Cinta pertama

2.6K 178 13
                                    

Sudip disodok hingga ke lantai kuali sebelum menyedok ketulan-ketulan daging lembu di bahagian bawah itu ke atas. Tangan kiri mencekak pinggang.

"Dah siap ke rendang daging tu, Diya?" Soal Puan Haiza, wanita yang baru beberapa bulan menjadi birasnya berloghat minang Negeri Sembilan.

"Err, rasanya sikit lagi boleh angkat dah ni. Cuba kak long tengok," jawabnya.

Yalah! Manalah Diya tahu sangat masak-memasak ni!

Kak long datang hampir dan memandang kuali yang agak besar berisi rendang daging. Malam ini, keluarga mentuanya akan menganjurkan majlis tahlil, merangkap aqiqah buat anak sulung kak ngah kepada Ikhwan.

"Haah, sikit lagi. Biar dia kering sikit lagi," ujar kak long.

Diya sengih dan mengangguk.

"Selalu masak rendang?"

Diya garu kepala yang beralas tudung. "Honestly, tak. Diya tak berapa pandai masak."

Buntang sekejap mata kak long. "Ya ke?"

"Dari form 1 dah duduk asrama. Lagipun, dulu rumah ada maid. So, memang jarang-jarang turun dapur."

Kak long angguk-angguk. "Nasib baik Diya nikah dengan Wan. Dia tu tak cerewet makan. Kalau bang long, jenuhlah. Memilih makan. Mula-mula kahwin, kak long selalu makan hati dia cakap kak long masak tak macam masakan mak," cerita kak long.

Diya tertawa kecil. Apa yang kak long katakan memang benar. Abang Wan memang senang dijaga. Tak cerewet. Apa ada, dia bedal je. Ajak makan mamak pun, tak bising.

Prinsip hidup Abang Wan, 'makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makan sedap ke tak sedap, last-last jadi taik jugak!'

Baru saja mereka sebut Ikhwan, susuk suaminya itu muncul di dapur rumah keluarga Ikhwan.

"Dah siap ke pasang khemah dekat depan, alang?" Soal kak long pada Ikhwan.

"Dah siap dah. Diorang tengah pasang renda-renda tu.."

Diya dan kak long berpandangan.

"Renda-renda? Scallop ke maksud kau?" Soal kak long memastikan.

"Hah, bendalah tulah! Tak tahu alang apa benda namanya."

Lalu Diya dan kak long tertawa.

"Along cari kak long tadi. Si Zikri merengek nak kak long," ujar Ikhwan.

"Oh ya ke? Okey, okey. Kak long ke depan dululah. Diya, kalau agak-agak dah kering, tutup api, ya?"

Diya mengangguk. Tak lama selepas itu, hanya mereka berdua di dapur.

"Shian bini kita. Penat ke memasak?"

Diya ketawa. "Tukang kacau je pun."

Ikhwan berdiri di sisi. "Meh, abang take over. Bebiya duduklah rehat."

Diya hulurkan sudip pada Ikhwan. Memang dia sedang haus sebenarnya.

"Kenapa tak order je rendang sekali dengan catering tu, abang? Kenapa rendang masak sendiri? Masa kenduri kahwin kita hari tu pun macam ni."

"Rendang Mak Mah ni famous. Sebab tu biasanya memang mak masak rendang sendiri untuk kenduri-kendara, walaupun ada upah catering."

Diya terangguk sebelum meneguk air.

"Bebiya dah asar ke belum?"

Diya geleng kepala sambil mata menjeling jam dinding. Lah, dah pukul 615 rupanya!

"Solat dulu. Mandi terus pun okey. Lepas maghrib nanti orang masjid sampai dah. Nanti kalut pulak. Ni sekejap-sekejap lagi, saudara mara sampailah ni. Baik pergi mandi sekarang."

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now