𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟒𝟕

904 87 8
                                    

     Satu pendrive dimasukkan ke bahagian penghubung utama ke main system bangunan itu.

     " Aku dah berjaya masuk, dalam bangunan macam tak ramai orang sebab sekarang masuk waktu rehat " kata Xylon sambil memerhati setiap cctv dalam bangunan itu.

     " Aku kat tangga ni, tak nak ke join aku " soal Evans yang masih bersembunyi.

     " Dyro ada kat situ sekali ke ? " tanya Aleeq.

     " Memang tak lah, buat apa dia lepak dengan aku kat tangga ni ? " jawab Evans yang masih tidak serius dengan keadaan.

     " Maksud aku dekat makmal pengujian tu ? ke Vio sorang ? " Aleeq menarik nafas menahan marah apabila lelaki itu tidak serius menjawabnya.

     " Tak pastilah, diorang membelakangi dinding kaca tadi. Cuma vio yang menghadap dinding kaca. " bebel Evans lagi.

     " Aku nak turun ni tapi orang dok lalu lalang kat luar ni.. Aku acah buat kerja kat dalam ofis " kata Aleeq yang memegang beberapa fail ditangan.

     " Mana Zack ? Asal kau diam je ni ? " soal Xylon.

     " Ish, aku tengah membuang ni. Janganlah.. kacau aku " bisik Zack dengan suara yang tersekat sekat. Mungkin sedang mengalami sembelit.

     Semua aktiviti yang berlaku di cctv sebelum ini disalin untuk disimpan ke pendrivenya. Sistem utama yang mempunyai kesemua fail tentang kerja mereka juga diambil untuk sekiranya diperlukan.

     Setelah siap menyalin dan menggodam sistem mereka, Xylon mula keluar dari bilik itu untuk menyelamat sahabatnya.

     " Aku nak ke tangga ni, tunggu aku " kata Xylon melalui alat penghubung.

     Setibanya dia ditangga lobi, Evans sudah tunduk bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh.

     " Sedap pulak kau berdengkur kat sini.. Aleeq, boleh datang kat tangga ni tak ? " tanya Xylon melalui alat penghubung.

     " Aku kat belakang kau " bisik Aleeq yang sudah tersenyum di belakang Xylon.

     " Jadi sekarang macam mana ? " soal Evans yang berdiri mengeliat bangun dari tidur.

     " Ok macam ni.. "

     Percakapan Xylon terhenti apabila bunyi alarm kebakaran berbunyi kuat dalam bangunan itu. Mereka bertiga serta merta berlari keluar menuju ke lobi untuk memeriksa keadaan.

     Langkah mereka mati apabila Dyro dan anak buahnya berdiri di tengah lobi. Dalam kata lain seperti menunggu mereka keluar.

     " Wah ! dah macam tikus yang keluar dari tempat persembunyian " perli Dyro.

     Orangnya semua tersenyum sinis memandang mereka bertiga yang tidak beriak. Terutamanya wajah Xylon yang langsung tiada menunjukkan sebarang emosi.

     " Janganlah cakap pasal diri sendiri " perli Aleeq semula.

     Dyro mengerut dahi memandangnya. Mungkin tersedar sesuatu.

     " Muka kau ni ada iras macam.. orang aku " perkataan orang aku disebut dengan bangga.

     Riak wajah Aleeq berubah serta merta. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Dyro.

     Pada masa yang sama, Faevio berjalan ke arah mereka apabila dipanggil oleh Dyro. Mereka bertiga terpaku memandang lelaki itu yang mengikut arahan Dyro tanpa membantah.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now