Hidup kita sama, semua nya diuji,
Tapi yang membezakannya, cara kita diuji.
Hatta jari kita tergoris sikit je pun, luka, itu pun ujian, walaupun tidak sakit.Lihat, betapa manusia tidak terlepas dari ujian hatta dari sekecil-kecil ujian sekalipun,
Itulah dunia, kadang-kadang lelah, kerana sifat dunia ini tak sempurna, termasuk lah isi-isi di dalam nya.
Untuk yg menulis ini juga, kadang-kadang tewas, seringkali merasa, "kenapa aku?"
Mempersoalkan kerana merasa aku lah insan yg teruk ujian nya,- kerana aku tak tahu, apa yg terbaik utk aku, yg Dia rencanakan.Kuatkanlah hati ini untuk terus bertahan, jiwa-jiwa kami kian lemah dgn hambatan dugaan yang mencengkam,
Aku doakan, semoga semua hamba-hambaNya kuat dengan ujian masing-masing, kita tak sama ujian, tapi yang menyamakan kita, kita diuji olehNya.
-Dahiraffa
YOU ARE READING
Tulisan Dari Jiwa [Puisi & Quotes]
PoetrySedikit luahan kata-kata yang datangnya dari fikiran dan rasa hati ini. Ada masanya segala yang terbenak di fikiran perlu dimuntahkan isi nya. Kata-kata yang menjadi pendamai buat pembaca melalui tinta hati yang sudah lama tersirat. Juga menampilkan...