Song : Snooze by SZA
PAGI yang cerah telah menerpa ke arah balkoni bilik. Zhafran menggeliat kecil lalu dia mengucup dahi isterinya lama. Dia tertidur selepas selesai sahaja menunaikan rukun islam yang kedua itu. Dia tidak dapat menahan mengantuk itu.
"Ugh good morning, My Aurel" Suara serak basah Zhafran menembusi cuping telinga Aurel. Dengan sekali wish, Aurel terjaga daripada tidurnya.
"Good morning too, My Auden." Ucap Aurel lalu dia mengucup pipi suaminya sekilas. Sudah menjadi rutin setiap pagi buatnya. Zhafran hanya tersenyum manis. Suka lah dengan bunga ni!
"Auden? Wah isteri abang panggil abang Auden?" Sebenarnya Zhafran tidak menyangka pun bahawa isterinya bakal memanggil dirinya dengan nama keduanya. Bukan apa, nama keduanya itu jarang disebut. Pantas sahaja Zhafran menekup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.
Malu! Tapi suka!
Aurel melakar senyuman nipis. Geli hatinya melihat wajah Zhafran yang kemerahan itu.
"Eee Auden kita blushing!" Aurel memulakan sesi menyakat jiwa raga suaminya. Senyuman tidak henti-henti dilakar di bibir.
"Suka tau! Lagi-lagi kalau cintanya abang yang panggil, kan sweet." Seusai berkata, Zhafran melabuhkan kucupan hangat di perut isterinya yang telah menampakkan bentuk bulat itu.
Semakin tembam isterinya ketika dia lagi berbadan dua.
"Mestilah." Lagak Aurel, dia menaikkan bola matanya. Sekali sekala nak angkat bakul sendiri.
"Tapi abang suka kalau mama baby panggil Auden, craving pula.." Selamba Zhafran menuturkan ayatnya, dia mengangkat alis keningnya lalu melorekkan senyuman senget di bibirnya.
Aurel menelan air liur perit. Merisaukan lah suaminya ni. Dia yang bawa baby, suaminya pula yang mengidam itu ini.
"Aik, abang pula ke yang mengidam ni hm?"
Zhafran sengaja mengiyakan pernyataan itu. Sebenarnya, dia memang suka jikalau isterinya memanggil dirinya dengan panggilan My Auden. Nampak lagi aesthetic, sweet than abang.
"Tapi kan-"
"Hachumm!!" Belum sempat lagi Aurel mahu menghabiskan ayatnya, bersin mendahului tutur katanya. Zhafran mengusap - usap belakang bahu isterinya supaya tidak bersin lagi.
"Bunga abang demam ni kan?"
Aurel menafikan kenyataan itu. Dia mahu makan aiskrim, tapi bersin telah spoil kan niat asalnya.
"Taklah, demam nak makan aiskrim je ni.."
"No means no, flower." Zhafran sudah dapat mengagak apa yang bakal dibalas oleh isterinya itu pantas menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Zhafran Auden ©️
Romance𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 ; 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐞𝐧 - Seorang jejaka tampan, sentiasa menjaga batas pergaulan. Tidak pernah bersua muka denga...