Tetaplah tumbuh, walau runtuh.
Pagi datang lagi, membuat matahari bersinar indah. Kini didepan cermin sudah ada remaja lelaki yang tersenyum indah. Ia menatap pantulan dirinya yang penuh luka dan lebam. Tapi ia sudah menutupi itu dengan plaster agar lukanya tidak terlalu parah.Haikal melangkahkan kakinya ria, seperti tidak ada yang terjadi kemarin. Dibawah terlihat 3 orang yang sangat ia sayangi.
"Selamat pagi!" ucapnya semangat, senyum indah terpancar pagi ini.
"Haikal gerak dulu!" tanpa ragu ia melenggang pergi dari sana. Tidak melihat sang orang tua yang sudah menggeleng kehairanan atas sikapnya itu. Ia tidak makan pagi kerana ia sudah memakan makanan yang terletak dimeja belajarnya.
Haikal menghayunkan kaki panjangnya ke perhentian bas. Ia sedang menunggu bas sejak 10 minit yang lalu. Matanya berbinar ketika melihat bas bewarna kuning datang Kerana terburu buru dan bersemangat ia berlari menuju ke bas tersebut.
Brukk!! Haikal tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang diperkirakan umurnya sama dengan sang ayah.
"Haikal mintak maaf pakcik!" Haikal mengambil barang-barangnya yang terjatuh dan menggapai tangan lelaki tersebut sambil meminta maaf tanpa henti.
"Maaf ya! Haikal kena cepat ni pakcik!" lelaki itu terkejut lalu memegang bahu Haikal.
"Nama kamu siapa?" tanya lelaki itu.
"Haikal, pakcik!" jawab Haikal laju.
"Nama penuh kamu" tanya lelaki itu lagi.
"SORRY PAKCIK! NANTI KITA SEMBANG LAGII" jerit Haikal sambil mengejar bas yang sudah mahu bergerak. Lelaki itu tersenyum, akhirnya ia menjumpai apa yang ia cari selama ini. Tuhan memang selalu baik, buktinya hari ini ia berjumpa seseorang yang selama ini dia cari.
Lelaki itu mengerutkan dahi "Kenapa banyak bekas luka di tubuhnya?" monolog lelaki tersebut.
Haikal baru sampai disekolahnya, tidak terlambat malah tepat waktu. Kerana baru selangkah dia menginjakkan kaki, bell sudah berdering. Haikal berlari menuju ke kelasnya dan lagi lagi dia tidak sengaja melanggar seseorang.
KAMU SEDANG MEMBACA
HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]
Fanfiction"Ibu ayah abang, Haikal tidur dulu ya..." _________________________________________