Apa itu Cinta?

649 2 0
                                    

"Aku sukakan kau" Kiran buat kerja gila melutut sambil menghulurkan sekuntum bunga yang dipetik di luar kelas mereka.

"Aduhhh sweettttnya" Jun si penonton sedang berbunga-bunga melihat gelagat romantis Kiran pada rakan sekelasnya.

"Beb, takkan kau nak biar dia macam tu malu oi" bisik Jenny ke telinganya, menganggu fokusnya untuk menghadam tindakan Kiran, dia tidak tahu respon yang patut diberikannya. Masih kaget.

Kiran masih menanti di depan mejanya,berdebar menunggu jawapan.

Jenny menyiku Syani. "Errr kau nak aku balas apa?" latah Syani terus bertanya pada Kiran. Jun menampar dahi mendengar balas si Syani.

'Err.. Ya tak ya, aku bagi ayat penyata tadi. Marah cikgu Ramli kalau tahu' balas si Kiran berseloroh menyimpan debarnya.

'Kenapa Cikgu Ramli nak marah?' Syani makin keliru.

'Eh dah dah bercinta oi, junior nak guna kelas! Tempik salah seorang rakan sekelas. Semua bingkas bangun mengemas beg untuk beredar.

Kiran beredar tidak senang hati. Jenny menghempuk buku kuat di bahu Syani.

'Oii sakit la bodoh!'tempik si Syani
'Yang bodoh tu kau, dah jom balik! Jerkah Jenny kembali.

*****

Syani masih keliru dengan tindakan Kiran. Kiranya si Kiran hanya rakan kelas yang kerap menelefonnya menceritakan masalah hatinya yang kononnya sangat meminati rakannya yang lain. Syani sering menasihati Kiran supaya berterus-terang supaya mendapat ketenangan hati. Tak sangka pulak lain yang diminati, lain pulak yang dia berterus terang.

Kringgg... Telefon berdering, Syani bergegas menjawab telefon

'Hello' kedengaran suara di hujung corong. Jenny masih tidak puas hati dengan respon Syani pada tindakan Kiran. Akhirnya Syani mengalah, benci mendengar leteran kerana Syani masih tidak berbincang baik dengan Kiran.

Dia mula mendail nombor Kiran setelah bercakap dengan Jenny. Bunyi ritma panggilan seketika dan berjawab. Syani diam, masih keliru.

'Hello? Syani ke tu?' kedengaran Kiran meneka. Ganggang diletak, memutuskan talian.

Kini kedengaran pula deringan telefon di rumah Syani.

'Hello, Syani ada?' Kiran di talian.
'Ye, aku ni, apahal kau call Kiran?' soal Syani, memutuskan bunga-bunga cinta yang dijangka terjadi.
'Kau nasihatkan aku untuk berterus-terang tapi bila aku berterus-terang kenapa kau mengelak?'
Alahai teruna oii.. Dah berterus-terang tak semestinya kau dapat respon positif.'gumam Syani dalam hati. Geram.

' Ye, aku suka kau, puas hati?'bentak Syani, dia sendiri terkejut dengan apa yang terpancul dari mulutnya. Bagai mahu di tampar-tampar.

Kiran teruja, mengucapkan terima kasih kerana terasa cintanya berbalas, namun dia tidak sedar Syani hanya mengucapkannya atas rasa serba salah.

****
Di sekolah, mereka dilihat seperti merpati sejoli, tiap kali waktu pertukaran Kiran akan datang ke meja Syani yang bersebelahan dengan Jenny. Jenny selalu bangkit memberi peluang pada Kiran. Syani mula rimas.

MisantrophyWhere stories live. Discover now