Song : Runtuh by Feby Putri ft Fiersa Besari
SUASANA di hospital bertukar sunyi. Zhafran menyandarkan tubuhnya di dinding sambil berdiri lama. Hatinya tidak tenang selagi tiada khabar tentang Aurel.
Tanpa dipinta, air matanya jatuh buat ke sekian kalinya. Kenapa disaat mereka ingin bahagia, akan ada pengganggu?
"Ya Allah.. Sayang.." Zhafran mengesat air matanya yang kian mengalir di pipinya. Zayyan, iaitu adik kembarnya turut sebak tatkala melihat Zhafran seperti itu.
Perlahan-lahan, Zayyan melangkah menuju ke arah Zhafran. Zhafran terkejut gak kehadiran Zayyan disisi.
"Sabar Zhaf.. Banyakkan berdoa.." pesan Zayyan dengan perlahan.
"Kau tak tahu betapa sakitnya aku bila lihat isteri aku macamtu, Aqil!" Zayyan memejamkan matanya sesaat, dia mengurut dahinya yang berdecit kesakitan. Pening ada abang seperti dia ni.
"Kau tak rasa semua tu!" Amuk Zhafran dengan nada yang lantang tanpa sedar bahawa mereka berada di hospital.
"Kalau kau sakit, aku pun sakit juga! Aku faham perasaan kau sekarang. Now, pergilah solat maghrib dulu lepastu baliklah.." Kata-kata yang Zayyan lontarkan itu hanya dibalas dengan gelengan.
Air mata yang mengalir di tubir matanya dikesat lagi.
".. Biar aku jaga kak Aurel kejap. Balik pergi mandi dulu." Arah Zayyan lalu dia menepuk bahu abang kembarnya dengan kuat.
"Kalau isteri aku dah sedar, call me as soon as possible." Usai mengutarakan ayatnya, kakinya laju melangkah keluar dari kawasan hospital itu. Zayyan hanya mengangguk, dia menghantar Zhafran melalui hujung anak matanya sahaja.
Pantas sahaja Zhafran memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta lalu pedal minyak itu ditekan kuat dan mula membelah jalan raya.
"Bagaimana dengan puan Aurel? Kandungannya selamat?" Bertalu-talu soalan terbit daripada Zayyan. Dia juga risau dengan keadaan kakak iparnya itu.
YOU ARE READING
Zhafran Auden ©️
Roman d'amour𝙎𝙚𝙘𝙤𝙣𝙙 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ His Precious Flower 𝑷𝒂𝒊𝒏 𝒊𝒔 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒐𝒓𝒂𝒓𝒚, 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 ; 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐞𝐧 - Seorang jejaka tampan, sentiasa menjaga batas pergaulan. Tidak pernah bersua muka denga...