kedua

1.6K 185 31
                                    

"Burrrrrr!!!!!"

Air sirap yang baru beberapa saat dia teguk tersembur keluar semula sebaik sahaja mendengar bicara gadis di hadapannya ini.

"Are you out of your mind?" Soalnya usai mengesat bibir dengan lengan baju.

"I'm not. I am damn serious."

Tariq ketawa perlahan. Entahkan geli hati, entahkan gementar. Dia sendiri tak dapat tafsirkan ketawanya itu.

"Listen, aku ni suami orang. Look. Legally married," ujarnya dalam bahasa campuran Inggeris dan kantonis sambil mengangkat jari yang tersarung cincin.

"Saya tahu. Tapi Islam izinkan lelaki berkahwin empat," balas si gadis pula.

Aisyah Chow a.k.a Chow Li Na, gadis berbangsa cina, berusia 29 tahun yang baru memeluk Islam.

Mereka bertemu di Kompleks Darul Hidayah, di mana Tariq aktif memberi khidmat sukarela, dan di sini Aisyah mendapatkan khidmat kaunseling dan sebagainya dalam proses dia kembali kepada fitrah.

"Aku tak minat. Sorry!" Punggung diangkat dengan niat berlalu pergi.

Hati menyumpah. Nak minum pun tak senang...

"You..."

Langkahnya mati. Pandangan dijatuhkan pada tangan putih yang melekap di lengannya. Memegang kejap enggan melepaskan.

Lekas-lekas Tariq merentap semula tangannya kasar. Dia mendengus marah.

"What is your problem, woman? Islam, kan? You should know that is haram," bentak Tariq.

"I tak tahu. I perlukan imam yang boleh ajar I macam you."

Tariq sengih mengejek.

"Told you. Am. Not. Interested. I'm happily married. Chow!"

Dan dia terus melangkah pergi.

Memang gila. Orang tak nak, terhegeh-hegeh pulak... aduh. Nak buat baik pun ada orang kacau!

Hish!

***********

Teja henyakkan punggung di sisi suaminya di meja bulat di sebuah restoran cina islam untuk meraikan makan besar Tahun Baru Cina bersama keluarga barunya itu.

Walaupun suami, dan abang iparnya, Andy sudahpun menganut agama Islam, tetapi mereka tetap meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama keluarga Ng. Memandang Tahun Baru Cina bukan perayaan berpaksikan keagamaan, jadi tiada salahnya diraikan bersama. Cuma mereka akan pastikan makanan yang disaji adalah halal dan tiada arak dihidangkan.

Dah kahwin dengan lengchai, memang kena railah tahun baru dia.

Mujur ibu mentua dan abang sulung Tariq, Ben sangat memahami. Asalkan dapat berkumpul sekeluarga dah buat mama gembira.

"Oh ya, Ed. You know any Chow Li Na?" Soal mama.

Tariq yang baru nak menyuapkan makanan ke dalam mulut kaku sejenak.

Damn.....

Dia berdeham. Teja di sisi dah turut memandang.

"Siapa Li Na tu?" Ben pula bertanya.

"Ed's friend. She came by few days ago hantar hamper."

Tariq terus terbatuk-batuk. Laju sahaja Teja menepuk belakangnya sambil menghulur air.

"Kau dah kenapa? Skandal kau ke apa?" Usik Andy.

"Hish, bi! Tak beragak gurau tu!" Marah Khayraa, isteri Andy.

Andy tertawa.

"Dia pun dah convert, kan? Dia kata dia kenal Ed di tempat Ed selalu volunteer tu," jelas mama lagi.

The Untold Stories (Vol 2)Where stories live. Discover now