"Sekuat apapun kita menolak takdir, hasilnya adalah sia sia. Terkadang kita harus merelakan sesuatu dengan ikhlas, bukan memaksanya. Kita bukan Tuhan, tapi seharusnya sebagai hamba yang baik, kita juga perlu bersetuju dengan keputusan Tuhan. Kerana tugas kita sebagai manusia hanyalah untuk melakonkan setiap senario yang telah ditulis olehNya mengikut alur cerita dari buku yang disebut 'takdir'. Tujuan kita dipertemukan juga untuk dipisahkan."
Bayang pokok bergoyang disebalik cermin tingkap yang tertutup. Pagi itu hujan tengah lebat dan sesekali angin bertiup kencang. Suara air menitis pada atap bangunan berwarna putih pucat itu.
Rintik hujan pagi itu mengiringi suara monitor pengesan degupan jantung. Lelaki yang masih terbaring lemah dari kelmarin seolah olah enggan melihat dunia. Dinyatakan berhasil menjalani operasi pemindahan buah pinggang.
Deru lega dan helaan nafas panjang keluar dari para dokter dalam ruangan tersebut. Alat alat perubatan yang tak luput dari darah diletakkan ke tempatnya semula. Bahagian tepi perut itu telah dijahit rapat.
Diluar ruangan, terdapat 3 orang lelaki menunggu sembari gelisah, memejamkan mata seraya berdoa. Ada yang menyandarkan diri pada dinding iaitu Koh Win. Ada pula yang duduk tenang, Thaqif. Ada juga yang sedang bertumpu pada sebuah tanaman. Siapa lagi kalau bukan Mikael?
Mata bulat mereka mengikuti seorang doktor dan beberapa pengikutnya keluar dari ruangan. Masih berbungkus dengan serangan hijau dan surgical cap serta face mask.
"Berjaya!" ucap doktor tersebut tanpa sempat mereka bertanya. Kata itu membuat hati ketiganya beransur tenang.
Setelah melihat doktor berlalu, tanpa meminta izin mereka memasuki area ruangan operasi tersebut. Boleh direka jika Hayden sedang berbaring.
Mengingat kepergian Haikal kemarin, kepedihan hati masih saja terasa. Walaupun otak berkata lupakan, fetapi hati tetap saja memaksa untuk mengingat. Pergi selalu menjadi penutup di setiap cerita. Tak perlu susah susah dan panjang lebar menjelaskan tentang rasa sedih. Kerana terbayang seperti apa rasanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]
Fanfiction"Ibu ayah abang, Haikal tidur dulu ya..." _________________________________________