Bab 4

88 5 0
                                    

  "Kami balik dulu lah ya Kak Idah, Abang Zain? Terima kasih kerana susah-susah menyediakan kami makanan, Assalamualaikum" Puan Maimunah salam kedua tangan Hajjah Faridah dan Haji Zainuddin. Begitu juga Irdina.

  "Baiklah. Elok-elok pandu kereta tu ya Dina?"

  Dina angguk kepala dan menyalam tangan kedua bakal mertuanya dan selepas itu beredar. Pasangan suami isteri itu berdiri di hadapan pintu rumah sehingga bayang kereta Irdina hilang dari pandangan mata.

  Hajjah Faridah senyum sendirian. Dia terkenangkan pada hari pertama dia Ikhwan membawa Irdina kerumah mereka. Irdina sangat takut dan gementar pada masa itu. Hajjah Faridah sengaja membuat muka garang supaya menambah kegementaran Irdina walaupun sebenarnya Hajjah Faridah sudah lama berkenan dengan perwatakan Irdina setiap kali melihat dia berkerja di pejabat suaminya. Jika orang yang tidak kenal Irdina, sudah pasti orang akan menyangka Irdina adalah seorang remaja berumur kira-kira 16-18 tahun walhal sebenarnya Irdina sudah berumur 25 tahun. Dengan muka Irdina putih melepak dan kelihatan seperti budak-budak dan dia juga mempunya tubuh yang kecil dan berketinggian 156cm.

  Sedang Hajjah Faridah senyum berseorangan, dia tidak sedar yang ada sepasang mata melihatnya.

  "Apa yang Idah menungkan tu?" Haji Zainuddin hairan melihat isterinya senyum seorang diri.

  "Taka da apa-apa. Idah Cuma teringatkan sesuatu. Jom masuk bang."

  Ikhwan membaringkan tubuhnya di atas katil empuk bersaiz 'king'. Bosan rasanya sehari tidak mendengar suara Irdina. Tapi pada mala mini, dia sengaja membuat dirinya dingin. Dia ingin lihat sejauh mana Irdina dapat tahan sehari tanpa gurauan, dan suaranya.

  Tilam yang empuk melenakan pemikirannya. Tidak lama lagi, katil itu bukan lagi miliknya seorang, tetapi dia akan berkongsi katil kesayangannya itu bersama insan tercinta. Ikhwan sudah tidak sabar untuk memperisterikan Irdina. Bukan senang untuknya menambat hati gadis comel itu. Ikhwan terpajsa menanamkan kesabaran yang amat tinggi untuk menambat hati Irdina. Sekarang, hubungan mereka sudah menginjak usia 3 tahun. Mungkin orang kata kami terlalu awal untuk membina sebuah masjid tapi Ikhwan pasti yang dia bersedia untuk menjalankan tanggungjawab seorang suami kepada Irdina.

  Lagu 'Hujung waktu' yang dipopularkan oleh Azhael menaung yang datang dari telefon bimbit Ikhwan menandakan ada pesanan masuk melalui whatsappnya. Dia membuka pesanan itu dan satu senyuman timbul di bibirnya.

  "Assalamualaikum Wan J" – Irdina

 "wa'alaikumsalam" – Ikhwan

  "Tengah buat apa tu?" – Irdina

  "Baring" – Irdina

  "Kenapa Wan macam dingin hari ini?" – Irdina

  "Yeke? Taklah. Mungkin pasal Wan kurang sihat harini" – Ikhwan

  Sunyi, senyap. Tiada balasan dari Irdina. Ikhwan ketawa dengan sekuat mungkin. Dia masak dengan perangai buah hatinya itu. Mulalah dengan merajuknya tu.

  "Yalah sayang. Wan bergurau saja lah. Wan saja je bua- buat dingin. Maafkan Wan ya?" – Ikhwan

  "Okay maaf diterima. Janganlah buat macam ni lagi. Risau Dina dibuatnya"- Ikhwan

Aku ada KamuWhere stories live. Discover now