana pakai dress ni?"

"Nak jumpa client esok pagi." Jawab aku.

"Cantik tak?"

"Cantik." Jawab dia tidak berperasaan.

Puji tak ikhlas.

"Kalau tak cantik, cakap je lah tak." Aku mula mahu buat drama.

"Cantik ke tidak?" Tanya aku buat kali ke berapa entah kerana Mika hanya diam.

"Cantik." Balas Mika laju kali ini.

"Habistu kenapa tadi waktu first time tengok, tak cakap terus cantik? Kenapa sekarang baru cakap cantik?" Selagi boleh aku jegil mata sekarang.

"Ya Allah, cantik." Balas Mika. Kali ini bernada sedikit.

"Ye lah tu. Kalau cantik mesti awak cakap terus cantik waktu tengok saya." Aku mula menggapai zip di belakang baju. Nak bukak baju ni!

"Tak cantik." Kata Mika.

Hah, what!?

"Awak cakap tak cantik? Seriously Mikael?" Aku tak percaya dia baru sahaja cakap aku tak cantik.

Mika tergelak melihat reaksi aku. Dia mula bangun dari katil dan melangkah menghampiri aku.

"Cantik, kalau pakai kat rumah. Tak cantik, kalau pakai kat luar." Mika pegang kedua-dua bahu aku. Perlahan-lahan, dia rapatkan jarak kami. Dahi aku berkerut mendengar ayat dia.

Aku nyaris menjerit terkejut apabila tangan Mika tiba-tiba melekap di punggungku. Laju aku mencari wajah dia.

"Nampak sangat ni sayang. Tak elok pakai kat luar."

Ayat dia serta merta buat aku rasa malu. Perlahan-lahan aku menekur lantai.

"Okay." Balas aku perlahan.

Tangan dia menarik dagu aku perlahan ke atas. Serta merta pandangan kami bertemu. Dia semakin merapatkan jarak kami. Sekejap sahaja aku sudah berada dalam pelukan dia.

"Cantik. You look gorgeous." Bisik dia tepat di telinga aku.

Bibir aku laju mengulum senyum lebar. Seronoknya bila suami puji!

Eternal Where stories live. Discover now