𝑱𝑫𝑺𝑻 𝟐𝟗

1.1K 111 2
                                    

     " Buka lah mask.. Nak makan kan ? " kata Rish.

     Makanan yang dihidang nampak menyelerakan. Zack dan Evans sudah meneguk air liur memandang lauk kegemaran mereka.

     Satay dan kuah kacang.

     Tanpa menunggu sesiapa, Faevio sudah melahap sebatang satay dihadapan Zack. Reaksi wajahnya menunjukkan betapa sedapnya satay tersebut.

     Mungkin sengaja mengumpan Zack supaya membuka topengnya untuk makan. Evans dan Zack memandangnya tanpa berkedip, hanya Xylon yang tidak tergugat.

     " Takpe lah awak.. Satay daging ni sedap kalau campur kuah kacang.. Cuba lah.. Kita habiskan je, diorang ni tak makan " kata Faevio pula.

     Beberapa batang satay diletakkan di pinggan Rish dan Aleeq.

     " Woi satay aku ! " Zack merampas satay yang memenuhi pinggan Faevio.

     Mereka tahu bahawa Faevio memaksa mereka untuk membuka topeng. Selepas beberapa minit dipandang oleh Faevio, Zack membuka topengnya perlahan lahan diikuti dengan Evans.

     " Hensem lah awak berdua.. Kenapa nak kena pakai topeng dalam rumah " puji Rish apabila mula menunjukkan wajah sebenar.

     " Kan saya dah cakap.. I need to hide my handsome face " Evans mengulangi ayatnya satu ketika dahulu.

     Tapi sememangnya mereka berdua nampak kacak walau hanya berbaju T hitam. Gaya rambut juga kena dengan bentuk wajah.

     Mata Zack sedikit sepet kerana mempunyai kacukan cina. Tetapi itu tidak membuat dirinya kurang kacak. Kulitnya yang sedikit putih berbanding yang lain menyerlahkan aura oppanya.

     Evans pula mempunyai wajah yang sedikit melayu kacukan itali. Jawline yang sedikit tajam membuat wajahnya cantik terbentuk.

     " Kau tak makan ke ? " Tanya Zack pula pada Xylon yang masih memakai topeng.

     " Ye, nak makan lah ni " akhirnya Xylon juga mengalah.

     " Awak.. " Meluas mata Rish memandang wajah sebenar Xylon.

     " Macam pernah nampak kan ? " sambung Xylon.

     " Ya.. Beberapa kali sebelum ni tapi saya tak ingat sangat " kata Rish pula.

     Dia cuba untuk mengingat kembali di mana dia pernah terjumpa Xylon secara bersemuka sebelum ini.

     " LN' Cafe.. I nak kenal dengan you, i Davies.. " Xylon mengingatkan kembali perkenalan mereka sewaktu di LN Cafe beberapa bulan yang lalu.

     " Ohh yaa.. Ada namecard awak saya yang masih simpan dalam beg saya " kata Rish yang sudah teringat kejadian tersebut.

     " Really !? Sebab dari situ lah saya boleh track awak sebelum awak dibawa ke sini for the first time " Xylon mula mengungkap rahsia satu persatu.

     " How ? Tu kan Namecard je ? " Tanya Rish lagi.

     Dahinya berkerut tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

     " Awak tak perasan ke namecard tu tebal sikit berbanding namecard lain ? " kata Faevio pula.

     " Disebalik kad tu ada satu tracker kecil saya letak untuk jejak lokasi awak. " terang Xylon.

𝐉𝐞𝐣𝐚𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐓𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠Where stories live. Discover now