because i love you...

2.1K 182 58
                                    

Wajah pucat sang isteri itu aku pandang lama. Indah masih belum sedar sejak pembedahan tadi. Akibat kemalangan ngeri tadi, limpanya mengalami kecederaaan dan terpaksa dibedah. 

Aku tarik nafas panjang. Bibir aku ketap. Rambut panjangnya aku usap lembut.

"Sorry, Indah. Fan minta maaf. Fan gagal lindung Indah," ucapku perlahan.

Air mata bertakung tanpa aku mampu menahan.

"Fan sayang Indah. Fan cintakan Indah. Indah perkara terindah dalam hidup Fan. Tapi Fan tak tahu macam mana nak teruskan dalam keadaan macam ni..."

Kepala aku lentokkan ke tilam bercadar putih itu.

Lama aku diam dalam keadaan itu. Berfikir apa cara yang mampu aku lakukan. Tetapi semuanya menemui jalan buntu.

Ya Allah... 

Aku lantas angkat wajah. Sekali lagi wajah bersih itu aku tatap. 

"Fan tak ada pilihan. Trust me, I do this, because I love you..."

Aku bangun dan menurunkan kucupan di dahinya, dan aku terus teresak-esak menangis. 

Aku kesat air mata yang jatuh, dan nafas aku tarik panjang. 

"Selamat tinggal, baby. I love you. I love you so much..." 

Kali ini aku kucup pula kekura tangannya. Selimut yang melitupi tubuhnya aku betulkan. Menatap wajahnya buat kali terakhir, dan aku terus berpaling pergi, tanpa menoleh ke belakang lagi.

Cinta, tak semestinya memiliki. Dalam cinta, kadang-kadang kita perlu berkorban. Dan itu yang aku sedang lakukan...

Fan hanya mahu Indah selamat, gembira dan bahagia.. Itu harapan Fan...

*******************

PANG!! 

Terteleng kepalaku dek tamparan yang hinggap di pipi.

"Kamu ingat anak aku tu apa??? Masa kamu suka, kamu bawa dia lari. Masa kamu tak suka, kamu campak dia? Hah??? Kurang ajar!!"

"Mama, mama, sudah tu, mama. Bawa mengucap..."

Aku hanya menunduk di situ. Rambut depan dan berjurai menutup separuh wajah.

"Saya mintak maaf.." Untuk entah kali keberapa aku ucapkan kata maaf itu. Kerana itu yang aku rasa dalam hati. Kesal.

"Kenapa buat macam ni, Irfan? Apa salah Nafeesa?" soal Syifa yang berkerusi roda itu.

Aku angkat wajah sedikit. "Nafeesa tak ada salah. Yang salah tu saya..."

"Memang salah! Kalau dia dengar cakap aku, tak kahwin lari dengan kamu, semua benda ni tak jadi! Sekarang anak aku dah terlantar, kau kata apa? Nak pulangkan dia pada kami??" Melengking suara Puan Asiah.

Aku telan air liur.

"Aunty, saya tahu aunty memang tak suka saya. Keluarga saya, especially mummy saya. Saya minta maaf, sebab jadikan Nafeesa isteri saya tanpa restu aunty. Saya tahu saya bersalah. Saya ingat saya boleh selamatkan dia, dan jadi pelindung dia. Sekarang saya sedar, saya memang tak mampu. Sebab tu saya... saya pulangkan dia semula pada keluarga aunty. Maafkan saya... Tolong terima Nafeesa semula."

"Kenapa?? Kenapa kamu buat Nafeesa macam ni? Kenapa tiba-tiba nak pulangkan dia pada kami? Kenapa nak tinggalkan dia? Dia sayangkan kamu. Dia cakap dengan aku, dia bahagia dengan kamu. Kenapa buat dia macam ni?"

Aku tunduk dan memejam mata rapat. Menahan air mata mengalir.

"Cukup saya katakan, Nafeesa tak selamat dengan saya. Saya tak mahu apa-apa jadi pada dia lagi," balasku perlahan.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now