Puan Maimunah melihat anak gadisnya dari hujung kepala hingga kehujung kaki. Terasa sebak dadanya melihat satu-satunya anak gadis yang dia ada akan menikah dalam masa yang terdekat. Kalau suaminya masih hidup, mesti arwah akan merasakan apa yang dia rasa sekarang.
Perkahwinan mereka diadakan dalam masa sehari sahaja. Selepas nikah pada waktu pagi, pada malamnya pula mereka terus bersanding di dewan yang telah sedia disewa.
"Mama, kenapa mama Nampak macam sedih ni? Janganlah sedih-sedih. Inikan hari bahagia anak tersayang mama" Irdina perasan dengan kesedihan yang terpamer di muka mamanya. Lantas dia memeluk tubuh mamanya dengan erat.
"Mama bukan sedih saying. Mamanya Cuma terharu melihat anak kesayangan mama ni akan menjadi milik orang dalam masa yang terdekat." Puan maimunah mengalirkan air matanya dengan perlahan. Dia tidak dapat menahan sebak lagi.
"Mama janganlah cakap macamtu. Walau bagaimana pun, Dina tetap anak mama. Dina tetap milik mama. Tapi apa yg berbeza, syurga Dina selepas ini hanya ada pada Ikhwan mama. Doakan perkahwinan kami akan dirahmati seumur hidup kami ya mama?" Irdina juga mengalirkan air matanya. Sedih dia lihat mamanya begitu.
"Ya sayang. Mama tidak akan pernah lupa mendoakan kamu." Kata Puan Maimunah.
Irdina duduk belakang Ikhwan dan Ikhwan pula duduk tepat berhadapanan dengan Tok Kadi. Debaran di dada membuat Ikhwan susah untuk bernafas. Dalam fikirannya sekarang adalah Irdina. Dia tidak sempat melihat bagaimana rupa bakal isterinya sekarang.
"Aku terima nikahnya Nurirdina Nursyarah Binti Mustafa dengan mas kahwin lima ratus ringgit dengan seperangkatan alat solat tunai..."
Alhamdulillah. Ijab dan Kabul sudah sempurna dikerjakan. Selepas itu, mereka diarahkan untuk membuat upacara membatalkan wudhu dengan pengantin perempuan menyalam tangan pengantin lelaki dan pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan. Jantung Ikhwan berdegup tatkala melihat Irdina. Sungguh ayu dan cantik. Dengan 'dress' labuh berwarna putih dan dikenakan sedikit labuci dan yang membuat Irdina tampak lebih ayu adalah, tudung selendang yang digayakan di kepala Irdina dengan gaya terkini berwarna putih dan dipenuhi dengan 'glitter' dan yang paling menarik kenalurian Ikhwan sebagai lelaki adalah, solekan yang dikenakan di muka comel Irdina. Selama ini, Irdina cuma mengenakan solekan yang ringan dan nipis.
![](https://img.wattpad.com/cover/39523878-288-k283322.jpg)
YOU ARE READING
Aku ada Kamu
Romance"Aku terima nikahnya Nurirdina Nursyarah...."-ikhwan Alhamdulillah majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga, macam-macam dugaan yang menimpa mereka. Setelah mendapati suami sendiri curang dib...