Selesai meletakkan kereta kesayangannya di kawasan meletak kereta khas untuk pegawai kanan, Irdina melangkah masuk ke pejabatnya. Tiba-tiba, ada seseorang menutup matanya dari belakan g. Irdina panik. Dia buntu, tidak tahu apa yang harus dilakukan. Jika dia berteriak, suara garau itu telah mengancam untuk mengapa-apakan dia.
"Apa yang engkau mahu? Tolong jangan apa-apakan aku! Kalau engkau mahu duit, ambillah beg tangan aku ini. Tapi jangan apa-apakan aku. Tolonglah!"
Namun, tiada balasan. Malah, orang itu seperti menahan ketawa dan tidak sampai seminit, Ikhwan menghemburkan ketawanya sekuat mungkin. Irdina bengang dan tidak memperdulikan Ikhwan dan dia pergi melangkah meninggalkan Ikhwan.
"Dina! Maaflah! Wan cuma main-main!" Ikhwan memanggil Irdina dengan nada memujuk.
Namun Irdina tidak memperdulikannya dan meneruskan langkahnya. Sekali-sekala, Ikhwan harus diberi pengajaran. Telefon bimbit Irdina melaungkan lagu mewangi yang dipopularkan oleh Akim and D'majistret yakni ringtone khas untuk kekasih hatinya.
" Masih marah?" – Ikhwan
" Entahlah. Wan rasa?" – Irdina
"Dina, Wan kan Tanya Dina. Janganlah Tanya Wan balik. Maafkan Wan ya? Wan janji tak akan buat lagi".- Ikhwan
" Wan kan tahu ini tempat kerja? Apa staff lain akan kata kalau mereka nampak? Terutama sekali ayah Wan. Mati Dina nanti" –Irdina
Tiada balasan dari Ikhwan. Mungkin merajuk ditegur sebegitu. Lebih-lebih lagi ditegur oleh si buah hati tercinta. Irdina malas pening kepala hendak memikirkan. Sesampainya dia ke bilik ofis khas untuk pegawai kanan, dia melabuhkan punggungnya ke kerusi tempat kerjanya dan memulakan kerjanya.
Pintu Irdina diketuk dan dengan izin Irdina, Ikhwan pun masuk.
"Ya Encik Fadhil Ikhwan Awal Shah, ada yang boleh saya bantu?" Sengaja Irdina menggunakan bahasa formal supaya Ikhwan sedar yang bahawasanya, mereka berada di tempat kerja. Jangan mentang-mentang anak bos, dia buat suka-suki sahaja.
Ikhwan bermasam muka dan memberitahu Irdina yang ibu dan ayahnya menjemput Irdina dan mamanya untuk makan malam dirumah mereka dan selepas itu dia terus melamgkah keluar. Irdina ketawa kecil tatkala melihat muka Ikhwan masam mencuka melalui dinding kaca bilik ofisnya.
YOU ARE READING
Aku ada Kamu
Romance"Aku terima nikahnya Nurirdina Nursyarah...."-ikhwan Alhamdulillah majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga, macam-macam dugaan yang menimpa mereka. Setelah mendapati suami sendiri curang dib...