Bab 1

170 5 0
                                    

  Ringgggggg! Jam loceng Irdina berdering menandakan masa sudah menunjukkan jam 5 pagi. "Malasnya bangun awal-awal. Setiap hari rutin yang sama. Bosan!" Irdina mengeluh dengan rasa yang masih mengantuk.

  Tok tok tok tok! "Nurirdina Nursyarah! Bangun!! Anak dara seorang ni. Liat sangat hendak bangun. Ni bangun sudah atau tidak ni? Heh, entah sembahyang subuh ke belum ni. Bangun!" Ibu Irdina, Maimunah mengetuk pintu dengan niat untuk mengejutkan Irdina dari tidur lenanya.

  'Ish mama ni, buat serabut kepalalah. Astaghfirullah, apa-apapun, dia mama aku. Berdosa besar mengutuk mama sendiri. Hehehe' Bisik hati Irdina.

 Irdina lekas-lekas pergi bilik mandi dan selepas selesai semua, dia menunaikan sembahyang subuh.

  "Mama! Dina pergi kerja dulu ya? Assalamualaikum. Terima kasih untuk sarapan pagi juga mama. Mama masak memang the best!" Teriak Irdina dari pintu luar rumah.

  "Ya! Pandu kereta elok-elok. Jangan laju sangat!" Pesan puan Maimunah.

  Kereta Irdina keluar dari perkarangan rumah. Begitulah rutin mereka dua beranak. Irdina adalah anak tunggal. Bapanya pula Mustafa telah lama meninggal dunia sejak Irdina berumur 16 tahun kerana terkena serangan jantung secara mendadak tanpa diketahui apa sebabnya. 

Aku ada KamuWhere stories live. Discover now