Chapter 11

12 1 0
                                    

Sudah masuk hari kedua Lena berada di hospital, doktor tidak membenarkan dia pulang kerana keadaannya masih lagi dalam pemerhatian. Selama dua hari itulah mereka tidak putus-putus datang dan bermalam di hospital.

Tidur ramai-ramai dalam satu bilik. Nasib baik Lena ditempatkan di bilik VIP, luas untuk mereka mencari port tidur.

''Lena, it's time for your medicine.'' Kata Jimin dan menyerahkan dua pill ubat dan segelas air kosong. Lena menjuihkan bibirnya setiap kali disuruh makan ubat
''Kalau aku skip untuk hari ni boleh tak?'' Pintanya dan membuat muka comel, tidak sanggup dia menelan ubat itu. Pahit sungguh!

''Mana boleh tak makan. Kau mesti makan ubat mengikut jadual atau kau nak aku bagi tahu Hoseok kau tak nak makan ubat?'' Ugut Jimin sambil matanya mengerling ke arah Hoseok sedang mendengar lagu dan matanya tertumpu ke telefon.

''Alaa boleh lah, kau tahu tak ubat tu pahit nak mati? Esok je lah aku makan ubat please Jimin-sshi.'' Jimin mengelengkan kepalannya, tidak terpedaya dengan gaya comel Lena.

''Mana ada ubat yang tak pahit. Semua ubat pahit kalau manis bukan ubat namanya. Dah dah jangan nak mengelak lagi cepat makan ubat ni.'' Lena memandang seram pada ubat di atas penutup botol itu, belum lagi makan sudah terasa kepahitannya di tekak. Dia mengambil ubat itu dari Jimin tapi tidak dimasukkan di mulut.

''Tenung apa lagi? Makan lah.''
''Jimin please lah aku tak nak. Ubat ni pahit gila.'' Rayu Lena, mahu saja dia menangis memakan ubat itu
''Alaa kau masukkan cepat-cepat ke mulut pastu minum air ni.'' Pujuk Jimin, macam je mati kalau makan ubat
''Kenapa ni?'' Hoseok meletakkan hpnya ke tepi dan berjalan ke arah mereka
''Ni hah Lena degil tak nak makan ubat.'' Lena menjeling ke arah Jimin

''Takpe biar aku buat.'' Gelas berisi air kosong itu sudah beralih ke tangan Hoseok, Jimin duduk di kerusi bersebelahan Yoongi. Membiarkan Hoseok mengambil alih.

Hoseok berpaling ke arah Lena, dia sudah membungkus dirinya dengan selimut. Hoseok menghembuskan nafas berat.

''Lena mari makan ubat.'' Pujuk Hoseok lembut
''Tak nak. Ubat itu pahit.'' Protesnya
''Kalau tak makan ubat macam mana nak sembuh? Nanti macam mana aku nak bawa kau jalan-jalan kalau kau belum sihat?'' Pujuknya lagi, haiyooo memujuk Lena makan ubat isn't an easy task!

Lena membuka selimutnya dan mengambil ubat di meja. Dengan mata terpejam dia telan juga ubat itu dan cepat-cepat mengambil gelas itu daripada Hoseok
''Lebih baik lepasni biar Hoseok je yang bagi dia makan ubat.'' Jimin berkata dan ketawa sejurus itu.

''Good girl.'' Hoseok mengambil gelas itu dan meletakkannya atas meja, Lena kembali menonton tv dan terbaring lemah atas katil. Seperti orang baru selesai berlari. Selang beberapa minit menonton, matanya tiba-tiba menjadi berat.

''Dah nanti je lah kau tengok tv pergilah tidur.'' Hoseok menutup tv mendapat rungutan panjang dari Lena
''N-no.'' Lena cuba menggapai remote control dari Hoseok
''Go to sleep Lena.'' Hoseok menyarungkan selimut ke badan Lena, automatik mata Lena tertutup dan dengkuran halus kedengaran. Hoseok tersenyum puas dan mengusap dahi Lena.

''Hoseok hyung, Nayeon ada kat sini.'' Jungkook membuka pintu dan membiarkan Nayeon masuk. Nayeon membawa buah tangan berupakan buah-buahan
''Hi dear.'' Nayeon memeluk pinggang Hoseok dan mencium pipinya
''Hi waa you bawa buah tangan untuk Lena?'' Nayeon mengangguk dan meletakkan bakul buah itu atas meja
''Kebetulan schedule I clear hari ni so I singgah sekejap kat sini. How's she?'' Nayeon mengambil tempat duduk sebelah Hoseok.
''She's doing fine. Doktor tak benarkan dia pulang dulu.'' Terang Hoseok.'' Nayeon mengangguk perlahan
''You tidur sini lagi malam ni?'' Tanyanya
''Macam biasalah.'' Nayeon melepaskan keluhan
''Kan member you yang lain ada temankan dia kat sini. Lagipun dah dua malam you tidur sini. Balik rumah pun rehat sekejap and then balik sini lagi.'' Hoseok memandang Nayeon, tidak senang dengan percakapannya.

