Friendship antara Lena dengan Hoseok telah kembali pulih macam biasa. Lena rasa dia akan layan Hoseok macam biasa, macam kawan biasa dan tak nak buat drama dan end up akan menyakitkan hati nya sendiri.Lena termenung jauh sambil melihat dua orang pasangan bahagia sedang beramah mesra sambil menyusun barang Nayeon.
Yup, Nayeon akan berpindah masuk ke dalam rumah Hoseok mulai hari ini. Tu sebab parents Hoseok yang menyuruh agar Nayeon tinggal di dalam rumah Hoseok.
Lena menyambung makan chocolate yang dia beli sebelum datang ke rumah Hoseok pada pagi ni. Tak lama kemudian, kedengaran seperti ada orang mengetuk pintu rumah Hoseok.
Lena dengan segera membuka pintu dan terlihat Taehyung dengan Jimin datang dengan senyuman yang lebar sambil membawa bungkusan makanan. "Hai taehyung , hai jimin." Sapa Lena kepada mereka berdua.
"Hmm, apa korang bawa tu?" Tanya Lena kepada mereka berdua yang sudah masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur.
"kami bawa makanan dari rumah parents jimin, mereka memasak makanan tradisional korea. nah rasalah sikit kuih beras ni, sedap tau", Kata Taehyung sambul mengambil sedikit kuih beras tu lalu menyuapkan ke dalam mulut Lena.
"Hmm, sedap nya! Jimin ah, pandai ibu kau masak eh"? Kata Lena kepada jimin. "Sedap kan! Nanti aku minta kan resipi dari ibu aku" Kata Jimin sambil menuju ke arah ruang tamu dan menonton television.
Lena dengan Taehyung segera mengikut Jimin yang sudah duduk di sofa ruang tamu rumah hoseok. "Hobi, kau tak nak rasa ke kuih beras buatan ibu jimin ni, sedap tau" Kata Lena sambil meyerahkan bekas kuih beras terhadap hoseok.
"Sedap! Nayeon, U nak rasa ke? sedap tau, nah ambil sikit I punya ni" Kata Hoseok dan suapkan kuih beras tu kepada Nayeon. Nayeon berasa malu untuk membuka mulut nya tapi dia makan juga.
Lena hanya sekadar memerhati sahaja, begitu juga dengan Taehyung & Jimin. Malas dah nak ambil tau, penat. Lena ke dapur untuk mencuci tangan dan dia rasa macam nak ja lari dari rumah ni but tak boleh lari macam tu ja nanti dorang rasa pelik pula.
Lena kembali ke ruang tamu dengan melihat Hoseok dengan Nayeon sedang cuddle sambil berpegang tangan... Hm, tak apa Lena. Kau kuat! kau boleh!
Dia. menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Hoseok dengan Nayeon yang sedang menoleh ke arah nya.
Kemudian, Lena kembali menonton television bersama sama Taehyung dengan Jimin yang sedang focus menonton rancangan Running Man dan ketawa melihat karenah mereka.
Jam sudah menunjukan jam 2 petang dan dia lihat Hoseok , Nayeon, Jimin and Taehyung sudah pun dibuai mimpi.
Lena ingin pulang rumah dan berehat. Tapi sebelum dia pulang, dia ada menulis nota kecil yang mengatakan yang dia sudah pulang ke rumah.
Lena menutup pintu rumah Hoseok dengan perlahan dan masuk ke dalam kereta dan terus memecut pandu pulang ke rumah.
Sesampai saja dia dirumah, Lena terus duduk di sofa sambil memicit kepala nya yang secara tiba tiba sahaja sakit, mungkin sebab cuaca panas sangat.
Baharu sahaja dia ingin lelapkan diri, tiba tiba iphone milik nya berbunyi. Lena mengambil dan melihat siapa yang menghubungi nya pada waktu ni.
Lena melihat screen phone ku , ianya Hoseok. Dia menelefon ku secara tiba tiba, tapi kenapa?
"Hello Lena, kau kat mana ni?"
"Kat rumah ler, kat mana lagi jung hoseok"
"Kau ni, at least kalau nak balik tu bagi la bangun aku ke naeyon ke jimin ke taehyung"
"Aku tak nak kacau tidur korang la. Aku ada tinggalkan notes kat dapur. Ni mesti kau tak baca kan?"
"Ada aku baca. Tula aku call kau, kau ni pun satu bagi je bangun. Kitorang okay la."
"Heh dia ni, nak melawan lagi hahaha. Yer sorry la. Habis korang nyenyak sangat tidur nya, kesian pula aku nak bangun kan"
"Hm, bangun kan je. Ni kau dah kat rumah kan?"
"Yerrrr. Aku kat rumah. Ni dlm bilik aku ni, nak tidur sat. Okay dahla, bye."
"bye"Talian mereka pun tamat. Call cuma nak tau aku kat mana je ke? Risau ke tu? Kalau risau, kau tak buat aku macam ni, ish dia ni. Merungut pula engkau eh Lena. Dah kira bagus la tu dia call.
Lena meletakan telefon nya di tepi katil dan terus merebahkan badan nya di atas katil. Mata nya mula memberat dan akhirnya dia pun tertidur.
YOU ARE READING
𝐋𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞 || 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐬𝐞𝐨𝐤
RomanceJung Hoseok, the famous boyband in korea called BTS. We used to be best friend, we share everything. We almost share everything. But everything changed when dia kenal kan his girlfriend, Nayeon, iaitu girlgroup dari Twice. Why im bringing the past...