Chapter 8

7 0 0
                                    

Lena terdengar akan handphonenya menyanyikan lagu 'Just Dance' dengan kuat. Dia mencapai handphone yang berada dalam beg dan menekan butang 'answer' tanpa melihat siapa gerangan manusia yang menelefon dia
''Hello Lena? Taehyung ni.''

''Hah kenapa Tae?'' Jawab Lena dengan suara serak, dia menyandar di pintu dengan mata masih terkatup
''Ini nak bagitau malam ni ada makan-makan  kat rumah Jimin. Kau nak aku ambil kau?'' Tanya Taehyung.

"Tak payah aku boleh pergi sana sendiri, bukannya aku
takde kereta.'' Tolaknya lembut, Taehyung perasaan suara Lena lain daripada yang lain tetapi membantutkan niatnya untuk bertanya.

''Hmm kalau begitu jumpa kau kat sana, jam 7.00 tau! Jangan lewat!'' Pesannya sebelum mematikan talian
Lena mendengus kecil sebelum berdiri dan mencapai begnya lalu dihumban ke atas sekali dengan handphonenya.

Lena mengambil pengikat rambut lalu diikat rambutnya menjadi messy bun sebelum berlalu ke tandas untuk mencuci muka.

Lena melihat dirinya di cermin. Mukannya menjadi pucat sedikit, tambahan pula dengan eyebag. Kesan mascara yang luntur menjadikan mukanya menjadi hantu.

Segera dia mencuci muka dan masih ada kesan mascara sikit di mukanya dan segera beredar dari tandas.

Dia malas nak cuci lagi. Peduli la. Dikerling jam di dinding menunjukkan waktu pukul 6:35. Arh masih ada masa lagi baik aku lambat-lambat pergi sana katanya dalam hati.

Lena menukar pakaiannya ke pakaian santai iaitu t-shirt hitam dan seluar pendek berwarna putih paras lutut. Dia memakai compact powder dan menutup bawah matanya dengan concealer.

Lena memastikan tiada sesiapa dapat mengecam kepucatan dan kesan mascara kat mukanya.

Selepas itu dia keluar dan mencapai kunci rumah dan keretanya sebelum berlalu keluar
Lena memarkir keretanya di hadapan Starbucks dan memesan caramel latte dan sebiji mufin coklat untuknya sebaik sahaja dia masuk.

Setelah pesannya sampai, dia merenung ke luar jendela sambil menikmati minumannya
Pandangannya dihalakan pula pada sekelilingya.

Terdapat beberapa buah meja yang diduduki oleh pasangan kekasih. Mereka merenung dari mata ke mata dengan penuh cinta dan kasih
''How I wish I can be like them..'' Bisiknya dalam hati
Lena meletakkan minumannya dan memakan mufinnya sehingga licin.

Jam sudah bergerak ke arah 7.00 malam tetapi dia masih belum berganjak dari tempat duduknya.

Lena mula terfikir patut ka dia memberitahu mereka malam ini tentang keberangkatanya ke ilhsan minggu hadapan. Ilhsan

Dia mula terbayang muka mereka satu per satu, muka sedih dan terkejut apabila dikhabarkan berita sedih ini. Lena harap mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Lagipun lebih baik dia pergi dari sini. Dia tidak mahu hatinya bertambah berdarah melihat kebahagian Hoseok selepas dia berkahwin.

Bunyi deringan handphone mengejutkan Lena daripada terus berkhayal. Dia menekan butang 'answer' dan suara lantang membingitkan telinganya.

'LENA?! WHERE ARE YOU?!'' Suara Taehyung teriak menyebabkan Lena menjarakkan handphone dari telinganya

''Hoi sekejap lagi aku sampai lah hok aloh kau ni kecoh betul.'' Bebel Lena
''Aku telefon kau dekat lima kali tahu?! Haram satu panggilan kau tak jawab!'' Taehyung mendengus di talian.

''Sorrylah aku tak dengar. Handphone dalam beg.'' Tipunya maka handphone berada di meja dia sahaja tidak dengar

''Yelaa tak lama lagi aku nak sampai.CHOW!'' Talian terus dimatikan sebelum sempat Taehyung membalas
Lena berdiri dan mencapai begnya dan berlalu ke kereta. Dia sempat mengerling ke arah jam menunjukkan 7:15 malam. Cehh kepoh betul Taehyung ni. Bukan dia tak datang cuma lewat .

𝐋𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞 || 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐬𝐞𝐨𝐤Where stories live. Discover now