Eternal 6
"Where are you going?" Suara Mika tiba-tiba kedengaran. Aku jeling dia yang baru melangkah masuk ke dalam bilik.
"Keluar." Jawab aku ringkas sebelum kembali mengadap cermin. Tudung dibetulkan sekali lagi.
"Keluar?" Tanya Mika lagi. Dari pantulan cermin, jelas aku lihat dahi berkerut dia.
"Erm, dengan El." Balas aku dan Mika diam lama selepas itu.
"Pukul berapa nak balik?" Mika masih lontar soalan buat aku.
Beg tangan di atas meja aku capai sebelum pusingkan tubuh mengadap dia. Langkah aku atur cantik ke arah dia.
"Tak tahu lagi sayang." Bilang aku saat kaki sudah berhenti betul-betul di hadapan dia.
"You should be home before night. You're pregnant, remember?" Balas Mika. Jelas wajah risau dia kerana aku mana pernah pulang awal jikalau keluar dengan Melati.
"Hey, it's Saturday. Day for me time, remember?" Balas aku pula. Pipi dia aku tepuk perlahan.
Aku ingatkan dia. Sengaja.
*****
"Next week keluar dengan El lagi ke?" Tanya Mika ketika dia sedang mengeringkan rambut aku.
Aku pandang wajahnya dari pantulan cermin. "Tak sure lagi, sayang. Tahulah jadual El tu bukannya tetap."
Aku sempat menangkap riak gembira di wajahnya sebelum cepat-cepat dia tayang kembali wajah selamba.
"Tapi next week rasa macam nak keluar jumpa aunty Khadijah dengan uncle Dzul. Dah lama tak melawat diorang." Sambung aku.
"Ouh, pergi dengan saya jelah kalau macam tu." Balas Mika laju. Suis pengering rambut dia matikan sebelum mencapai pula sikat di atas meja solek. Rambut aku yang sudah kembali panjang paras pinggang, disikat olehnya lembut.
"Eh, mana boleh. Sabtu is not our day. Kalau saya pergi dengan awak, silap-silap awak kena layan saya sampai malam. Tanaklah macam tu." Bidas aku laju.
Tangan Mika yang sedang menyikat rambutku terus berhenti. Aku angkat sebelah kening, menghantar isyarat 'kenapa?' Sengaja buat-buat tidak faham.
Mika diam tidak membalas. Rambutku dia cium beberapa saat sebelum terus berlalu memanjat katil.
Aku tahan senyum. Aik, takkan merajuk?
Langkah aku buka mengekorinya dan turut baring di atas katil. Mika tiba-tiba bangun dan duduk bersila. Tubuhku ditarik rapat sebelum dia mula memicit kakiku. Sekali sekala dia mengelus perutku.
Rutin dia setiap malam.
Kali ini aku tidak lagi mampu menahan senyum. Suami oh suami. Merajuk pun masih tunaikan tanggungjawab.
"Harini awak buat apa?" Tanya aku.
Mika pandang aku sekilas sebelum menjawab. "Tidur."
"Tidur je ke?" Aik, takkan tak keluar lepak.
"Tunggu awak balik."
Dahi aku muka berkerut. Kenapa tunggu aku balik? Bukankah hari ini hari sendiri-sendiri? Hari bujang? Hari me time?
"Why is that, sayang?" Tanyaku lembut. Rahangnya aku gosok perlahan. Cuba memahami isi hatinya.
Mika mengeluh sesaat. "Can we cancel this bullshit deal? I wanna be with u. I miss u."
Aku tergelak mendengar balasannya dan hanya berhenti apabila dia hadiahkan jelingan tajam.
"Okay, okay. Let me clear things up." Aku masih dengan sisa tawaku.
"Bukanke awak yang wanna be alone?"
"Eiii, yes. But sometimes je. Not every Saturday. On Saturday, I want u!" Mika tiba-tiba merengek. Sebijik budak-budak tak dapat gula-gula.
"Tapi saya enjoy me-time saya." Balasku laju dan Mika serta merta berhenti merengek.
Dia terus mematikan lampu meja dan menarik selimut menyelubungi badan. Sekali lagi aku tergelak. Betul-betul merajuk ni.
*****
YOU ARE READING
Eternal
RomanceAku perasan dalam The Promise, kurang sebenarnya scene Dian dan Mika. Aku top up sinilah eh, hidup diorang selepas epilog The Promise. Ringan2 jer cerita ni. Takde bende sangat pun. Ada Dian dan Mika je ahahaha. Aku bagi tajuk dia ETERNAL. Love betw...