𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟒𝟓

958 86 4
                                    

     Matanya tidak berkedip memandang ke luar tingkap mula menganalisis tempat asing yang dibawa musuhnya.

     " Harap harap Xylon buat sesuatu " katanya perlahan.

     " Kau cakap seorang ke ? Jangan risau, ramai kawan kau nanti lagi bagus dari team kau sekarang " kata Dyro. Bahu lelaki itu dipaut kemas.

     Faevio hanya berdengus kasar diperlakukan seperti itu.

     " Aku akan pastikan kau kena tangkap " kata Faevio. Matanya menjeling pada lelaki itu.

     " HAHAHA kau ni agak menghiburkan " kata Dyro dengan ketawa kuat.

     Kereta mereka terhenti pada satu pondok pengawal. Tingkap kereta diturunkan serta merta.

     " Pastikan tiada kenderaan keluar masuk, faham ! " kata Dyro tegas.

     2 pengawal pondok itu terangguk angguk faham. Pandangan mata pengawal itu kelihatan sedikit takut pada majikan mereka.

     " Masuk cepat.. kita ada kerja " kata Dyro pada pemandunya.

     " Apa hal kau pandang aku macam tu ? " tanya Faevio apabila lelaki itu memandangnya tidak lepas.

     " Kau tahu.. kau je yang berani kacau kerja aku selama ni, jadi aku nak kau jadi sebahagian dari orang aku " bahu Faevio dipegang sebelum keluar dari kereta untuk masuk ke sebuah bangunan.

     Faevio juga ditarik sama oleh orangnya untuk masuk ke bangunan itu.

     " Tempat apa ni ? " soalnya sendiri.

     Dyro yang sudah berjalan jauh ke hadapan meninggalkannya di belakang dipandang.

     Kelihatan lelaki itu berbual dengan pekerjanya yang mengenakan baju makmal dan ada juga yang mengenakan penutup rambut.

     Setiap papan tanda yang bergantung di dinding dibaca teliti. Pelbagai jenis ruang kerja yang terpampang pada muka pintu. Ada juga ruang seperti makmal yang berdindingkan kaca yang jelas kelihatan dari luar.

     Ruang pembuatan, Ruang penghantaran, Forgery Center, Regular Basis, Main Center dan Common Base Center adalah ruang kerja yang sempat dia baca pada papan tanda di lobi.

     " Masuk sini dulu, boss nak periksa stok kat ruang pembuatan " pintu satu bilik kerja dibuka oleh seorang anak buahnya.

     Faevio hanya mengangguk mengikut arahan lelaki itu. Dia masih berfikir bagaimana Xylon dan yang lain cuba untuk menjejaknya disini.

     " Berapa lama dah kau kerja dengan dia ? " soal Faevio pada lelaki itu.

     " Kenapa kau tanya ? Kau dah buat agreement dengan dia ? " tanya lelaki itu semula.

     " Belum lagi, tanya je mana tahu aku jadi sebahagian dari kau orang. Kena lah tahu serba sedikit kan " umpan Faevio.

     Lelaki itu memandangnya lama sebelum mengajaknya duduk.

     " Kau yakin boleh bekerja dengan dia ? Kau kan musuh dia " kata lelaki itu selamba.

     Penampilan lelaki itu juga seperti seorang gangster. Rambut yang diwarna merah gelap, lengan yang sedikit sasa dan bertatoo. Satu parut yang membelah kening kirinya menyerlahkan lagi aura gangsternya.

     " Aku Ammar, dah 4 tahun kat sini sejak adik aku meninggal sebab dadah, aku terpaksa ikut dia " luah lelaki itu setelah melihat Faevio berdiam diri.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now