₊˚ʚ Zhafran Aurel : 41 ⨾ଓ

8.3K 450 59
                                    

Song : Perahu Kertas by Tulus

Song : Perahu Kertas by Tulus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ARGHHH!!"

Kedengaran suara Zhafran yang cukup lantang untuk didengari jelas. Tersentak Ziyad tatkala jeritan itu menyerpa gegendang telinganya.

Pada mulanya, dia hanya bersangka baik. Mungkin Zhafran ada ingat sesuatu kot, namun jeritan Zhafran yang semakin kuat itu membuatkan dia tidak senang duduk.

Ziyad mencari kelibat Zhafran. Dia ternampak Zhafran lagi memicit pelipis dahinya dengan kuat.

"Kau okey?" soal Ziyad dengan penuh prihatin. Namun, Zhafran hanya membiarkan soalan itu bagaikan dibawa angin.

Ziyad merenung anak mata Zhafran sehingga menembusi kornea lelaki itu.

"Kau ada ingat sesuatu?" soalan Ziyad hanya di jawab dengan anggukkan sahaja.

"Betul lah kan.." Ziyad menanti ayat seterusnya yang bakal meniti di bibir lelaki itu.

"Aku dah kahwin.. Perempuan tu isteri aku, Yad.."

Terbeliak mata Ziyad setelah mendapat tahu bahawa Zhafran mula mengingati sedikit demi sedikit.

"Apa nama perempuan tu?" soal Ziyad namun Zhafran menggelengkan kepalanya tanda dia tidak ingat.

Yang dia ingat dia selalu memanggil isterinya dengan panggilan Bunga.

"Aku.. Selalu panggil dia.. Bunga"

"So, kau nak kita jumpa mereka?" cadang Ziyad, namun dia lagi syok mengunyah keropok yang dia beli tadi pagi.

Zhafran laju menganggukkan kepalanya, "Nak.."

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan Zhafran harapan untuk mengingati semua kenangannya.

"Esok kita jumpa diorang okay?" ujar Ziyad dengan senyuman datar. Zhafran hanya tersenyum manis.

Allah kurniakan dia kawan sebaik Ziyad Malique untuk membantu dirinya mengingati semula perkara yang pernah terjadi dalam hidupnya.

"Ni kau tahu kat mana rumah ibu kau?"

Zhafran memejamkan matanya sesaat, cuba untuk mengimbas semula.

Dia mengambil masa lima minit untuk mengingati latar belakangnya.

Perlahan-lahan, Zhafran membuka semula kelopak matanya dan pantas menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

"Aku dah ingat semuanya.. Thank you Yad sudi bantu aku selama ini.."

Zhafran Auden ©️Where stories live. Discover now