Dunia melihatku membisu,
Riuh dalam pemikiranku,
Berdiam diri memikirkan sesuatu,
Terkadang akal ini sudah luak,
Mahu sahaja merintangi kata bicaraku,
Kerana hanya itu yang aku mampu.Pergaulanku tersekat,
Melihat manusia petah berbasa-basi,
Aku tunduk diam,
Sedar bukan kelebihanku,
Tiada daya,
Mahu menapak di dunia.-Dahiraffa
YOU ARE READING
Tulisan Dari Jiwa [Puisi & Quotes]
PoetrySedikit luahan kata-kata yang datangnya dari fikiran dan rasa hati ini. Ada masanya segala yang terbenak di fikiran perlu dimuntahkan isi nya. Kata-kata yang menjadi pendamai buat pembaca melalui tinta hati yang sudah lama tersirat. Juga menampilkan...