• 6

59 8 1
                                    

"sama.. maksud aku, aku belajar memasak untuk crush aku juga" Taehyung cuba cover. Jungkook hanya mengangguk.

Taehyung dapat rasakan sakit hatinya melihat senyuman yang Y/n lemparkan kepada Jungkook tadi sedangkan dengannya selalu marah je.

---

Taehyung berfikiran positif. Tak mungkin hubungan Jungkook dan Y/n sejauh dirinya dan Y/n.

Taehyung ke office Y/n lagi pada hari ini.

"Sayang.." Taehyung ketuk pintu pejabat Y/n.

"Masuk"

Taehyung masuk dengan membawa asam pedas buatannya sendiri.

"Look what I bought " Taehyung letakkan mangkuk tingkat atas meja.

Y/n menelan air liurnya. Sedapnya bauuu

".. jomlah makan sama-sama~ awak belum lunch kan?" kata Taehyung sambil hidangkan nasi.

Y/n pun hanya turuti. Dia duduk dihadapan Taehyung di meja yang tersedia untuk mesyuarat itu.

Taehyung dan Y/n makan bersama.

"Sedapnyaa awak beli kat Jungkook ke?" soal Y/n dengan senang hati.

Hati Taehyung retak. Dia mati-mati ingat Y/n senyum tadi kerana gembira dengan masakannya tapi dia sebenarnya terbayangkan Jungkook yang buat..

"Kalau saya kata saya buat sendiri, macam mana?" kata Taehyung.

Y/n tergelak.

"Awak mana pandai masak.. Jungkook pandailah.."

Sekali lagi, hati Taehyung retak.

Taehyung mengemas pinggannya.

"Eo? Dah nak balik?" soal Y/n sambil mengunyah.

"Nak bagi awak ruang terbayangkan Jungkook masak asam pedas tu." sindir Taehyung.

Y/n clueless. Apa maksud Taehyung?

"Awak ke yang masak ni?" tembaknya.

Taehyung mengangguk perlahan dengan muncung dibibir.

Y/n tergelak. Comel pula Taehyung merajuk.

"Alololo sorry mana saya tahuu comel je merajukk" Y/n mencubit pipi Taehyung.

Taehyung memandang Y/n tak percaya.

"A-awak sentuh saya?"

Y/n menjongketkan keningnya lalu mengangguk hairan. Dah kenapa dengan dia ni?

"First time.." kata Taehyung perlahan tanpa Y/n dengari.

Mereka dah bertunang lama tapi Y/n sering memarahinya. Memegangnya jauh sekalilah. Taehyung je yang beria dengan Y/n tapi Y/n langsung tak beria.

"Happy betul awak bila saya cubit pipi eh" kata Y/n.

Taehyung tersenyum manis. Sememangnya happy. Pertama kali dia datang pejabat Y/n tanpa dihalau.

"Nak air skit" kata Taehyung. Y/n memberi airnya di dalam cawan.

Taehyung hanya minum. Tiba-tiba tersembur.

"Eh dah kenapa?!" Y/n terkejut.

"N-ni kopi ke?" soal Taehyung gagap. Y/n mengangguk.

Taehyung memegang dadanya dengan wajah pucat memerah.

"Tae.. awak kenapa ni?" Y/n menahan Taehyung dari jatuh dari kerusi.

"S-sakit" kata Taehyung lalu terus tak sedarkan diri disitu.

"Ehh ottoke" Y/n gelabah lalu mencapai telefonnya call ambulans.

---

Sebaik sahaja sampai di hospital..

"Dia macam mana?" soal Y/n gelisah. Takut terbunuh anak orang je.

"Dia alergi kaffein.. dia minum kopi ke tadi?"

Y/n mengangguk perlahan.

".. dia belum boleh discharge kerana masih dalam keadaan merisaukan.. awak nak teman dia atau nurse temankan dia?"

"Saya temankan" jawab Y/n pantas. Memang taklah dia nak bagi orang lain jaga tunangnya.

---

Y/n mengelap tubuh Taehyung dengan kain basah.

"Maafkan saya.. saya tak tahu awak ada alergi.." kata Y/n dengan serba salah.

Sekarang baru dia sedar, dia tak tahu langsung apa-apa tentang Taehyung. Yang dia tahu, Taehyung setia dengannya.

"..Saya sayang awak tapi cinta tu saya tak rasa lagi.."

".. tapi berbeza dengan Jungkook.. saya tak sayangkan dia tapi saya rasa lain dengan dia.. saya rasa perasaan suka dan teruja tengok dia.. tapi saya confuse.."

".. hm saya rasa saya cintakan Jungkook tapi saya sayangkan awak.. adui complicated la cinta-cinta ni"

Tanpa Y/n sedar, air mata Taehyung mengalir dalam tidurnya. Dia dengar semuanya..

---

Keesokkannya, Taehyung terbangun dan nampak Y/n tidur sambil memegang tangannya.

Taehyung terus lepaskan lalu Y/n terbangun.

"Tae.. awak dah okay?"

"Dah.. awak baliklah" kata Taehyung mendatar.

Y/n menjongketkan keningnya hairan. Dah kenapa bangun terus emo?

"Ye ke okay ni?"

"Ye.. baliklah Y/n"

Y/n agak terkejut Taehyung memanggilnya dengan nama. Biasanya bicara Taehyung selalu manis. Panggil 'sayang', 'baby', 'cinta'.. dan macam-macam lagilah.

"Pasti ke okay?"

"Ye Y/n, awak boleh balik. Saya tak nazak pun lagi" kata Taehyung lalu makan makanan yang telah disediakan di atas meja.

"Hm.. saya balik lepas teman awak makan.. boleh?"

"Tak boleh. Pergi balik" kata Taehyung.

Y/n tergamam. Dia ada buat salah ke?

Y/n pun mencapai handbagnya dan keluar dari wad itu.

---

"Hm kenapa emo semacam je dia? Lain betul dia tadi dari sebelumnya.." Y/n mengelamun.

"Ah lantak lah! Dia ada ke takde, sama je. Semak gak kalau dia ada.. hari-hari ajak dating macam takde life"

---

Taehyung mengeluh. Dia masih lagi terasa dengan kata-kata Y/n semalam.

"Selama apa aku buat kat dia, dia pilih Jungkook?"

to be continued..

Fuh berapa bulan dah aku tak update ni? HAHAHAHA

[SLOW] Asam Pedas Untuk Dia | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now