BAB 21

2.6K 221 11
                                    

  "You okay ke angkat barang-barang ni?" Langkahku terhenti selepas sahaja Serena bertanyakan soalan prihatin itu kepada Syafiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You okay ke angkat barang-barang ni?" Langkahku terhenti selepas sahaja Serena bertanyakan soalan prihatin itu kepada Syafiq.

Aku pandang Syafiq. Dia pandang aku. Mata kami bertaut selama beberapa detik. Terus aku alihkan pandangan.

Syafiq hanya diam sambil tersenyum. Dia kemudiannya mengangguk ramah.

"Lai, sekarang ni macam dah lewat aje. You pun belum solat asar lagi kan? Apa kata kita pergi cari masjid berdekatan." Cadang Serena.

Aku pandang jam di tangan sekilas. Jam menunjukkan pukul lima empat puluh petang sekarang ini. Ya, memang dah lewat.

Aku senyum mesra kepada Serena sebelum menarik tangannya.

"Jom! nanti dah masuk maghrib, I kena ganti pula." Aku membalas.

Sementara itu, boleh juga aku ajak Serena melihat keindahan masjid yang ada. Sekurang-kurangnya terbuka jugalah sikit hati dia untuk menerima agama Islam sebagai agama barunya.

"I hantar you berdua."

Terjongket sikit kening kiriku. Apa maksud dia? Kena hantar aku dan Serena? Baru sedar ke? Dia memang kena hantar pun memandangkan dia seorang saja hero yang ada di sini. Sudah tahu bertanya pula. Huh!

"Okay! Laila, nanti bila I hantar you sampai masjid, I pergi keluar dengan Syafiq kejap tau." Belum sempat aku kata apa-apa, Serena terlebih dahulu mengeluarkan suara lunaknya. Haih, hancur harapan aku untuk mengajak Serena ikut aku.

Aku senyum segaris padanya. Kemudian pandang pula pada wajah buruk Syafiq. Sekali lagi, dia memandang aku. Mamat ni memang tak serik ke? Tangan rasa gatal pula nak tampar seseorang hari ini. Entah kenapa rasa macam itu. Mungkin semuanya berpunca daripada Syafiq. Masa silam yang kembali menghantui aku.

"You sayang, tunggu sini. You pun tunggu sini, Laila. I pergi ambil kereta kejap." Ujar Syafiq. Main arah-arah pula. Dia ingat aku ini kuli dia ke? Sesuka hati aje suruh aku tunggu. Suka hati akulah nak tunggu ke tak nak.

"Okay, you jangan lama-lama tau! Nanti penyakit rindu I datang balik." Serena bermain-main dengan jari runcingnya.

Argh, rasa nak termuntah pula. Tapi tak apa.. biasanya memang inilah orang yang sedang dilamun cinta. Perkara yang cringe pun boleh jadi tak cringe. Sama aje macam aku.

 Sama aje macam aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER [COMPLETED]Where stories live. Discover now