𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟏𝟎

1.7K 128 12
                                    

     Lelaki itu hanya memandangnya kosong. Kemudian mengangkat kedua bahu.

     Menandakan dia tidak tahu atau hanya untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan tersebut.

     " Sejak bila kau ada kat situ ? " tanya Evans. Dia perasan akan kehadiran seseorang di sebalik dinding.

     Lelaki itu keluar dari tempat persembunyiannya. Rupanya bukan hanya mereka yang ada disitu.

     Xylon berpeluk tubuh bersandar pada dinding. Dia memandang Faevio yang juga merupakan ketua mereka.

     Dia sudah menjangka lelaki itu akan mengelak menjawab soalan mati akal tersebut.

     " Bukan hacker lah kalau tak tahu menyelinap " statement zack membuatkan gadis itu berpaling memandang Xylon.

     " Hacker ? "

     Xylon hanya mengangkat sebelah bahu. Tidak mengiyakan dan tidak menidakkan.

     " Siapa awak semua sebenarnya ? " Rish memandang Faevio yang berdiri di hadapannya.

     Gaya lelaki itu nampak bersahaja dan santai. Tiada langsung aura kejahatan terpancar pada gaya mahupun sifat yang ditunjukkan.

     " We are your saviour " sarkastik lelaki itu menjawab.

     " Nanti tukar bandages tangan dia " sempat dia berpesan pada Zack sebelum berlalu dari situ.

     " Eh !? Laa sejak bila aku jadi medic ni ? " 

     " Nanti kemas meja ni "

     Evans menepuk bahu zack sebelum dia mengikuti langkah lelaki itu. Xylon juga beredar dari situ bersama Evans.

     Rish tersenyum melihat karenah mereka. Zack hanya mampu menggeleng apabila dibuli seperti ini.

     Sungguh besar dugaannya memelihara 3 sahabat yang gapunya akhlak.

     " Dah habis makan ? Jom saya hantar awak pergi bilik " kata zack lagak lelaki sejati.

     " Diorang pergi mana ? "

     " Pergi tido kut " jawabnya ringkas.

     " Awalnya "

     Jam dinding dipandang sekilas. Angka menunjukkan jam 9 malam. Masih terlalu awal untuk ke alam mimpi.

     " Ya, mereka anak yang baik. Patut dicontohi. " suara ejekan zack sangat ketara.

     Sudah pasti dia memerli mereka bertiga yang meninggalkannya begitu sahaja.

     " Selamat malam, jangan mimpikan saya tau " kening dijongket mengusik gadis itu.

     " Selamat malam jugak, ada ada jela awak ni " bibir mengukir senyum manis pada lelaki itu.

     Usai menutup pintu bilik gadis itu, telefonnya bergetar menandakan notifikasi masuk. Selepas membaca isi text, dia berjalan menuju ke bilik rahsia mereka.

     " Amboi lamanya. Kau tepuk dia tidur ke apa ? " Evans mula menyindir zack yang baru sahaja beberapa langkah masuk ke bilik itu.

     " Awek lawa ma ! Kasi chance la dating sekejap "

     " Dah jangan mengarut ! So macam mana Xylon ? Dapat tak ? " Faevio memandang ke arah Xylon.

     Tangan lelaki itu tidak lepas pada keyboard laptopnya. Dia masih cuba untuk menyelesaikan kod rahsia coding yang diperlukan untuk membuka file itu.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now