Song : Bukan Cinta Biasa
"NEXT week, kita pergi Switzerland. Honeymoon." ujar Zhafran seraya memandang wajah Aurel.
Dia memandang iris mata Aurel dengan tatapan penuh cinta. Lama dia menatap iris mata itu. Zhafran mencari cinta dalam tatapan itu namun tiada. Bagi Aurel, tatapan itu hanya sekadar tatapan biasa. Bukan penuh dengan cinta.
Dia berharap sangat agar dia berjaya membuatkan Aurel Zea Rose, wanita pilihannya jatuh cinta dengan dirinya.
"Honeymoon? Tak ke cepat sangat?" tanya Aurel dengan suara yang takut-takut. Bukan apa, dia takut perkara lama berulang kembali..
Negara Switzerland, dia ingat lagi dimana Zareel pernah berjanji untuk membawanya ke negara itu setelah mereka berkahwin. Namun, impian mereka tidak kesampaian.
Zareel tersenyum manis ke arah Aurel, gadis pujaan hatinya.
"Reel janji lepas je kita halal, Reel akan bawa Zea pergi Switzerland."
Aurel melorek senyuman teruja. Sangat teruja.
"Are you seriously, sayang?! Oh my god, negara tu negara fav saya tau!" balas Aurel dengan nada yang cukup bahagia. Bahagia dengan kekasih hatinya.
Zareel merupakan cinta pertamanya.
"Alamak! Saya je ke yang taktahu ni? Sorry baby!" Zareel meminta maaf kerana dia tidak pernah mengambil tahu apa yang Aurel suka dan Aurel benci.
"It is okay lah sayang. Ni saya dah bagitahu, jangan lupa pula! Siap awak!"
Mereka ketawa bersama-sama. Hari itu merupakan hari terakhir buat mereka berdua. Sebelum mereka bergelar tunang.
"Hehe tak lupa tak lupa!"
"By the way kan, macam mimpi kan, esok kita dah nak tunang! Lepastu kahwin! Tak sabarnya nak jadi isteri!" Aurel mula melangitkan impiannya apabila dah halal nanti. Mesti best kan jadi isteri orang!!
"Aik baby..."
"Jangan fikir bukan-bukan, Zareel Idham! Sucikan sikit otak tu!"
"Bukanlah! Eee" Zareel hampir mencubit pipi Aurel namun pantas sahaja Aurel menahan.
Zareel menayangkan riak muka yang pelik. "Why baby? Zea dah tak sayang saya ke? Nak sentuh sikit je."
"Kita tak halal lagi kan. So jangan melebihi batas ya, bakal tunang Aurel."
Zareel mendengus kecil. Itu pun tak boleh! Kedekut lah!
"Sikit je lah Zea baby..." Zareel meleretkan suaranya. Hati Aurel membuak buak menahan kemarahan. Apa yang merasuki jiwa Zareel sehingga seperti ini?
YOU ARE READING
Zhafran Auden ©️
Romance𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 ; 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐞𝐧 - Seorang jejaka tampan, sentiasa menjaga batas pergaulan. Tidak pernah bersua muka denga...