Sampainya Puan Maimunah dan Irdina di perkarangan rumah banglo mewah milik keluarga Haji Zainuddin dan Hajjah Faridah, mereka terus disambut mesra oleh pasangan suami isteri itu. Malu pula Puan Maimunah dan Irdina dibuatnya.
Puan Maimunah berasa kagum dengan keluarga Ikhwan. Walaupun mereka boleh juga dikategorikan seagai 'orang kaya', mereka tidak mempunyai pembantu rumah. Walaupun mereka tidak mempunyai pembantu rumah, rumah mereka nampak bersih dan terurus. Tidak macam bilik Irdina. MasyaAllah. Pening Puan Maimunah dengan anak dara seorang itu. Sengal Puan Maimunah menegur Irdina tapi Irdina buat tidak endah sahaja. Mudah-mudahan tabiat buruknya akan hilang selepas dia berkahwin dengan Ikhwan. Hati Puan Maimunah kuat mengatakan yang Ikhwan dapat mengubah tabiat buruk Irdina itu. Naluri seorang ibu tidak pernah salah.
"Mun, Mun tahu tak kenapa Kak Idah dan Abang Zain panggil kamu anak-beranak ke sini?" Tanya Hajjah Faridah dengan muka yang serius.
Takut pulak Puan Maimunah melihat muka serius Hajjah Faridah. Lalu Puan Maimunah hanya menggeleng dan melihat anak gadisnya disebelahnya dengan harapan dia mempunyai jawapan kepada soalan itu. Tetapi, Irdina hanya menjongketkan bahunya dan menaikkan kirainya menandakan bahawa dia juga tidak tahu.
"kami panggil kamu berdua kesini kerana kami mahu mempercepatkan perkahwinan mereka hujung bulan ni. Mun setuju?" Tanya Hajjah Faridah lagi tapi kali ini, dia memberi senyuman yang sangat manis.
"Ohh, begitu. Saya ikut saja keputusan yang mereka buat kak. Kalau kita paksa, nanti lain jadinya pulak" Jawap Puan Maimunah.
"Sebenarnya keputusan ini dibuat oleh Ikhwan. Bukan kami. Jadi sekarang, kami Cuma perlu tanya apa keputusan Mun dan Dina. Dina bagaimana? Setuju tak?" Hajjah Maimunah renung muka manis Irdina dengan harapan Irdina terima keputusan mendadak itu.
Irdina melihat Ikhwan tetapi pelik! Ikhwan tidak pula bersuara malam ini. Biasanya kalau dia datang bersama mamanya kerumah mereka, Ikhwan tidak habis-habis menyakatnya. Mungkin masih merajuk kerana kejadian di tempat kerja tadi.
"Baiklah kalau itu yang Ikhwan cadangkan. Saya terima saja" Irdina senyum kepada Hajjah Faridah dan Haji Zainuddin. Selepas itu, dia mencuri pandang kepada Ikhwan. Tapi Ikhwan Nampak dingin dengannya malam ini.
YOU ARE READING
Aku ada Kamu
Romance"Aku terima nikahnya Nurirdina Nursyarah...."-ikhwan Alhamdulillah majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga, macam-macam dugaan yang menimpa mereka. Setelah mendapati suami sendiri curang dib...