''Lena kan kawan I. Best friend I dari kecil takkan lah I tinggalkan dia kat sini?''
''Bukan macam tu, tapi member you yang lain ada kan? Diorang boleh kawankan Lena kat sini.'' Pujuk Nayeon dan memeluk lengan Hoseok.

Member yang lain sudah memandang ke arah mereka kecuali Yoongi. Tidak berminat untuk menonton free show
''Lena perlukan I Nayeon. She still weak and I have to be there for her.'' Nayeon sedikit bengang dengan kata-kata Hoseok.

''Habis I macam mana? I pun perlukan you! I ni tunang you sepatutnya you berikan lebih perhatian pada I bukan pada Lena!'' Nayeon sudah menaikkan suaranya
''Lower your voice Nayeon! Lena sedang tidur!'' Hoseok memberi amaran taktala melihat muka Lena berkerut sedikit
''Whatever. I balik dulu.'' Nayeon mengambil begnya dan berlalu pergi
''Erm hyung? Are you okay?'' Jungkook bertanya dan mendekati Hoseok
''I'm okay Jungkook.'' Balasnya
''Macam mana dengan Nayeon?'' Taehyung tanya
''Let her be. Dia okaylah nanti.'' Hoseok malas untuk mengambil tahu
Selepas beberapa jam, Lena terjaga dan biliknya sekarang dipenuhi dengan orang yang tidak dikenali. Ada beberapa daripadanya ialah staff Bighit
''Kau dah bangun?'' Lena menoleh ke kiri, Hoseok duduk di sebelahnya sambil tersenyum
''S-siapa diorang ni Hoseok?'' Tanyannya

''Semua ni staff dari company. Meh aku kenalkan kau dengan dorang.'' Satu per satu orang diperkenalkan. Ada yang dia memang kenal ada yang tidak
Lama-kelamaan biliknya makin dipenuhi orang ramai, Hoseok berbual dengan staff lain dan meninggalkan Lena seorang diri di katil.

Manakala member lain rancak berbual antara satu sama lain. Biliknya menjadi semakin bising.

Lena merasakan dadanya tiba-tiba sakit, badannya berpeluh dan tangannya bergegar. Nafasnya tersekat-sekat, debaran jantungnya semakin laju. Lena semakin sukar untuk bernafas.

Dia mahu meminta tolong tetapi tiada suara yang keluar dari keluar. Lena hanya mampu menangis dan mengenggam cadar katil sehingga penumbuknya menjadi putih.

''Lena? What's wrong?'' Yoongi menghampiri katil dengan penuh risau. Automatik semua orang tertumpu kepadanya.

''Lena?'' Namjoon menghampiri katil. Lena tidak menjawab sebaliknya memalingkan badan ke kiri dan membenamkan mukannya ke patung Mang. Lena menangis teresak-esak.Kesakitan di dadanya semakin menyenakkan.

''Guys panggil doktor cepat!!!'' Arah Hoseok lantas Jin berlari keluar dari bilik untuk memanggil doktor
''Lena look at me please. Look here.'' Rayu Hoseok sambil mengusap rambut Lena dari belakang. Tangisan Lena semakin menggila. Keadaan bilik bertukar huru-hara. Lena hanya memandang Hoseok sehinggala seorang nurse masuk ke bilik.

''Semua orang sila keluar dari bilik ini sekarang ini juga! Hanya tiga orang sahaja dibenarkan dalam bilik ini.'' Nurse itu berkata dengan suara lantang. Perlahan-lahan bilik yang dipenuhi orang ramai semakin berkurangan. Yang hanya tinggal ialah Hoseok, Yoongi dan Namjoon serta nurse itu.

''Cik Kwon? Are you okay?'' Nurse itu menghampiri katil Lena, Lena mengangkat mukannya dan memandang ke arah nurse itu sebelum mengangguk perlahan.

Dadanya sudah tidak sakit lagi, nafasnya sudah kembali stabil. Tangannya tidak lagi bergegar macam tadi.

''Listen here,cik Kwon tak boleh deal dengan orang ramai buat waktu ini. She needs space if not anxiety akan attack dia macam tadi.'' Kata nurse itu sebelum berlalu keluar dari bilik.

''Hoseok, kami berdua keluar dulu.'' Namjoon dan Yoongi memeluk Lena sebelum berlalu.

Lena terbaring lemah di katil dan menutup matanya. Hoseok memandang ke arah Lena dengan penuh simpati
''H-Hoseok jangan tinggalkan aku.. A-aku takut..'' Rintih Lena dan menggapai tangan Hoseok
''Shh aku takkan tinggalkan kau. Aku sentiasa di sini.'' Hoseok mengelus pipinya lembut
''Janji?'' Hoseok anggukan kepalanya
''Aku janji Lena. I will stay here with you.'' Senyum kecil terukir di bibirnya. Usapan lembut Hoseok di kepalanya membuatkan dia kembali mengantuk dan terbuai dalam mimpi dengan sentuhan lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.

𝐋𝐨𝐯𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞 || 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐬𝐞𝐨𝐤Where stories live. Discover now