Hari Isnin hari yang Alice tak berapa suka sebab dia kena pergi kampus dan sudah pasti dia akan berjumpa orang yang paling dia tak suka. Siapa lagi kalau bukan Tengku Fitri. Tapi nak atau tak Alice kena juga pergi kampus.
Baru je melangkah masuk ke kampusnya, Alice dah nampak sepasang mata yang melihatnya dari jauh. Alice nak lari dari Tengku Fitri dan kawan kawannya itu tetapi hanya itu sahaja jalannya untuk pergi ke kelasnya. Kebetulan pula Fitri berdiri di situ jadi nak taknak Alice terpaksa lalu dihadapan Fitri dan kawan kawannya itu. Semasa melintasi Fitri, Alice dihalang oleh kawan kawan Tengku Fitri. ish ni yang Alice tak suka mesti dia kena ganggu punya. Alice menarik nafasnya dalam dalam untuk meredakan kemarahannya. Alice tanak marah pagi pagi macam ni.
Alice " Boleh tolong tepi sikit tak? saya nak masuk kelas ni jangan sebabkan korang halang saya ni, saya jadi lambat pulak masuk kelas" Alice bersuara sambil menjeling satu satu orang yang menghalang dirinya.
Fitri " diorang boleh je lepaskan you tapi you kena janji untuk lunch dengan i harini. macammana?" Fitri berujar dengan liciknya
Alice " sorry saya tanak. Saya nak lunch dengan kawan saya" Alice tahu yang lepasni Fitri akan marah kerana dia menolak keiinginan lelaki tu tetapi sampai bila dia nak takut.
Fitri " berani you tolak i?! i tak kira harini i nak you lunch dengan i atau i akan sakitkan kawan you tu" Fitri memang begini... jika tidak dapat cara baik dia akan guna cara jahat
Alice " awak jangan berani nak sentuh atau sakitkan kawan saya eh Fitri! Awak fikir awak siapa nak memaksa saya macamni?! " suara Alice dah kuat menandakan yang dia tak tahan dengan sikap Fitri
Fitri " Kalau you tanak dengar arahan i, i terpaksa lah sentuh atau sakitkan kawan you tu (smirk) siapa kawan you tu ha? Rose?"
Alice buntu. Kalau dia tolak ajakan Fitri maka Rose kawannya yang akan kena akibatnya. Tetapi dalam masa yang sama Alice tanak keluar berdua dengan Fitri sebab dia tahu perangai Fitri macam mana. Tapi sekarang dia tak ada pilihan dia terpaksa menyetujui ajakan Fitri dan dia harap yang Tengku Farid tidak tahu yang dia dan abangnya akan keluar berdua...
.
.
.
Class Alice baru sahaja habis beberapa minit yang lepas. Semasa Alice nak keluar dari class dia sempat meminta maaf kepada Rose kerana membatalkan lunch mereka. Alice tak sampai hati sebenarnya tetapi dia terpaksa takut takut Fitri mengapa apakan Rose. Rose berjalan seorang diri keluar dari kelas untuk lunch seorang diri kerana Alice tiba ii membatalkan lunch mereka. Selepas Rose pergi Alice pon beranjak dari tempat duduknya ke pintu keluar kelas. Terkejut Alice dibuatnya apabila melihat kelibat Fitri menunggunya diluar kelas. Baru niatnya ingin melarikan diri dari Fitri tetapi harus ditunda kerana Fitri sudah ada depan matanya sekarang.Fitri membuka pintu kereta Honda nya untuk Alice masuk ke dalam keretanya. Alice masuk dengan muka yang pasrah dan tiada senyuman. Selepas Fitri menjalankan keretanya, Fitri melihat Alice dan Fitri berujar " sayang. you jangan nak buat muka sangatlah. you tak suka ke nak lunch dengan i hm?"
Alice terkejut kerana mendengar panggilan yang dipanggil Fitri kepadanya. apa Fitri kata? SAYANG? siapa yang dia panggil SAYANG tu?
Alice diam malas melayan Fitri yang sudah mula merepek tu. Di sepanjang perjalanan menuju restoran, Fitri mencuba mengajak Alice berbual tetapi Alice diam saja dan tidak melayan dirinya. Fitri marah tapi dia cuba menahan amarahnya. " tunggu lah nanti you takkan berani acuhkan i sayang! i akan buat you memohon kat i nanti baru you sedar sikit"
Sampai di restoran, Fitri memesan makanan untuknya dan Alice. Sengaja Fitri duduk di sebelah Alice. Alice kelihatan tidak selesa dengan Fitri yang duduk di sebelahnya. Baru berniat untuk pindah tempat duduk dirinya ditegur dengan kasar oleh Fitri. " you nak lari mana lagi haa? duduk dekat situ diam diam". Alice terkejut dan melihat kiri dan kanan, betul tekaan dia semua orang tengah melihat ke arah mereka saat ini kerana suara Fitri yang agak kuat memarahi dirinya tadi. Malu dan takut itu yang Alice rasakan saat ini tapi dia tak mampu buat apa apa demi keselamatan dirinya.
Selesai makan tengahari, Fitri menggenggam tangan Alice untuk menuju ke kereta. Alice memberontak tetapi Fitri memegang kuat tangannya sampai Alice tak mampu lagi memberontak, tenaganya tidak cukup untuk melawan Fitri yang gagah ni.
Fitri menjalankan kereta. Setelah 10 minit dalam perjalanan baru Alice sedar yang ini bukan jalan kerumahnya atau ke kampus.. lalu kemana Fitri nak bawa dia? Alice mula gerun dan takut
Alice " Fitri awak nak pergi mana ni? Ni bukan jalan nak pergi rumah saya atau nak pergi kampus? awak nak bawa saya pergi mana ni?!" Dengan cuaknya Alice bertanya. Matanya mula berkaca kaca ingin menangis tetapi ditahan
Fitri diam dan tidak bersuara.
" Kalini you takkan terlepas Alice, you akan jadi milik i seutuhnya lepas ni."
YOU ARE READING
Obsessed with his brother's girlfriend
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Tengku Fitri yang begitu obsessed dengan girlfriend adik kembarnya Alice Fidya. Mereka bertemu kerana satu kejadian dimana saat itu Alice Fidya berjalan bersama kawan - kawannya menuju ke cafe Univers...